Menu Utama

Keadaan Di Low Yat Terkawal, Polis Ambil Tindakan Terhadap Dua Kumpulan Bergaduh

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan terhadap dua kumpulan yang terbabit dalam pergaduhan di Plaza Low Yat, Bukit Bintang di sini, Sabtu.

Beliau turut menafikan dakwaan dalam media sosial kononnya pergaduhan itu tercetus akibat isu perkauman, sebaliknya hanya melibatkan pergaduhan dua pihak.

“PDRMsia telah tangkap sebahagian mereka yang terlibat bergaduh semalam dan sedang kesan yang lain. Biar polis ambil tindakan,” katanya melalui akaun Twitter beliau pada Ahad.

Khalid juga mengesahkan keadaan di pusat perniagaan peralatan elektronik itu tenang dan terkawal malam ini.

“Tiada pergaduhan atau rusuhan. Jangan percaya khabar angin. Polis berkawal,” katanya.

Sementara itu, menurut wartawan Bernama yang membuat tinjauan di plaza tersebut malam ini, dianggarkan beratus orang berkumpul di hadapan plaza itu sejak 8 malam tadi, dipercayai rakan kepada individu yang ditahan polis selepas insiden pergaduhan di plaza itu, semalam.

Semalam, polis menahan seorang remaja lelaki berusia 22 tahun, dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.

Kejadian pada 7.38 malam itu, dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek yang ditahan pegawai keselamatan Plaza Low Yat kerana dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa ketika ditemui pemberita malam ini, berkata polis menahan tiga lagi individu malam ini di plaza berkenaan.

Mereka yang ditahan berusia 22 hingga 25 tahun.

Beliau berkata mereka ditahan selepas cuba melakukan provokasi dalam perhimpunan di luar plaza berkenaan.

“Saya bagi jaminan, pihak polis akan menjalankan siasatan yang telus dan adil terhadap kedua-dua pihak.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendengar, percaya atau menyebarkan khabar angin dalam media sosial yang tidak ada pengesahan daripada polis,” katanya.

— BERNAMA






6 Komen to Keadaan Di Low Yat Terkawal, Polis Ambil Tindakan Terhadap Dua Kumpulan Bergaduh

  1. naktaujer says:

    Dato Sri Najib taknak tweet apa2 ka… Lamanya Tido

  2. bro says:

    En.Nak tau je yg bodo..en najib lebih baik senyap dr sbelahi sesapa..supaya tak mencetus lebih byk tak puas hati..klu perkara ni merebak seluruh malaysia nanti sapa yg rugi ? Rata2 yg sibuk nak 13 mei ni bebudak kecik berhingus yg lom lahir pun taun 69..dorang tak tau susahnye zaman darurat..nak kuor pun takut kena bunuh..rumah takut kena pecah..anak2 kita yg akan jadi mangsa..ekonmi akan lumpuh..ni zaman budak2 makan fastfood..mat maslan suh masak pun nak marah..ada hati nak ulang zaman makan ubi kayu..ale uto lah..dulu pun nasib askar kita mlayu..tmj mana ! Bersuara lah..ni role ko patut champion..ketua agama dan org islam

  3. rakyat smart says:

    Ye la. Jangan jadikan ini isu perkauman. Blog UMNO sudah2 lah kata tipu lah semua. Kita biar polis selesaikan. Kalau yang curi tu wajib dihukum.

  4. rakyat smart says:

    Oppo ni syarikat bagus. Siap letak iklan dalam Buletin Utama. Kena tau mana kawan dan mana lawan.

  5. Semangat Ramadhan says:

    Ada 2 versi yang berbeza & mengelirukan mengenai insiden ini.
    Versi pertama yang telah pun diviralkan ialah remaja itu ditipu ketika beli h/phone. Menyedari dia dijual h/phone klon dia terus keoutlet itu untuk komplen. Dia diberitahu jualan sudah dibuat dan tak boleh tukar. Pergaduhan berlaku, remaja itu dipukul beramai. Cina beramai2 pukul sorang remaja melayu.

    Versi kedua ialah remaja itu curi h/phone lalu ditangkap dan dipukul. Kejadian ini dirakam dalam CCTV dipremis dan versi ini juga sudah disahkan oleh polis yang menyaksikan CCTV footage.

    Walau pun begitu kita lebih cenderong percayakan versi pertama. Ini kerana diatas daya usaha remaja itu mengumpul rakan2nya untuk balas dendam. Jika dia pencuri tentunya tidak ramai kawan dia sanggup bela dia menyedari kesalahan yang bakal dilakukan. Lagi pun semasa 7 orang rakannya datang rampage dikatakan tak ada sorang pun cina disitu, semua lari sembunyi. Kalau mereka yang dimangsakan mereka tak akan lari.

    Versi kedua, polis akui kesahihan CCTV footage kecurian telah berlaku. Namun, kita pilih untuk tolak tepi dakwaan ini kerana polis mungkin cuba selamatkan sesuatu bagi mengelak racial tension. Apa yang polis buat itu betul, kerana polis penjaga keamanan bukan sebaliknya.

    Kesimpulan yang kita nak buat , orang Melayu serba boleh. Nak aman boleh, nak bergadoh pun boleh.

Leave a Reply

Threesome