Menu Utama

KDN gantung permit The Edge tiga bulan berkuat kuasa Isnin

Kementerian Dalam Negeri bertindak menggantung permit penerbitan akhbar The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily, selama tiga bulan berkuat kuasa Isnin depan.

Tindakan itu diambil kerana Kementerian Dalam Negeri berpendapat, dua laporan oleh akhbar tersebut berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh memudaratkan kepentingan awam dan negara.

Dalam suratnya, Kementerian Dalam Negeri juga memberi amaran bahawa lesen penerbitan akhbar akan ditarik balik jika The Edge Media Group tetap berdegil menerbitkan akhbar dalam tempoh ber­kenaan.

Polis sebelum ini menyiasat Ketua Pegawai Eksekutif dan Penerbit The Edge Media Group, Ho Kay Tat, di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana didakwa terlibat dalam aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Sementara itu, Kay Tat dalam kenyataannya memberitahu, pi­haknya kecewa dengan tindakan yang diambil Kementerian Dalam Negeri.






3 Komen to KDN gantung permit The Edge tiga bulan berkuat kuasa Isnin

  1. gambus says:

    Macam ni laa baru aku respek walaupun dah terlambat, lain kali guna fakta fitnah kalau korang yakin kena fitnah, lain kali buat juga kepada media menghina islam baru majoriti org melayu yg undi umno dan bn akan bertambah yakin

  2. anakmalaysia says:

    Sokong dgn komen @gambus…sumbat saje penghianat negara ini dalam penjara..tak pandai kenang budi pada bangsa dan negara yg telah banyak menolong mereka.

Leave a Reply

Threesome