Menu Utama

Johor Hilang TPM Tapi Dapat Satu Menteri Dan Satu Timbalan Menteri Yang Baru

Isu pengguguran Tan Sri muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri cuba dijadikan isu kenegerian pula dalam usaha untuk mencetuskan provokasi.

Datuk seri Najib Razak telah menjelaskan bahawa langkah beliau menggugurkan timbalannya Tan Sri muhyiddin Yassin adalah satu keputusan yang amat sukar.Namun ianya perlu dilakukan demi memastikan kepentingan negara dapat dipelihara.

muhyidin mahathir vincent

Kita amat maklum bahawa jemaah menteri bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan terutama dalam melangsungkan agenda pembangunan negara serta menguruskan isu berbangkit agar dapat ditangani dengan berkesan.

Viral di media sosial bahawa Johor hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Hakikatnya dalam barisan Kabinet Najib yang baru terdapat pertambahan dua orang lagi anak Johor iaitu YB Datuk Sri Azalina Othman dan YB Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Azalina memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sementara itu Nur Jazlan pula memegang portfolia Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Menurut sumber, Najib dekat di hati rakyat Johor memandangkan Tun Abdul Razak banyak membawa perubahan besar buat mereka. Taraf hidup rakyat Johor meningkat dengan drastik apabila penubuhan Felda semasa era pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri.

Selain daripada itu juga kita amat maklum bahawa keputusan Najib ini merupakan satu kemestian apabila baru-baru ini Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal seolah-olah menyerang kepimpinan Najib.

Beliau dengan angkuh menyatakan bahawa hanya dengan membaca The Edge sahaja beliau dapat memahami isu 1MDB sedangkan telah banyak penerangan diberi berhubung isu 1MDB diperingkat kabinet dan sebagainya.

Tambahan pula, The Edge dikatakan terlibat dalam menyiarkan berita yang tidak benar sehingga menggugat keamanan negara. Oleh itu, kenyataan Muhyiddin berkenaan 1MDB dan the Edge turut dilihat seolah-olah sebagai tindakan yang “berniat jahat”.

Najib telah menegaskan bahawa selaku ketua pentadbir negara beliau bersedia menerima perbezaan pendapat dan kritikan namun ianya perlulah dibuat secara tertutup.

Untuk makluman, selepas digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri beberapa jam lalu, Tan Sri Muhyddin Yassin petang ini akhirnya membuka mulut. Beliau menegaskan kononnya mempunyai pendirian sendiri dalam isu 1MDB untuk mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.

Ini agak mengelirukan memandangkan 1MDB dalam proses siasatan dimana beberapa orang telah ditangkap dan disoalsiasat. Selain daripada itu juga, audit forensik telah dijalankan selain daripada penubuhan PAC untuk memastikan siasatan yang adil. Kenapa Muhyiddin enggan tunggu hingga siasatan selesai? Ianya persoalan yang kita perlu ajukan kepada beliau.






34 Komen to Johor Hilang TPM Tapi Dapat Satu Menteri Dan Satu Timbalan Menteri Yang Baru

  1. Abu Bakar says:

    Artikel bodoh untuk menipu rakyat Johor, sekarang Najib dah gelabah, tindakan yang kononnya nak menunjukkan kuasa telah menyebabkan Najib sendiri sekarang ketakutan untuk berhadapan dengan realiti yang sebenar.

    Isu utama adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat tanpa ada apa-apa kesalahan yang dibuat, sedangkan Najib menjadi suspek kes jenayah penyelewengan, kes penyonglapan wang hutang 1MDB boleh pula bebas bergentayangan ke sana ke mari membuat berbagai angkara.

    Jangan nak samakan pemecatan Tan Sri Muhyiddin dengan pemecatan Anwar kerana pemecatan Anwar adalah kerana dah banyak bukti mengenai salah laku tak senonohnya itu, malahan Anwar diberikan ruang dan peluang untuk memberikan hujah dalam mesyuarat jemaah kabinet, dalam mesyuarat MT UMNO hinggakan Anwar tumbuk meja serta selepas dipecat Anwar melakukan berbagai kemungkaran kerana tamakkan jawatan.

    Tetapi dalam kes pemecatan Tan Sri Muhyiddin, tak ada salah apa yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin, jadi apakah rasionalnya beliau dipecat? Malahan dalam isu 1MDB, isu RM 2.63 bilion bersamaan USD 700 dalam akaun Najib di AmBank sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin tak menuduh pun Najib melakukan semua itu, dia hanya meminta penjelasan, malahan Tan Sri Muhyiddin juga banyak berusaha agar Najib dapat menyelesaikan perkara ini supaya Najib dapat berikan penjelasan mengenai apa yang berlaku kerana selagi Najib diam, Najib akan menyebabkan bukan sahaja perpecahan di dalam UMNO, malahan perpecahan di kalangan rakyat, Tan Sri Muhyiddin tidak mahu perkara itu berlaku, tetapi Najib tetap dengan perangai bodoh sombongnya bertindak sesuka hatinya dan tidak mempedulikan nasihat dari Tan Sri Muhyiddin, akhirnya keadaan menjadi makin teruk dan makin tenat, dan masalah peribadi Najib dah membarah menjadi masalah UMNO dan menjadi masalah kepada Barisan Nasional pula.

    Manakala dalam isu Tun Musa Hitam, sebenarnya Tun Dr. Mahathir tidak pernah memecat Tun Musa Hitam dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, sebenarnya Tun Musa Hitam sendiri yang meletak jawatan, kemudian beliau nak bertanding semula melawan Tun Ghafar Baba (Allahyarham) yang dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri selepas Tun Musa Hitam letak jawatan sebelum ini dalam pemilihan parti kerana nak semula jawatan Timbalan Perdana Menteri.

    Jadi jangan nak manipulasi kononnya Tun Musa Hitam diainaya, sedangkan motif sebenar Tun Musa Hitam letak jawatan adalah kerana tak puas hati Tengku Razaliegh Hamzah masih lagi jadi Menteri dalam jemaah kabinet selepas PRU 1986.

    Jangan nak putar belit tak tentu hala, rakyat mengetahuinya.

  2. Abu Bakar says:

    Tak payahlah membohong wahai blogger MYKMU.net, Tan Sri Muhyiddin tak kata pun hanya dengan baca The Edge sahaja dia dapat memahami isu 1MDB, apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin dalam ucapanya semasa merasmikan mesyuarat UMNO Cheras baru-baru ini adalah beliau sendiri tak ada maklumat mengenai 1MDB, malahan beliau terpaksa baca banyak saluran, termasuklah The Edge.

    Jadi jangan nak putar belitlah.

    Malahan kononnya rakyat Johor dekat di hati Najib konon, sedang hakikatnya Najib sedang nak coverline gelombang besar-besaran di Johor di mana lahirnya UMNO adalah di Johor, malahan Johor adalah kubu kuat UMNO, tindakan bodoh Najib memecat Tan Sri Muhyiddin yang tak buat salah, malahan Tan Sri Muhyiddin dipecat secara kejam itu bukan setakat tidak boleh diterima oleh rakyat di Johor, tetapi rakyat di Perlis hingga ke Sabah tidak dapat menerima perbuatan terkutuk Najib ini.

    Terimalah hakikat bahawa Najib hanya mengundang padah dengan melakukan penindasan terhadap Tan Sri Muhyiddin, sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin bukannya kerana bersifat individu atau kerana dia bernama Tan Sri Muhyiddin, tetapi kerana Tan Sri Muhyiddin dizalimi, diainaya, secara kejam oleh Najib dan kuncu-kuncu, tak buat salah apa pun dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, apa kejadahnya semua ini?

    Jangan nak putar belit lagilah, rakyat mengetahuinya.

  3. Lanun says:

    Aku rakyat Johor pun tak suka dgn Muhyiddin ni. Apa dia buat waktu dia jadi MB dulu? Habis disapu kroni2 Tun M. Sebab tu Tun M sayang sangat dengan Muhyiddin ni. Kalau bukak balik fail, mau ke dalam jawabnya…

  4. Abu Bakar says:

    Blogger MYKMU.net, gambar Najib sedang riang ria laki isteri anak beranak bersama Jho Low dan Putera Turki di atas kapal persiaran mewah Tatoosh tak mau siarkan juga ke?

    Bukan apa sebagai bukti bahawa Jho Low tu adalah kawan rapat Najib dan Rosmah, musthil Kementerian Kewangan tak dapat kesan Jho Low, kerana mereka hanya perlu minta Najib telefon Jho Low sahaja, kerana Jho Low itu dalah rakan istimewa Najib dan keluarga.

    Blah la, dengan isu 1MDB, kemudian isu akaun Najib di AmBank, isu akaun Rosmah dan RM 2 juta, kemudian ditambah lagi dengan kezaliman Najib mengainaya Tan Sri Muhyiddin, pastinya Najib sangat terkejut dengan reaksi rakyat yang begitu marah terhadap tindakan zalim Najib yang memecat Tan Sri Muhyiddin dari semua jawatan dalam kerajaan sedangkan Tan Sri Muhyiddin tak buat salah apa-apa pun.

    Bersiap sedialah Najib, berkemungkinan Najib dan kuncu-kuncu akan lingkup jika undi tidak percaya dilaksanakan di parlimen, kerana dalam ahli parlimen Barisan Nasional, masih ramai penyokong Tan Sri Muhyiddin yang bersimpati dan bersedia membantu beliau untuk mendapatkan keadilan dan kebenaran.

  5. Pak Tho says:

    Ash Burn. Sokong pendapat awk tu. Tindakan yg boleh makan diri. Seperti pahlawan Bugis tertikam lembing sndiri. Perlantikn ahli panel PAC kpd jawatan menteri. Pertukaran ketua siasatan dan peguam negara dan pemecatan TMY mengundang pelbagai persoalan kpd rakyat.Mcm ada yg disembunyikan oleh Najib. Jeng….jeng. Semakin suspen oooo.

  6. azmi says:

    Abu Bakar..minta maaf banyak2 pasal aku tak leh nak jawab komen kau..minta yang lain2 tu tolong lah jawab komen Abu Bakar

  7. rockers says:

    ni lah blogger bangang no 1..

  8. saifulnizamjohar says:

    Ramai yang tidak belajar dengan sejarah lampau. Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah. Bertawakal kepada Allah atas apa yang berlaku. Allah tidak akan menduga seorang hambaNya jika dia tidak mampu untuk menghadapinya. Peganglah janji Allah, mereka yang bersabar adalah mereka yang beriman.

  9. Pak Tho says:

    Awat Admin delete ambo punya komen sebelum ni . Ini komen ambo sekali lgi. Sokong dgn pendapat abu bakar. Tak payah nk bodek rakyat Johor. Tindakan Najib ni ibarat senjata makan tuan. Seperti pahlawan Bugis tertikam dgn lembingnya sendiri. Apa ?. Ini rakyat bodoh ke. Dengan perlantikan ahli panel PAC ke kebinet, penguguran dan pertukaran peguam negara serta ketua siasatan polis serta Tan Sri Mahyuddin Yassin menimbulkan perbagai persoalan dan pertanyaan di kalangan rakyat. Apa yg di khuatirkn Najib kalau beliau di pihak yg benar. Kan dah banyak kali diperingatkan. Bijak dalam tindakan. Mana punya punahsihat yd beri dia idea ni. Sekarang ni pembangkang dh ambik kesempatan untuk mengusulkan undi tdk percaya terhadap Najib. Agak2 bersambut tak oleh ahli parlimen BN nanti. Tak perlu ramai pun. Sekadar 30 org je. Najib pasti tersungkur. Drama semakin suspen… Kita tungguuuuuuuuuuuuu.

  10. apanama1 says:

    Hari malang dan permulaan kehancuran UMNO oleh Najib..

  11. apanama1 says:

    Tindakan untuk menyelamatkan diri .. org yg tak bersalah jadi mangsa.

  12. yumo says:

    sebut saja pasal 1mdb semua jawatan kena potong. apa punya keputusan ni?

  13. apanama1 says:

    Bodoh punya artikel setaraf sampah!!!

  14. sman says:

    Apa guna kau orang mengamuk kat sini,ini blog MyKMU,ikut dia punya suka lah nak tulis apa pun.Elok kau orang susun stretegi nak menang balik Muhyedin Vs Najib.Aku sekarang dah puas hati,bila Najib tunjuk berani,dan aku berharap giliran fail Pak Mantan pula di buka.Mudah mudahan Allah makbulkan keinginan aku.

  15. pemuda bkt gantang says:

    Bukan kepentingan negara..kepentingan hang la..najib oii..hang ingat kami bodo ka..

  16. yesbagus says:

    Timbalan President UMNO masih ada… jagalah jawatan itu baik-baik jangan sampai terpengaruh dengan syaitan-syiatan… maner tahu bila ade rezeki boleh jadi president pula walaupun umur dah 68 tahun.

    Sebagai orang bawah sedikit dari boss, kita kena satu kapallah, jangan banyak songeh lebih lebih… ibrat sebuah kapal, kalau banyak sangat anak kapal banyak sangat soal, kapal akan gancang.

    Ingat tak umat nabi musah yang banyak soal, dari perintah mudah mencari seekor lembu, asal lembu akhirnya menjadi susah, sebab banyak soal terlalu detail…

    TSMY ni pun sama, dia duduk dalam jawatan timbalan, dekat sangat dengan punca kuasa, tetapi tak guna jawatan itu untuk mendapatkan maklumat, sebaliknya the adge konon rujuk betul… jadi apa ni?

  17. bro says:

    sbut sambil tunjuk bukti ah..ni ada ke mcm baling batu sembunyi tangan..leh lak kata tak paham isu 1mdb..padahal ko tu tpm..tak paham tanya ah bos ko sampai paham..ni dok tunggu madey fight utk ko sambil harap najib akan jatuh mcm paklah..drpd jd gunting dlm lipatan baik veramboos

  18. bad says:

    x payah jwb..abu bakar totok tsmy..nk menegur, kene ade adab..lu pikir la sendiri..!!!

  19. Mr Y says:

    Tak yah layan Abu Bakar tu.. biarkan sahaja dia penat menaip.. perkara senang dan asas pun dia nak peningkan kepala orang lain.. kalau hati sudah busuk, cakap apa pun dah tak guna..

  20. mama gendut says:

    “Najib dekat di hati rakyat Johor memandangkan Tun Abdul Razak banyak membawa perubahan besar buat mereka. Taraf hidup rakyat Johor meningkat dengan drastik apabila penubuhan Felda semasa era pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri.” – statement apa ni ?? Hello… Kalau zaman mak aku boleh lah cakap mcm ni.. aku ni anak Felda, Johor ok.. setahu aku Pahang lg byk Felda.. cuma muafakat kami dalam memajukn bangsa Johor sendiri…Hasil bijak sana pemimpin dlm memajukn setiap daerah.. dengan infrastruktur dn aktiviti ibadah yg sama dikecapi.. Batu Pahat xde Felda tp knp lebih maju dr daerah lain?? xde kaitannya dengan Najib yg bongok ni !!

  21. Abu Bakar says:

    Tindakan Najib kini adalah senjata makan tuan kepada Najib sendiri, perlu diingat bahawa Najib sudah tak mampu nak keluar dari isu 1MDB kerana dah terlalu banyak kerosakkan yang dibuat dalam isu tersebut, bukan setakat 1MDB sahaja bermasalah, malahan TNB, KWAP, KWSP, FELDA, FELCRA, Tabung Haji dan banyak lagi agensi kerajaan diheret dan mendapat masalah kerana 1MDB itu.

    Kepada bro, masalahnya Najib ni bukannya membuat keputusan 1MDB itu melalui Jemaah cabinet, tetapi 1MDB itu dijalankan secara rahsia oleh Najib dan kuncu-kuncunya sahaja, ramai ahli jemaah cabinet tak tahu mengenai 1MDB ini, sebab 1MDB dijalankan secara haram, malahan hutang 1MDB melibatkan RM 42 billion itu, tidak melalui jemaah cabinet, malahan penjualan Tanah di TRX dan Bandar Malaysia serta pembelian stesen janakuasa yang dah nak tamat tempoh lesen operasinya itu pun dibuat secara rahsia antara Najib dan kuncu-kuncunya, tidak melalui cabinet pun.

    Buktinya adalah ahli jemaah cabinet tak tahu menahu dengan apa yang berlaku di dalam 1MDB sebenarnya. Malahan mungkin laporan mengenai 1MDB kepada ahli jemaah cabinet adalah laporan palsu, sebab ahli jemaah cabinet ramai yang terkejut dan tak tahu menahu berkenaan apa yang berlaku dalam 1MDB sebenarnya.

    Mr. Y, lantak kau sahajalah nak layan atau tidak komen saya, kerana yang pastinya kau dan rakan-rakan kau yang menjadi balaci Najib seperti Sman, Omega, Bro tak mampu menjawab apa yang saya tanyakan itu, kerana korang pun bukannya tahu apa-apa dengan isu 1MDB dan isu-isu lain yang saya tanyakan itu, kerana kamu semua tak ada maklumat berkenaan, malahan kamu semua ni pemalas nak cari maklumat, sebab itulah kamu tak dapat nak balas hujah saya itu kerana nak cover line, buat komen yang bertaraf sampah pula.

  22. bosan says:

    Mykmu, sudah2 la pusing cerita. Johor dpt 1 mnteri la, timbalan menteri la.. salleh keruak pun dpt jawatan… apedaaaa

  23. esamanja says:

    Mula2 sy baca juga koment Abu Bakar ni, bila dia dah 2x c&p, says trus skip walaupun dia tulis perkara lain.

  24. kita says:

    Abu Bakar paid commenter, approach dia nampak jelas spt RBA

  25. Abu Bakar says:

    esamanja, kalau sekadar komen merapu kerana nak memenui ‘KPI’ yang ditentukan oleh Najib tak ada gunanya, dasar CASH IS KING, menjadi pecacai kerana Najib lempar dua tiga ringgit ke muka mereka, maruah boleh dijual beli apa gunanya?

    Sila jawab isu yang saya utarakan, bukannya nak mengelirukan rakyat dengan memburuk-burukkan komen saya pula.

    Kalau tak tau nak berhujah, lebih baik senyap, jangan jadi bongok macam Najib, dia buat jenayah seleweng songlap wang berpuluh bilion ringgit, tapi Tan Sri Muhyiddin pula yang dipecat.

    Gelombang penentangan terhadap kezaliman Najib akan berterusan, sekarang ini isu bukan setakat isu 1MDB menjadi tumpuan media antarabangsa, malahan isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tak ada buat salah apa-apa pun menjadi topik utama di media antarabangsa, tak percaya sila baca BBC, Wall Street Journal, Channel News Asia, Al Jazira, Bloomberg dan banyak lagi akhbar-akhbar utama dunia.

    Tidakkah Najib malu dengan perbuatannya ini yang sudah jadi seperti Kim Jong Un di Korea Utara, menindas para jeneral yang tidak sehaluan dengannya dengan hukuman yang sangat kejam.

    Di manakah maruah negara kita akibat perbuatan Najib ini? Media antarabangsa, masyarakat antarabangsa menjadikan isu ini sebagai bahan kelakar di negara mereka.

    Sedarlah semua.

  26. Badrole Amin says:

    serupa adik-beradik syaitan hasutan si ‘abu bakar’ dengan yang lain sedangkan TS Muhyiddin kata dia redha digugurkan dari jawatan TPM…seseorang yang redha ialah orang beriman yang tidak akan membiarkan hasutan syaitan menguasai diri dari membuat sesuatu untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya kerana digugurkan

    menghasut disini(myKMU) adalah perbuatan sia2, harap ‘abu bakar’ dengan yang lain tahu nak pergi berjumpa TS Muhyiddin…semoga anda semua berjaya menghasut TS Muhyiddin…berita yang aku terima, Mukhriz ada pergi berjumpa Muhyiddin malam tadi, semoga tiada hasutan yang dihemburkan oleh Mukhriz kepada Muhyiddin dalam perjumpaan itu…aku percaya Mukhriz tidak membuat perangai syaitan iaitu menghasut seperti yang dilakukan syaitan bernama ‘abu bakar’ dengan yang lain

    hehehehehe

  27. Badrole Amin says:

    Abu Bakar says:
    July 28th, 2015 at 11:31 PM

    “Sila jawab isu yang saya utarakan, bukannya nak mengelirukan rakyat dengan memburuk-burukkan komen saya pula.”

    ok saya terima cabaran anda…lupakan tentang persoalan terdahulu, sila nyatakan 3 persoalan/perkara terlebih dahulu kepada saya untuk saya jawab

  28. azhar daeng says:

    TMJ bermadah hari ini ” Kalau orang dah nak lemas, najis pun dia sanggup capai”
    … orang dah lemas tahi pun sanggup digapai wahhh boleh jadi pelampung juga tahi
    ….bangsa Johor tolak pemimpin bebal mcm mat maselan h20 azlinatomboy
    Muka-muka pengampu dan muka-muka kitar semula dlm kabinet baru..alahai

    Itulah politik Malaysia. Dan orang melayu cuba dibodohkan dengan perkara-perkara seperti ini. Perkara asas tentang tata kelola pentadbiran negara langsung tak der. Semua nak carik makan..nak ada pangkat..bodek kuat..dapat jawatan. Lepas tu, guna nama Allah swt dan agama untuk menghalalkan cara…Letih tengok situasi politik Malaysia..Ekonomi teruk langsung tak di tangani. Duit jatuh, barang mahal GST semua rakyat kena tanggung. Mereka yang juak2 diatas beretorik bagi janji manis! Yg kita pulak dok sokong la juak2 ni..Hanya di Malaysia.

  29. System baru says:

    abu ya hanya tahu gunakan media asing ambil cerita dari macai pembankang

  30. dotdot says:

    hahaha….ada yg komen mcm dia tau semuanya..mcm dia lah penyiasat yg berjaya dlu dari penyiasat kerajaan malaysia…hahahaa….kita tgok la sape yg kene,,,klu dia boleh buat andaian,,aku pn boleh,,,ini lah politik,,muhyidin ada hati nk pancung najib,,Muhyidin nk jd P.M dan timbalan P.M mukriz..tu pasal mahathir beriya2 serang najib,tp sayang…terlambat,,,najib dh dpt tahu awal2 rancangan muhyidin..klu pasal wang masuk dlm acc najib,,,lu ingat najib tu bangang ke…yg ambik rasuah baru ratus ribu pn simpan duit dlm rumah,,,ini plak duit ratus juta….akai ada ka….aku x tau la sape yg bodoh,,,hahahahahahahaha

  31. sireh ke gagang says:

    BERAPI abu bakar nie mengkomen. aku org johor jugak ,takde pun melompat2. asam garam politik adalah biasa kalau kena sepak dan terajang dari jawatan ini .yg si abu bakar pulak melompat2 berkomen , panjang berjela komennya . cara bercakap , mcm dia sorg pandai , mcm dia sorg bijak politik kat sini. nak mintak kerja jadi blogger MYKMU ke ? gi la isi borang . jangan asyik meroyan2. nanti org panggil ko gila , jangan la marah. heheh

  32. Mat Boceng says:

    Menteri yang baru di lantik tu jantan ko tino? Minta pencerahan sikit

Leave a Reply