Menu Utama

James Steward, Bukan Justo Yang Ubahsuai Dokumen

 

1MDB-485x300

BEKAS kakitangan Sarawak Report, Lester Melanyi tampil dengan bukti terbaru bahawa ia adalah seorang pereka grafik bernama James Steward, bukan Xavier Andre Justo yang mengubah suai dokumen transaksi perniagaan antara Petro Saudi dan 1MDB.

Sebelum ini Melanyi tanpa berselindung menuduh beberapa pemimpin pembangkang dan pengendali Sarawak Report, Clare Brown terlibat dengan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak – sebelum polis Thailand mengesahkan wujud perbincangan dengan individu-individu yang sama di Singapura dan Thailand sendiri.

Dakwaan baru ini terkandung dalam video pengakuannya yang dirakam SEMINGGU sebelum polis Thailand (semalam) mengesahkan bukan Justo yang mengubah suai semua dokumen tersebut.  Betul dia (Justo) yang bekalkan dokumen-dokumen itu kata Melanyi, tapi yang ubahsuainya orang lain (James Steward).

Siapa James Steward, wujud ke tidaknya dia, itu tidak penting, yang penting, bagaimana Melanyi boleh mendahului polis Thailand kalau bukan dia memang ada semua maklumat tersebut kerana dia adalah sebahagian dari konspirasi itu,

Itu saja yang penting buat masa sekarang.

Mengubah suai dokumen untuk menjenayahkan orang memang bukti wujud konspirasi.  Sama seperti Tun Mahathir yang tahu Anwar meliwat sejak 1993 tapi hanya mendedahkannya kepada umum pada tahun 1998, itu juga satu bentuk konspirasi.

Jika dakwaan Melanyi tidak betul, pada saat ini Melanyi sudah disaman oleh semua mereka yang dinamakannya dalam rakaman pertamanya, tapi setakat ini belum ada dengar cerita lagi walaupun Mahkamah dan pejabat peguam dah beroperasi hari ini selepas cuti hari raya Aidilfitri.

Tun Mahathir yang dinamakan secara terang oleh Perdana Menteri sebagai dalang disebalik fitnah WSJ yang mendakwa wang sebanyak USD 700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau pun masih tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas Datuk Seri Najib walaupun sudah lebih 2 minggu tuduhan itu dibuat – saja nak sebut, untuk buktikan tidak ada tindakan undang-undang, bukan bermaksud yang kena tuduh salah, yang menuduh tu betul.

Apa pun, seperti mana Tun Mahathir menuduh Najib dan 1MDB menggelapkan wang bersumberkan dari laporan Sarawak Report, maka kenyataan dari bekas kakitangan Sarawak Report dan pengendali stesen radio Free Sarawak ini juga patut diberikan perhatian yang sama. Tak bolehlah nak kata sebab Tun Mahathir guna sumber Sarawak Report maka dia betul, tapi bila kita pun guna kenyataan dari sumber yang sama, takkan kita salah pulak?






7 Komen to James Steward, Bukan Justo Yang Ubahsuai Dokumen

  1. Pemerhati says:

    aku ingatkan mamak kutty aka mahadey tua kutuk itu & geng2nya mempunyai ‘whistleblower’ yang akan mengesahkan(membuktikan) dakwaan mereka itu adalah benar bahawa kononnya 1MDB dan PM melakukan penyelewengan rupa2nya ‘whistleblower’ itu ialah orang yang membuka pekung tentang konspirasi mereka nak jatuhkan PM

    sebagai seorang beragama Kristian tahu pula Lester Melanyi sedar & insaf bahawa tuhannya tidak suka jika dia terus bersekongkol(berkonspirasi) dengan mahadey, clare brown, tony pua dll menggunakan fitnah untuk menjatuhkan PM, sebab itu dia berpaling tadah membuat pendedahan

    bila pula agaknya mahadey yang dikata baru balik dari ‘tanah suci’, berpuasa cukup sebulan & tak pernah tinggal solat nak sedar & insaf seperti Lester Melanyi?

  2. geekpuk2 says:

    Nak pakai gambar James Steward janganlah main tangkap muat pakai gambar manager keretapi UK yang tiada kena mengena. Sila rujuk artikel terbaru Sarawak report

    Harap Dahlan lebih teliti dalam pendedahan dan countercek semua tuduhan

    Kesilapan macam ni akan dipergunakan untuk counterattack

  3. Pemerhati says:

    ko toksah risau ‘geekpuk2’, nanti si clare tahulah nak suruh manager keretapi UK tu saman

  4. WTF says:

    Gambar apa yg saudara geekpuk2 refer tu, tolong berikan link tersebut untuk tatapan semua.

  5. geekpuk2 says:

    Cuba semak kat sini

    http://www.apanama.my/2015/07/lester-melanyi-debunked-sarawak-report.html

    dan

    http://homepage.ntlworld.com/martin.thorne1/RailfutureEA/branch_meetings.htm

    Yang lain korang boleh baca sendiri. Tapi kena reti baca dan faham England

  6. WTF says:

    I see, an Ipswich Area Customer Service Manager who happens to have a degree in Computer Science

    https://www.abelliogreateranglia.co.uk/about-us/latest-news/news-articles/barry-manilow-concert-ipswich-additional-train-services

    So, in saudara geekpuk2 opinion, a job title FULLY describe a person occupation.

    So I can assume that saudara geekpuk2 could agree with me that with credential as a degree holder in Computer Science, a person may spent his time working part time forging documents.

    Can you agree with me saudara geekpuk2 on my assessment above?

    And please for the love of god, the language is called English and not England.

Leave a Reply