Menu Utama

Insiden Low Yat: Ingat Kisah Nabi Musa Dengan 2 Pemuda?

Kuala Lumpur 12 July 2015 .Anggota Polis memasang tali garisan di larang melintas di sekitar kawasan pintu depan Plaza Low Yat selepas kejadian perhimpunan gergasi beberapa NGO untuk mendapatkan penjelasan terhadap pihak keselamatan Plaza Low Yat . NSTP/ Mohd Yusni Ariffin

Kuala Lumpur 12 July 2015 .Anggota Polis memasang tali garisan di larang melintas di sekitar kawasan pintu depan Plaza Low Yat selepas kejadian perhimpunan gergasi beberapa NGO untuk mendapatkan penjelasan terhadap pihak keselamatan Plaza Low Yat . NSTP/ Mohd Yusni Ariffin

Saya jarang ke Plaza Low Yat dan saya tidak berada di plaza berkenaan pun ketika insiden membabitkan pergaduhan di antara beberapa pihak dengan peniaga di sana yang memberi kesan kepada ramai pihak di seluruh negara.

Seperti biasa, saya turut menjadi mangsa sebarang cerita-cerita versi laman sosial berkenaan insiden tersebut menerusi Facebook dan sebagainya. Versi “tokok tambah”, “penyedap perisa” dan seumpamanya tetap tersebar walau di bulan Ramadhan.

Jika benar, tidak mengapalah juga. Namun yang musykilnya, sepuluh yang disebar, satu pun belum tentu tepat dan telus tanpa “spin”.

Namun alhamdulillah, akal dan fikiran yang Allah berikan masih lagi berfungsi dengan waras untuk saya menilai kebenaran berkenaan insiden itu. Sehingga kini, Allah SWT masih lagi memelihara minda saya dari mudah terpengaruh dengan sebaran sebegitu.

Saya akui, ada menonton video rakaman insiden pergaduhan di Low Yat itu. Tipulah saya katakan jika saya tidak terkesan apabila melihat beberapa saudara saya dikeronyok para peniaga di plaza berkenaan. Malah disorak pula ala-ala samseng menang bergaduh…

Siapa yang tidak terkesan, bukan? Lagipun, kita saudara seagama, dicubit paha kanan, paha kiri turut terasa juga, kan? Itulah ukhuwwah namanya…

Namun, saya menegaskan bahawa Islam itu lebih aula untuk dirujuk berbanding emosi. Dalam konteks ini, biar apa pun yang berlaku, yangg salah tetap salah dan yang benar tetap benar.

image (1)

Saya teringat tentang sebuah kisah berkenaan Nabi Musa AS yang diceritakan di dalam Al-Quran mengenai ketika baginda terjumpa dengan dua orang pemuda yang sedang bergaduh.

Memandangkan seorang pemuda yang bergaduh itu sama keturunan Bani Israel dengan Nabi Musa AS, baginda bertindak membantu pemuda berkenaan, menyerang dan membelasah pemuda Qibti itu tanpa usul periksa sehingga terbunuh tanpa niat.

Namun, setelah Allah SWT menjelaskan bahawa pemuda Qibti itu tidak bersalah dan pemuda Bani Israel yang sama keturunannya itu sebenarnya yang bersalah, maka timbul rasa penyesalan di dalam diri Nabi Musa atas perbuatannya.

Mengambil iktibar dari kisah yang diceritakan Allah di dalam sumber perundangan syariah Islam itu, agama kita jelas menganjurkan bahawa kebenaran dan kebatilan itu tidak merujuk kepada bangsa atau kaum, namun ia merujuk kepada tindakan atau perlakuan seorang hambaNya itu, bukan?

Justeru itu, sebagai seorang yang mengaku Islam, saya tetap mengambil pendekatan untuk menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan meneruskan proses undang-undang untuk mencai kebenaran.

Kita ada pihak berkuasa dan kita punya undang-undang, kita serahkan pada pihak yang memiliki autoriti berkenaan untuk melakukan siasatan dan melakukan proses perundangan sekiranya perlu. Kita tidak punya autoriti berkenaan, bukan?

Cuma, menerusi rakaman video yang tersebar di ruang internet baru-baru ini, saya dapat melihat dengan jelas bagaimana para peniaga di Plaza Low Yat telah bertindak membalas kembali serangan beberapa pemuda yang membuat kecoh di kompleks berkenaan, bukan?

Saya akui pemuda-pemuda yang melakukan kekecohan di plaza berkenaan wajar dihukum sekiranya bersalah. Namun, apakah pula hak bagi peniaga-peniaga di Plaza Low Yat di dalam video itu untuk bertindak balas menyerang kembali pemuda itu?

image

Apakah undang-undang negara kita membenarkan tindakan “serangan balas”? Apakah undang-undang di negara kita menggariskan bahawa mana-mana pihak yang diserang secara fizikal di khalayak umum dibolehkan untuk melakukan serangan balas dan membelasah pihak yang memulakan serangan?

Saya yakin, pihak berkuasa, PDRM dan pengamal undang-undang arif serta faham dengan kehendak pertanyaan saya. Saya yakin, para peniaga yang bertindak ganas terhadap pemuda-pemuda yang melakukan serangan itu juga perlu diambil tindakan, bukan?

Justeru itu, atas nama Islam, Melayu dan keadilan sejagat, saya memohon supaya semua pihak yang terlibat di dalam insiden itu disiasat seadil-adilnya, tanpa rasa prejudis, perkauman atau pilih kasih. Ia amat penting demi mendaulatkan prinsip kebenaran dan keadilan yang kita junjung selama ini.

Saya juga memohon agar rakan-rakan yang tidak terlibat sama ada saudara yang beragama Islam berbangsa Melayu atau rakan yang berbangsa Cina, agar tidak bertindak tidak masuk akal mengambil kesempatan meniup sentimen perkauman negatif berhubung insiden tersebut.

Sempena Ramadhan yang penuh kemuliaan dan menjelang Syawal ini, rasanya adalah sangat molek jika kita tautkan kembali persaudaraan sesama Melayu Muslim dengan menampilkan imej Islam yang sebenar dan tidak terikut-ikut dengan permainan emosi nafsu diri.

Sewajarnya kita selaku warganegara Malaysia yang berkongsi kehidupan di dalam sebuah negara yang berbilang etnik, bangsa dan kaum ini menjalin kembali keharmonian yang selama ini cuba disemai pihak kerajaan sejak merdeka dulu.

Mungkin saranan saya tentang keharmonian kaum itu dipandang sinis dan “poyo” bagi sesetengah pihak, namun saya percaya sekiranya ia dibiarkan retak dan renggang, tidak mustahil suatu hari nanti negara kita akan porak peranda, bergolak seperti di beberapa negara di luar sana.

Saya tidak mahu semua perkara negatif itu berlaku di negara kita ini sekarang dan pada masa akan datang. Anda mahu? Wallahu’alam.






6 Komen to Insiden Low Yat: Ingat Kisah Nabi Musa Dengan 2 Pemuda?

  1. bugis says:

    hahahaha

  2. cina malaysia says:

    membelasah????? jgnlah tipu kalau mereka dibelasah mustahil mereka semua berjaya melarikan diri…harus ingat mereka bukan sahaja membuat kecoh tetapi mengamuk…..sepatutnya penulis perlu cerita kita apa boleh buat bila menghadapi situasi tersebut…..tak akan nak biar saja……yg rugi siapa perlu tanggung……

  3. semangat dato' haron says:

    Damage is DONE!!! Generasi muda melayu obses pd sosial media. Kejadian ini telah membentuk persepsi minda baru mereka. Saya dpt merasakan gelombang politik baru yg lebih konservatif akan meresap dlm diri mereka. Bg golongan muda cina x perlulah diceritakan semua tahu hakikat tersebut sejak PRU13. Sudah tiba masanya sistem pendidikan satu aliran diperkenalkan. Sudah x ada alasan lg.
    #Sekolah1Aliran

  4. semangat dato' haron says:

    #Sekolah1Aliran : Penawar Masalah Perpaduan.

  5. anoi says:

    saya sokong 100% semangat dato’ harun

Leave a Reply