Menu Utama

Insiden Lowyat & Fitnah WSJ Ada Persamaan Yang Nyata

lowyat

SEBAIK pihak polis mengesahkan bahawa kejadian yang membawa kepada rusuhan di Plaza Lowyat kelmarin adalah berpunca dari kes curi, bukan kes menipu seperti yang diwar-warkan sebelumnya, momentum netizen kembali kepada fitnah WSJ ke atas Perdana Menteri, sambung kutuk, maki dan fitnah seperti biasa.

Mentang-mentanglah sukar kawan tu nak melawan balik, beranilah nak tunjuk handal.

Tak sedar bahawa kedua-dua kes itu sebenarnya sama – berita belum sahih. Perincian tu lainlah (satu kes curi, satu kes konon masuk berbilion ringgit dalam akaun peribadi), tapi pokoknya, kes itu sama saja dari segala segi.  Patut insaflah bila dah terkena (dalam insiden Lowyat), tapi makin menjadi-jadi.

Orang kita patut belajar untuk tidak lagi menerima bulat-bulat semua dakwaan dalam media sosial yang tidak ditentukan kebenarannya.  Hanya kerana yang dituduh itu Perdana Menteri dan yang menuduh itu bekas Perdana Menteri (menggunakan media asing sebagai platform), tak bermaksud benar tuduhan tu.

Ambil iktibar dalam kes Lowyat, bagaimana cerita yang dipusing-pusing, ditokok tambah tanpa usul periksa membawa kepada ejek mengejek, hina menghina dan sebagainya, telah mengakibatkan kepada kejadian yang hampir mencetuskan kepada ketegangan lebih besar di kalangan sesama kita rakyat Malaysia.

Dalam hal fitnah WSJ ini juga sama. Kita boleh kehilangan seorang pemimpin yang hebat, dekat dengan rakyat (bukan kroni) seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya kerana percaya berita-berita tidak sahih yang disebarkan pihak-pihak tertentu melalui media sosial.

Rasa macam handal sebab kononnya melawan penyamun, rupanya termakan dakyah luar yang tak mahu lihat Malaysia dipimpin orang hebat seperti Najib – hebatlah tu, kalau tidak, takkan begitu sekali usaha dan konspirasi peringkat tinggi diadakan untuk menyingkirkan beliau.

Diakhirnya, menang kokok, kampung tergadai.

Justeru, sekalipun kejadian di Lowyat ini pahit, tapi kebaikannya tetap ada. Ia berjaya mendedahkan sisi hitam dalam kebebasan media yang dijulang sebagai terlalu agung oleh banyak pihak, terutama dari parti pembangkang.  Sekarang tahulah apa yang akan terjadi bila kebebasan bersuara tidak dihadkan.

Syabas penulis ucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi keselamatan lain yang berjaya memastikan keamanan di negara kita secara keseluruhannya terus terjamin.



« (Previous News)



4 Komen to Insiden Lowyat & Fitnah WSJ Ada Persamaan Yang Nyata

  1. cina malaysia says:

    aku rasa tak sama isu 1MDB sudah berlarutan terlalu lama,siasatan macam tak ada nota,penjelasan yg dikeluarkan tidak mampu menyakinkan majotiri…

  2. Meriam Buluh says:

    cina malaysia, nampak ko hanya mementingkan persepsi. Bukan bukti. Pasal orang-orang macam ko ni la Malaysia jadi tak aman. Pasal orang-orang macam ko ni juga Anuwar sah main dengan china doll dah ada bukti video pun tak nak terima. Persepsi..persepsi..persepsi..

  3. System baru says:

    Macai pkr cakap isu lowyat cuba alih isu 1mbd itu kerja macai pkr sekarang sekarang dah terdedah macai dap suka jual barang tiruan,macam korang semua tak faham perkerjaan macai2 dap ini jual china doll,jual dadah pun boleh,judi haram ,jadi ceti haram dan keluarga kapal akan sediakan ikhidmat peguam untuk bela apek2 dap ini di tangkap ini macam satu kes dulu di mana peguam dari dap bela penjenayah menbunuh orang geng 04,isu lowyat penguna dengan pembeli dan isu pencuri dengan pekedai .habis cerita

  4. Phoenix Bangkit says:

    BERITA TERBARU! PANAS! PANAS! PANAS!

    Kenyataan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang
    “Sebenarnya, transaksi USD700 juta yang menimbulkan banyak persoalan serta mencurigakan memerlukan Jabatan Audit Negara lebih banyak masa untuk siasatan lanjut sebelum membuat kesimpulan akhir.”

    Intipati yang boleh diambil adalah ;
    memang benar, memang sahih lah, wujud USD700 juta itu dan ianya bukanlah cerita yang di reka-reka!

    Tindakan Seterusnya adalah;
    Dato Seri Najib, letak jawatan aje lah , lihat Pak Lah yang bersara tu takda orang kacau lagi dah, kami rakyat marhaen pun tak nak perkara ini berpanjangan, kerana kami lebih sayangkan alif ba ta!

Leave a Reply

Threesome