Menu Utama

Gantung The Edge Tak Beretika, Guna Dokumen Curi Beretika?

image

AGAK menggelikan hati bila The Edge cuba mengajak rakyat melupakan kesalahan  yang dilakukannya sehingga digantung selama 3 bulan, dengan mendakwa mereka adalah orang baik yang cuba mendedahkan perbuatan orang jahat (cuba curi duit negara sebanyak RM 1.83 billion).

Seolah-olahnya ia adalah kerja mereka untuk mendedahkan benda-benda jenayah macam ini, macamlah dia polis atau pun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).  Boleh bawak Mahkamah ke kalau betul pun tuduhan yang dikatakan itu?

Cubalah kalau boleh, awal-awal dah buang kes sebab itu bukan bidang kuasa mereka.  Kalau ada bukti salah laku, siar (dalam bentuk persoalan) dan serah bukti kepada agensi yang beerkenaan.  Ini tidak, dia buat perbicaraan media, dia jadi hakim, dia jadi peguam, dia juga pendakwaraya.

Datuk Seri Najib jadi orang salah walaupun tak bukti lagi bersalah.  Dahlah dokumen yang dijadikan ‘bukti’ itu adalah dokumen yang dicuri Justo dari Petro Saudi.  Janji nak bayar RM 2 juta lagi.

Tinggi sangatlah etikanya tu pakai dokumen curi.

Begitu juga yang bersimpati dengan The Edge ini menganggap, tindakan kerajaan menggantung The Edge ini adalah kerana motif peribadi, walhal ia adalah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada, yang sudah lama wujud, bukan sehari dua.

Adalah sebab kenapa kerajaan di mana-mana dalam dunia pun mengena syarat permit/lesen untuk menerbitkan suratkhabar – supaya mereka bertanggungjawab atas berita yang disiarkan, kalau tidak, bersedia hadapi tindakan.

Dan, apa yang dikenakan ke atas The Edge sekarang adalah mengikut undang-undang sedia ada.

Macam Sarawak Report, dia bukan entiti berdaftar, server pun di luar negara, nak ambil tindakan tak boleh, jadi apa cara lagi yang boleh dilakukan kerajaan kalau bukan sekat akses ke laman terbabit – berbeza dengan The Edge.

Jadi janganlah cerita macam The Edge ni digantung saja-saja, suka-suka.  Ini negara diperintah orang, bukan orang utan.  Tak siapa berada di atas undang-undang.

Perasan atau tidak, kebebasan media, kebebasan bersuara yang dijadikan alasan untuk meremehkan kerajaan dan mengagungkan The Edge lanjutan dari tindakan penggantungan 3  bulan tersebut, semua itu bukan undang-undang, hanya figura ucapan saja.






11 Komen to Gantung The Edge Tak Beretika, Guna Dokumen Curi Beretika?

  1. System baru says:

    Edge beruntung sebab surat kabar dia tak di tutup ,dibandingkan dengan new of world di tutup oleh kerajaan british ramai di berhentikan kerja, 3 bulah pun dah datang kesan pada kerugian mereka itu, aku setahun gantung, biar bankrap mereka itu baru mereka tahu

  2. sman says:

    Yg mempetahankan the edge ni,adik PM Najib sendiri,kononnya atas alasan kebebasan bersuara.Tapi dia sendiri tidak mengamalkan kebebasan berusara,bila mengarahkan sisatan terhadap Badlishah hanya kerana memberi pandangan berkaitan dgn dakwaan SR.Harap PM Najib mengambil tindakan mengarahkan Khazanah sebagai pemeganang saham CIMB,melantik orang lain sebagai Pengerusi CIMB.Tapi ini harapan saja lah kerana ianya tidak mungkin berlaku selagi PM adalah Najib yg sangat ‘lemah lembut’,apatah lagi terhadap adik sendiri barangkali.Jangan-jangan tindakan penggantungan the edge ini pun nanti,PM Najib akan mengarahkan dibatalkan kerana PM Najib nak tunjuk dia sangat terbuka dalam mengamalkan kebebasan bersuara.

  3. System baru says:

    Lupa pesan dalam dap itu ada anak, suadara, cucu, atok, bini semuanya jawatan bagi pada keluarga lim dan kapal itu,sman tanya pada dap itu kenapa dap boleh jadi parti nepotisma terbesar dalam malaysia ini selepas pkr anwar itu, sejak adik najib ambil cimb ia mencatat keuntungan menbanggakan, dibanding tun m itu rugi dibuat nya. Fikir2 kan lah, aku bercakap berdasarkan sejarah ada,ini menbukti adik najib lebih buat kerja dari politik, di bandingkan tun m hanya tahu politik tapi tak tahu meningkat jualan proton itu, fikir2 kan lah

  4. Awie nimo says:

    Melayu kaya dan melayu liberal yg menyokong kebebasan suara ala barat makin byk kat malaysia. Tapi tak byk yg mcm syed mokhtar bukharinyg byk berbakti lepas kaya. Ini beli keta bugati veron ferrari derma sikit je

  5. kamal says:

    Dokument demi utk membukti kesilpan rakyat , kenapa The Edge tanya baru nak siasat kenapa buat laporan Aduit palsu setiap tahun .. Ni semua adakah jujur , Waktu takda pulak IGP , SPRM nak siasat .. Ingat org melayu ni bodoh mcm awk yg tulis ni

  6. rockers says:

    dokumen curi tu x kena de kena mengena pun.yg penting maklumat dlm dokumen tu ori ke diubah mcm macai ckp.jgn pihak berkuasa buat pekasam dhlah.hehe..

  7. WTF says:

    The Edge tak payahlah nak berpura4444 buat baik kononnya mereka adalah “orang baik” yang cuba mendedahkan perbuatan “orang jahat” (cuba curi duit negara sebanyak RM 1.83 billion).

    Padahal semua tahu apa tujuan The Edge simpan document2 tu, iaitu untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia yg sedia ada dan menimbulkan perasaan tidak puas hati sesame umat Melayu beragama Islam.

  8. rockers says:

    yg jatuh bkn kerajaan msia tp najib sbb 1mdb adalah idea dia.jgn salah paham sedara. .klu najib berhenti dunia x kiamat.tmy kn ade.samalh mcm pak lah.

  9. raplahjingaa says:

    Modus Operandi yang biasa oleh pembangkang dan puak-puak anti melayu…gunakan kelemahan Najib untuk jatuhkan UMNO. Kelemahan Najib terpalit secara terus dengan UMNO, itu pasal Najib harus diturunkan.

  10. WTF says:

    Nampak sangat saudara rockers tak nampak permainan golongan evangelist untuk memastikan negara Malaysia bukan lagi diperintah oleh golongan Melayu Islam.

    Apa saudara rockers ingat The Edge kisah sangat ker pasal kelangsungan UMNO untuk terus memerintah negara Malaysia???

    Sudah tentu jawapannya The Edge tak pernah kisah akan hal kelangsungan UMNO untuk terus memerintah negara Malaysia, yang dikisahkan oleh The Edge adalah untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia yg sedia ada dan menimbulkan perasaan tidak puas hati sesama umat Melayu beragama Islam.

    Tapi kalau saudara rockers fikir tujuan The Edge keluar artikel2 berkenaan 1MDB (sama ada yg dimanipulasi ataupun separuh benar) adalah semata2 nak jatuhkan Najib Razak, nampak sangat saudara rockers are NAIVE and IMMATURE!!!

Leave a Reply

Threesome