Menu Utama

Gantung The Edge Macam Nak Kiamat Dunia

edge-financial-daily-suspended

SEBETULNYA tindakan menggantung The Edge ini bukanlah satu tindakan yang pertama kali di buat oleh mana-mana negara di dunia.  Tak payah tengok jauh, jiran di selatan Singapura tu cukuplah, jangan kata gantung dan saman, tutup pun ada.

Jaguh demokrasi dan kebebasan bersuara di negara kita, Tun Mahathir Mohamad pun paling dikenang kerana pernah gantung penerbitan The Star untuk beberapa lama kerana siar kolum tulisan Tunku Abdul Rahman (kritik dia) dulu.  Penggantungan ditarik balik hanya bila kolum itu ditutup.

Penulis rasa untuk yang ini tak payah ulas panjang, sebut nama saja semua orang tahu.  Nama Mahathir dan kebebasan media di negara kita adalah begitu ‘sinonim’ sekali, kes The Star tu hanya satu contoh dari banyak yang ada.

Apa pun, seperti yang banyak sudah dituliskan, penggantungan The Edge tidak ada kaitan dengan kebebasan media kerana orang kampung tak beli The Edge ni, orang bandar pun kurang sebab keluar hanya seminggu sekali.  Kalau nak baca sangat, versi online ada.

Penggantungan ini lebih kepada tindakan sabotaj negara yang cuba dilakukan pemiliknya  Beli dan ubahsuai dokumen curi seperti yang di dakwa tu memang salah satu cara nak sabotaj negara, polis Thailand dah sahkan, tukang jual dah sahkan, akhbar Singapura pun dah sahkan.

Paling penting, individu yang berkenaan pun dah mengaku!!

Yang menarik perhatian penulis sekarang ialah kelam kabut beberapa orang ‘besar’ lanjutan dari penggantungan tersebut – kononnya simpati dengan kakitangan The Edge.  Hanya sebab salah seorang yang berkata tu adik Perdana Menteri, macam teruk sangatlah penggantungan 3 bulan ini pun, kebebasan bersuara dah matilah dan sebagainya.

Walhal, baru beberapa hari ni saja, seorang kakitangan di bank yang dipengerusikannya, dipecat kerana buat kenyataan di Facebook, kebebasan bersuaralah sangat tu?

Ironinya, mereka ini ada diantaranya pemilik dan orang penting dalam organisasi ternama di negara kita yang boleh saja ambil kakitangan The Edge ini bekerja dengan mereka kalau simpati sangat, bukan ramai mana pun kakitangan The Edge tu.

Tindakan menggantung The Edge ni pun ikut undang-undang, kalau ada tak kena bawak ke Mahkamah, apa yang susah sangat?

Ini cerita macam besok dunia nak melingkup,






6 Komen to Gantung The Edge Macam Nak Kiamat Dunia

  1. rosman mansur says:

    Isunya kenapa sekarang???dah lama dah portal2 pembangkang memalukan dan menyalurkan maklumat yg salah pada dunia..Aljuburi pusing satu dunia buat fitnah pada negara dan Umno!!xda pun tindakan??dah macam kerajaan Bacul je sblm ni!!ikut dan biarkan pembangkang bermaharajalela..SKANG tunjuk TEGAS!!! APA YG DITAKUTKAN TU WAHAI PEMIMPIN2 BACUL?? BARU BUKA MATA DAN NAK TEGAS KE ATAU MMG TAKUT KANTOI??? LAGI SATU NAK TNYA MANA 3 ORG DALANG LAHAD DATU WOIII??? SEMBANG KENCANG!!

  2. awie nimo says:

    Kerajaan terlalu berlembut kerana takut dengan undi cina, cina pun dah tau berfikir. Kalau ditutup the edge pun cina pun tade pilihan lain. Lebih baik ditutup, effect die lagi teruk kalau tak ditutup dari backlash kalau ditutup.

  3. sman says:

    Tindakan menggantung the edge sekarang,sebenar nya bagi saya adalah satu lawak jenaka,kerana sepatutnya the edge bukan setakat di gantung tapi dah di haramkan lama pun,jika pihak berkaitan pandai buat kerja dan bersikap pro akif.Tapi kerana sikap relek dan tidak ambil peduli,apa the edge tulis selama initak pernah di pantau atau di semak kebenarannya oleh pihak kerajaan,biar pun ianya melibat kan imeg dan kredibiliti kerajaan serta pemimpinnya.Pihak bertanggung jawab seolah-olah suka rakyat berpersepsi buruk terhadap kerajaan,itulah sebabnya mereka berdiam diri yg tandanya bersetuju dgn apa saja yg di tulis oleh the edge.PM Najib seolah-olah selama ini hanya membena istana pasir,yg mudah di runtuhkan oleh pukulan ombak sekecil mana pun.Bersusah payah merencana itu ini utk mengembangkan ekonomi,tapi di biarkan runtuh oleh sebuah akhbar kewangan yg kecil seperti the edge.

  4. Pemerhati says:

    betul kata ‘awie nimo’, kerana kerajaan UMNO & BN terlalu berlembut(perkataan lebih tepat ialah PONDAN) maka baru sekarang nak sekat/gantung ‘the edge’

    aku percaya pihak berkuasa Thailand boleh memberi kerjasama yang dimahukan pihak berkuasa Malaysia untuk mendakwa & mengenakan hukuman terhadap dalang dalam & juga luar negara yang berkomplot untuk menjatuhkan PM, 1MDB & kerajaan…selepas justo selesai dibicarakan & dijatuhi hukuman di Thailand, pihak berkuasa Thailand akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa Malaysia yang mahu mendakwa & mengenakan hukuman terhadap dalang dalam & luar negara yang berkomplot mahu menjatuhkan PM, 1MDB & kerajaan

    disebabkan pemerintah filipina masih menyatakan tuntutan mereka terhadap Sabah maka jangan harap kerajaan Malaysia boleh mendapat kerjasama dari pihak berkuasa filipina supaya dapat mendakwa & mengenakan hukuman terhadap dalang dalam negara yang berkomplot dengan tentera haram si kiram untuk menceroboh Lahad Datu

  5. raplahjingaa says:

    aloo..adamyan Tun berani dan tegas itu lah pasal Negara progressive…idola hang lembik dan penakut..itulah pasal dia berjaya meletakkan diri dia dan bangsa melayu juga agama Islam dalam keadaan yang amat payah !!

    hang bukannya tau apa pun….bagi upah apa pun hang tulis.

Leave a Reply

Threesome