Menu Utama

Fitnah WSJ: Najib Rileks Je, PAS Pulak Yg Bertekak Sesama Sendiri

haron_dinSEBAIK fitnah WSJ kononnya sejumlah USD700 Juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri mula sensasi, Timbalan Presiden PAS dilihat antara terawal memberi respon – seakan percaya dengan fitnah tersebut dengan mendesak pengisytiharan harta sekalipun tiada bukti yang diberikan sang pemfitnah.

Hanya bersandarkan kepada kenyataan yang memetik sumber entah sesiapa dan grafik yang boleh dibuat sendiri dalam Sarawak Report,  tapi Tuan Ibrahim Tuan Man, pada hari  baik bulan baik ini menerima fitnah tersebut seoalah-olah betullah berlaku seperti mana yang di dakwa.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada dia.

Begitupun bukan itu penulis berminat untuk dijadikan coretan petang-petang Ahad ni, sebaliknya respon dari Mursyidul Am PAS dalam lingkungan waktu yang hampir sama, yang mana Datuk Haron Din meminta disiasat terlebih dahulu tuduhan tersebut sebelum boleh menuduh Perdana Menteri.

Tak payah jadi ustaz pun, disini nampak bahawa Haron Din lebih matang dan bersikap seperti mana orang Islam yang sebenarnya sedangkan Tuan Ibrahim kelihatan cuba nak menyaingi orang yang digantinya dulu, Mat Sabu dengan mengutamakan populariti dari realiti.

Kalau kata perjuangan Islam, itulah (sikap Haron Din) yang sebenarnya, siasat dulu sebelum percaya tuduhan buta tuli.

Begitupun percanggahan kenyataan antara 2 pemimpin besar PAS ini menyerlahkan kelam kabutnya parti PAS, sedangkan Perdana Menteri rileks saja sebab tahu tuduhan tersebut tidak benar.

Faktanya, dimanakah logik seorang yang cukup bijak memindahkan wang berbilion ringgit melalui beberapa syarikat, kemudian bertindak bodoh dengan memasukkan semua wang tersebut dalam akaun peribadinya sendiri?

Bukan itu saja yang cacat, malah ada banyak lagi, antaranya bagaimana transaksi sebesar itu berlaku dalam jangka masa yang singkat, tidak dapat dikesan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), akaun dah ditutup tapi transaksi masih berlaku dan sebagainya.

Haron Din sendiri pun membangkitkan persoalan yang sama.

Penulis bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Harun Din kerana bertindak seperti muslim sejati.  Besar maknanya kenyataan ini sekalipun Perdana Menteri belum terdesak dengan fitnah tersebut sehingga nak meminta sokongan PAS.

Sikap beliau ini patut dijadikan contoh oleh pemimpin PAS yang lain.






3 Komen to Fitnah WSJ: Najib Rileks Je, PAS Pulak Yg Bertekak Sesama Sendiri

  1. rosman mansur says:

    adoyai..pergi rujuk FACEBOOK PAS SELANGOR..apa yg sebenarnya dijawab Tuan guru Harun din..jgn putar belit kenyataan mursyidul am Pas..standard sampah je mykmu ni

  2. sman says:

    Kalau kita cerdik perkara ni senang je kita nak buat kesimpulan.Apasal perkara ni perlu didedahkan melalui SR dan WSJ,sedangkan ianya bersumber dari investigator Malaysia?.Bukan ke lebih mudah,cepat dan berkesan kalau ianya terus di dedahkan kepada pihak dalam negara,buat kepada lapuran polis,SPRM ,Bank Negara,para MP Pembangkang,kemudian membuat sidang media secara besaran.Tobat lahum perkara ni tak mampu di tutup oleh sesiapa lagi,kalau ianya benar.Tambah pula kalau yg buat sidang media tu adalah Mahathir sendiri dgn di kelilingi oleh para MP Pembangkang dan para MP Umno yg tidak sealiran dgn PM Najib.Kalau bukti kukuh,Mahathir tak perlu bertindak seperti kata PM Najib ‘man in glove ‘pun.

    Ini tidak,information dari dalam negara tepaksa di lapurkan oleh pihak luar negara,mengapa?.Jawabnya orang yg memberi infomation tersebut tahu,bukti berkitan tidak betul,jadi terpaksa mencari pihak lain yg sanggup mengeluarkan berita bohong.’Man in glove’ pun tahu sangat,siapa yg sanggup buat begitu,sebab selama ini dia lah orang yg paling lantang mengecap media berkenaan sebagai pemfitnah.Hanya pemfitnah yg sanggup mengeluarkan lapuran fitnah.Kalau tidak masakan bekas musuh menjadi kawan baik secara tiba-tiba,tentu ada udang di sebalik batu.

    Lapuran yg di keluarkan itu senarnya sengaja utk mengelirukan dengan harapan dalam kekeliruan tersebut ada pihak yg melompat kembali sepertimana masa isu kehilangan RM 42 billion 1MDB dulu,secara khususnya SA dan TS MY.Sekarang pun umpan tersebut dah mengena.Mujur-mujur dalam masa ‘keliru’ begini PM Najib boleh di jatuhkan itulah perangkap oleh ‘man in glove’.

    Itulah sebabnya bagi pihak saya sendiri saya sangat tidak yaki9n dgn lapuran berkaitan,hanya saya terkilan dgn sikap sambil lewa PM Najib sejak dulu yg menyebabkan cacing akhirnya naik kemata.

  3. ToraTora says:

    Aku dah kata dah Tuan Berahim ni standard mantan dia saje..cuma bezanya Berahim ni nampak lebih ustaz sikitlah gayanya banding yang dulu..

    Rosman..bawak datang sini petikan Pas Selangor tu..aku nak tau gak apa yang spin.

Leave a Reply