Menu Utama

Firasat: Pembohongan Berterusan The Edge Tak Membantu UMNO Juga

news_10572

MENURUT firasat satu pihak, tindakan kerajaan (mengikut undang-undang) menggantung permit akhbar The Edge selama 3 bulan, tidak akan membantu dalam mengembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN.

Selama menjadi penulis politik, tidaklah penulis tahu tentang kewujudan firasat dalam politik ni, bukan duduk dalam zaman Nujum Pak Belalang.

Untuk makluman, yang bercakap ini adalah pihak dalaman UMNO sendiri yang tidak ke depan bila Perdana Menteri diserang, hanya bermati-matian bila ketua puaknya jadi cemuhan dan dia sendiri tu jadi mangsa fitnahan (kot ada la pulak perkataan itu).

Dari cara dia bercakap, seolahnya kalau pembohongan demi pembohongan yang disebarkan The Edge berterusan, ia boleh mengembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO.  Yang dia tak tahu, makin jauh lagi adalah.

Apatah lagi jentera Pemuda UMNO yang sepatutnya mempertahankan institusi Presiden parti itu sendiri, tidak berfungsi seperti yang sepatutnya – lagilah cepat fitnah itu menjadi hadaman, maklum sajalah, takde yang nak melawan.

Memandangkan penggantungan The Edge ini adalah mengikut undang-undang, penulis minta pihak yang berkenaan agar diam, firasat firasat ni semua boleh simpan.  Tak boleh selesai masalah tak apa, jangan jadi sebahagian dari masalah.

Hakikatnya undang-undang kita cukup adil.

Peluang The Edge untuk mendapat keadilan sekira berasakan tindakan kerajaan ini tidak wajar, tidak dinafikan.  Orang yang berkenaan pun boleh menjadi peguam The Edge di Mahkamah kalau dia mahu, nak ikut firasat sangat kan?






27 Komen to Firasat: Pembohongan Berterusan The Edge Tak Membantu UMNO Juga

  1. apanama says:

    jangan tembak pemberi maklumat – menteri umno

  2. rockers says:

    pemimpin umno x penah buat salah pun.itu persepsi je.cuma pelaburan dh tukar jd unit ..rasa macai blh explain.

  3. raplahjingaa says:

    Aku sokong pengantungan The Edge, tapi aku tak tahan bila hang adamyan mengaku hang penulis politik !! hahahahahahaha….hang tu penulis sitara bukan politik !! and u re very good at it…political comedian !! hehehe…

  4. Abu Bakar says:

    Jika The Edge melakukan pembohongan, sila 1MDB, Najib, serta kuncu-kuncunya seperti Salleh Said Keruak, Shahrir Samad, Zamil KITA, Tunku Aziz, Abdul Rahman Dahalan, Ahmad Maslan, Hassan Malek serta lain-lain kuncu serta pecacai dan balaci mereka memberikan penjelasan mengenai isu mengenai RM 2.63 bilion di dalam akaun Najib di AmBank serta RM 2 juta dalam akaun Rosmah di Affin Bank.

    Rakyat mahukan penjelasan apakah Najib pernah membuka dua buah akaun di AmBank sebelum PRU 13 dan kemudiannya menutupnya selepas beberapa bulan PRU 13, serta kita mahu tahu apakah benar wang berjumlah RM 2.63 bilion itu pernah ada dalam akaun Najib itu.

    Najib mesti membuat kenyataan rasmi melalui Pejabat Perdana Menteri untuk menafikan beliau pernah ada dua akaun di AmBank yang dibuka sebelum PRU 13 dan ditutup selepas beberapa bulan PRU 13 dan nafikan tidak pernah ada wang berjumlah RM 2.63 bilon yang bersamaan USD 700 juta itu. Malahan jika pernah ada akaun berkenaan dibuka pada sebelum PRU 13 dan kemudiannya ditutup beberapa bulan selepas PRU 13, perlu dijelaskan mengapakah akaun itu ditutup dalam tempoh yang singkat?

    Keduanya, Najib dan Rosmah juga perlu membuat kenyataan rasmi melalui Pejabat Perdana Menteri atau kalau tak mau buat kenyataan rasmi melalui Pejabat Perdana Menteri, maka buatlah Pengakuan Berkanun (Statutory Declaration) untuk menafikan bahawa RM 2 juta telah dimasukkan ke dalam akaun Rosmah melalui beberapa transaksi melibatkan jumlah antara RM 150,000.00 hingga RM 300,000.00.

    Sekiranya Najib dan Rosmah sendiri tidak dapat membuat penjelasan secara rasmi, malahan asyik menyalahkan media, menyekat akses ke portal seperti Sarawak Report, menggantung permit media seperti The Edge, menyalahkan pengkritik, menyalahkan orang yang tidak menyokong mereka, maka macam mana nak tahu kebenarannya?

    Patunya jika MYKMU.net benar-benar yakin bahawa Najib tidak bersalah, sila buktikan bahawa tuduhan yang disiarkan di dalam media, yang menjadi perbualan rakyat sekarang ini itu adalah tidak benar, jika hanya menafikan tanpa bukti, tak ada gunanya, kerana pihak yang membuat pendedahan itu menunjukkan bukti berupa dokumen perbankan melibatkan transaksi wang yang besar ke dalam akaun Najib dan Rosmah, jika kata dokumen itu tipu, dipalsukan, sila MYKMU.net dapatkan dokumen asli dari Najib dan Rosmah dan tunjukkan kepada umum.

    Jika MYKMU.net sendiri tak mampu nak menangkis bukti yang dikemukakan oleh The Edge, Sarawak Report, serta Wall Street Journal itu, bagaimanakah boleh dikatakan bahawa dokumen yang disiarkan oleh media-media tersebut sebagai palsu dan diubah suai?

    Sila beri penjelasan, bukannya merapu tak tentu hala. Rakyat menantikan penjelasan, kerana apa yang berlaku itu melibatkan kepentingan rakyat, rakyat tidak mahu wang negara diselewengkan untuk kegunaan peribadi, untuk tujuan yang tak betul, kerana ini merugikan peruntukkan pembangunan untuk rakyat.

  5. Abu Bakar says:

    Mengenai tuduhan oleh Najib dan kuncu-kuncunya bahawa penyiaran dokumen serta maklumat mengenai salah laku Najib sebagai bertujuan untuk mengganggu gugat demokrasi, mahu menjatuhkan kerajaan adalah suatu kenyataan yang sangat bodoh.

    Malahan tindakan Najib dan kuncu-kuncunya menyekat akses ke portal seperti Sarawak Report, kemudian menggantung permit The Edge dengan alasan melakukan ancaman terhadap demokrasi dan mahu menjatuhkan kerajaan adalah perbuatan yang sangat bodoh dan melucukan.

    Dalam isu ini, The Edge dan Sarawak Report tidak memburuk-burukkan Malaysia, mereka tidak menyerang dan mengecam Malaysia hingga boleh menggugat kepentingan Malaysia. Apa yang dibuat oleh The Edge, Sarawak Report, serta The Wall Street Journal adalah mendedahkan perlakuan jenayah penyelewengan oleh Najib. Mereka mendedahkan perlakuan jenayah penyelewengan serta pengkhianatan Najib terhadap negara dan rakyat, apakah perbuatan mendedahkan perlakuan jenayah oleh Najib itu sebagai ancaman terhadap demokrasi?

    Apakah tindakan Najib yang melakukan penyelewengan boleh dianggap memuliakan demokrasi serta menyelamatkan negara ini?

    Kebodohan demi kebodohan yang dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncunya hanya menyebabkan maruah Malaysia makin tercalar di peringkat antarabangsa, malahan ekonomi Malaysia menjunam bukan disebabkan oleh kritikan oleh Tun Dr. Mahathir terhadap Najib mengenai 1MDB, tetapi penyelewengan, salah guna kuasa, kuku besi yang diamalkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya yang menjadikan negara ini dan harta negara ini sebagai harta mak bapak mereka, pelabur asing takut dengan kepimpinan yang bersikap kuku besi, menyeleweng serta menindas media dan orang-orang yang tidak sehaluan dengannya.

    Dalam isu ini, Najib dan kuncu-kuncunya yang perlu dipersalahkan, meraka adalah punca segala kemelut ini.

    Sedarlah semua.

  6. System baru says:

    Macam ini british tutup new of world sebab dia banyak melakuankan fitnah dan ubah fakta kes rogal, kira beruntunglah The Edge tak tutup,Sarawak Report (sp) telah banyak menipu berita ubah fakta ada, contoh paling kes orang hutan sudah cukup sp menipu dalam laporan dia, kalau di brtish itu dah lama kena saman,pemilik wartawan sp itu dari british, kalau betul kenapa duduk malaysia ini, berani hadapi nya, aku tahu sp dah lama menburuk2 kan pentabirah di serawak tapi ada ke dia saman sp itu, bila kena tutup macai pasti cakap tak kebebasan media itu alasan di berikan, fikir lah kenapa wartawan sp duduk england ada ke tahu cerita di serawak itu. Aku masih ingat media2 barat buruk kelapa sawat malaysia sebab konon nya kita bela orang utang betul, kenapa bela dia bela babi hutan dah pupus di england itu.lupa semasa anwar di tangkap bukti ada dan mencukupi, kes 1mbd bukti tak mencukup kenapa suruh najib berhenti pulak tak rasa pelik ke?

    Di zaman tun m itu pun pernah arahkan mca beli akbar cina yg berpihak pada dap itu kalau ikut kan itu cara tun m juga sekat kebebasan bersuara oleh tun m itu , aku tak nak sebut surat kahbar itu ia, korang cari tanya macai rba itu yg melaga2 kan tun m dan najib itu,

    macai rba kena sedar mana bukti aku minta kes 1mbd itu, dah serah pada polis ke belum ,dah di serah pada pac ke belum , dah serahkan pada sprm ke? belum
    Aku tengok tak ada bukti di serahkan hanya cakap tin kosong je

  7. Omega says:

    Bodoh apakah mereka ini yg masih lagi mengatakan Najib terima wang kedalam akaun peribadi. Takkan yg kena tuduh dan bicara melalui media pula perlu tunjukkan bukti. Patutnya yg tuduhlah bawa bukti agar yg kena tuduh boleh pertahankan diri. Apa apa pun penyokong pembangkang yg seolah ahli umno boleh tunggu sikit masa lagi bila Justo dah dibicarakan dalam mahkamah Thailand. Jangan nanti dikata Mahkamah dan polis Thailand disuap pula bila kebenaran mula timbul.

  8. Abu Bakar says:

    Encik System Baru, sila suruh 1MDB, Najib dan Rosmah kemukakan dokumen asal untuk dibandingkan dengan dokumen yang dikatakan ‘diubahsuai’ oleh Sarawak Report, The Wall Street Journal, dan The Edge itu.

    Malahan di manakah justifikasi untuk menggantung permit The Edge, malahan menyekat akses kepada portal Sarawak Report kononnya mereka mengancam proses demokrasi serta hendak menjatuhkan kerajaan, kerana apa yang berlaku adalah tiada pun perbuatan memburukkan Malaysia serta memburukkan kerajaan Barisan Nasional di dalam portal dan media yang berkenaan, kerana apa yang didedahkan adalah penyelewengan dan jenayah yang dibuat oleh Najib laki isteri dan kuncu-kuncu mereka.

    Apakah mendedahkan penyelewengan dan jenayah yang dibuat oleh Najib laki isteri dan kuncu-kuncu mereka merupakan tindakan mengancam demokrasi dan mahu menjatuhkan kerajaan?

    Dalam isu pendedahan penyelewengan oleh Najib laki isteri dan kuncu-kuncunya ini, tak ada pun yang memburuk-burukkan Malaysia dan mahu menjatuhkan kerajaan, jangan nak putar ke isu media barat burukkan minyak sawit dan sebagainya pula.

    Tak payahlah nak membohong kononnya Tun Dr. Mahathir arahkan MCA beli syarikat akhbar bagai, kerana apahal pula Tun Dr. Mahathir nak arahkan MCA, sebab MCA ada kepimpinan mereka sendiri, jadi jangan nak memburukkan Tun Dr. Mahathir dengan kenyataan pembohong sebegini.

    Berhubung bukti mengenai kes 1MDB, pihak polis dah rampas dokumen dan bekukan akaun melibatkan 1MDB, kalau tak ada kes, buat apa polis nak rampas dokumen serta bekukan akaun melibatkan 1MDB, sebab ada masalah, maka polis rampas dokumen dan bekukan akaun 1MDB itu.

    Malahan hingga kini 1MDB tak memberikan kerjasama kepada pihak Audit Negara mengenai dokumen-dokumen yang tidak diberikan oleh mereka semasa siasatan oleh pihak Audit Negara sebelum ini terutama melibatkan dokumen pelaburan yang dibuat oleh 1MDB, macam pelaburan melibatkan RM 15.4 bilion di dalam Brazen Sky, Aabar Deposit, GIL Funds itu, apakah pelaburannya, di manakah pelaburannya, banyak yang tak ada penjelasan, banyak yang tak ada dokumen yang menjelaskan perkara tersebut.

    Macam pelaburan dalam Aabar Deposit melibatkan RM 4.2 bilion, pelaburan itu sangatlah meragukan, kerana kedaulatan RM 4.2 bilion itu dipegang oleh Aabar Deposit, sedangkan 1MDB ini tak ada hak untuk melakukan apa-apa terhadap RM 4.2 bilion yang dilaburkan itu, apa kejadahnya semua ini? Malahan dilaburkan dalam apa pun tak tahulah.

    Malahan Encik System Baru juga kena tunjukkan bukti mengenai dua akaun Najib di AmBank, ada atau tidak akaun berkenaan wujud? Malahan sila buktikan mengenai RM 2.63 bilion yang didedahkan dimasukkan ke akaun Najib, sila nafikan bukti yang telah didedahkan oleh The Wall Street Journal, Sarawak Report, dan The Edge itu.

    Begitu juga dengan RM 2 juta di dalam akaun Rosmah, sila nyatakan bukti bahawa dokumen yang dipamerkan oleh The Wall Street Journal dan Sarawak Report itu palsu, sila tunjukkan bukti yang sebenar.

    Sedangkan Najib dan Rosmah sendiri tidak berani membuat kenyataan rasmi samada melalui Pejabat Perdana Menteri atau membuat Pengakuan Berkanun (Statutory Declaration), apakah Encik System Baru mempunyai bukti kukuh untuk menafikan penyonglapan melibatkan RM 2.63 bilion dan RM 2 juta itu?

    Sebenarnya Encik System Baru adalah tin kosong yang sebenarnya, merapu tak tentu hala, tak payahlah nak putar belit, Encik System Baru pun tak dapat nak menafikan semua tuduhan terhadap Najib itu.

    Sedarlah semua.

  9. Abu Bakar says:

    Encik Omega, kalau Najib tak mau tunjukkan bukti dokumen pun, paling kurang, Najib patutnya menafikan secara rasmi melalui kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri atau membuat Pengakuan Berkanun (Statutory Declaration) untuk menafikan bahawa dia pernah bukan akaun di AmBank pada sebelum PRU 13 dan menutupnya selepas beberapa bulan PRU 13 dan nafikanlah bahawa RM 2.63 bilion bersamaan USD 700 juta itu dimasukkan akaunnya.

    Tetapi hingga kini, Najib tak berani membuat kenyataan rasmi tersebut, ini menunjukkan Najib takut untuk membuat kenyataan rasmi berkenaan kerana beliau dipercayai menyeleweng dan menyonglap wang itu, sebab itulah beliau takut buat kenyataan rasmi sedemikian.

    Kepada Encik Omega, tak payahlah nak putar belit lagi, selagi Najib tak berani buat kenyataan rasmi mengenai perkara itu, maka apa yang dituduhkan oleh The Wall Street Journal, Sarawak Report, serta The Edge adalah benar melainkan Najib dapat menunjukkan bukti dokumen asal untuk dibandingkan dengan dokumen yang disiarkan oleh ketiga-tiga media berkenaan atau Najib membuat kenyataan rasmi samada melalui pejabat Perdana Menteri atau Statutory Declaration (Pengakuan Berkanun) untuk menafikan semua perkara tersebut dengan jelas dan terperinci.

    Hingga kini Najib takut nak menafikan secara rasmi serta takut nak dedahkan dokumen asal mengenai perkara itu. Sebabnya Najib boleh beri kebenaran kepada AmBank untuk mendedahkan dokumen asal, mengapakah Najib takut sangat menjawab isu ini, sudah tentulah kerana Najib di pihak yang salah.

    Kata pepatah berani kerana benar, takut kerana salah, Wall Street Journal, Sarawak Report, serta The Edge dah mengemukakan bukti, malahan mereka berani berhadapan dengan tindakan undang-undang jika Najib nak ambil tindakan undang-undang kerana mereka yakin mereka di pihak yang benar. Tetapi Najib pula sampai sekarang takut nak buat penafian secara rasmi, malahan takut nak mendedahkan dokumen asal, kerana Najib berada di pihak yang salah, orang salah akan takut untuk mendedahkan apa yang berlaku, kerana dia takut dia ditangkap, diheret ke mahkamah, dan dihumban ke penjara atas kesalahannya itu.

    Sedarlah semua.

  10. frozz says:

    En. Abu… komen2 system baru semuanya komen kebudak-budakan…main sedap jari jer…

  11. awie nimo says:

    Sedangkan ada video ketua liwat tengah sedap dengan amoi pun pembangkang pun tak percaya, sudah tentu grafik cantik oleh the edge pembangkang percaya bulat2. Tak perlu bertekak ngan org bodoh, ko turun level same ngan dorang nanti.

  12. System baru says:

    aku minta serah bukti itu pada pihak berkuasa ada berani ke? Abu Bakar mana bukti nya sudah kah serah dokumen pada sprn,pac dan polis, tak payah bedolak dalik pulak, kau percaya wartawan sp duduk british itu, dia tahu ke? pasal serawak itu,wsj tahu ke pasal malaysia ini, media barat pun pandai bedolak dalik, The Edge menipu boleh cakap beli dokumen itu konon nya nak 2juta us itu tapi tak layan penjenyah di thailand itu konon perankap dia itu dolak dalik the Edge itu.Brazen Sky, Aabar Deposit, GIL Funds mana bukti nya, dah serah akan bukti pac minta itu, itu dolak dalik macai RBA itu, lagi satu tak ada dokumen 1mbd media siarkan untuk menbukti kan bahawa ada penyelewanan belaku, aku tunggu kes thailand orang penjenayah dah mangakui bersalah, mana peguam kalap rajin bela pejenayah itu pergi ke thailand itu, aku tak ada pun, hanya cakap tin kosong je

  13. sman says:

    Saya melanggan the edge sejak pertengahan tahun 1990an,kerana banyak info berkaitan dgn ekonomi,pasaran dan syarikat tersenarai yg di paparkan.Pada peringkat awalnya the edge memang profesional dalam lapurannya,walau pun ada artikel yg kritikal terhadap pemerentah ,namun ianya boleh di terima kerana ada fakta yg perlu di beri perhatian.Semuanya berubah bila krisis eonomi melanda negara dan pemecatan Anwar berlaku,kritikan the edge lebih tajam dan ramai penulis jemputan adalah mereka yg pro Anwar.Ianya semakin teruk bila the edge di ambil alih oleh tongkol kroni Anwar dan saya sendiri mula menghentikan langganan saya.

    Sebenarnya akhbar the edge ini elok di baca oleh pihak kerajaan,terutama mereka yg bertugas di MOF dan PMO.Mereka lah sepatutnya mengambil langkah proaktif menjawab dan menangkis jika terdapat apa-apa artikel yg tidak benar ,atau yg bersifat spekulasi atau kritikan yg tidak membena,terutama yg menyentuh polisi kerajaan, pribadi dan kewibawaan pemimpin.Tapi sayangnya tidak ada yg berbuat demikian,sehingga orang macam saya dan para pembaca the edge yg lain merasa,apa yg di tulia adalah benar ,kerana tidak ada sanggahan dari pihak yg berkaitan.Terus terang saya katakan salah satu ‘penghasut’ saya membenci Mahathir ialah the edge,kerana zaman Mahathir pun sebarang kritikan oleh the edge terhadap langkah dan polisi Mahathir tidak di sanggah.

    Saya merasa sedih kerana kerja kuat PM Najib & teamnya dalam merancang,mengurus dan mengawal ekonomi negara dan telah banyak kejayaan yg di raih,tapi akhirnya semua itu di tenggelamkan oleh kritikana dan tomahan akhbar kecil seperti the edge.Ini adalah kerana sikap releks dan berdiam diri pihak yg sepatutnya mempertahankan polisi berkenaandan .Jadi lah ianya seperti PM Najib membena istana pasir,mudah di runtuhkan hanya dengan pukulan ombak kecil atau tiupan angin yg sepoi bahasa sahaja.

    Sekarang smuanya umpama nasi sudah menjadi bubur.

  14. System baru says:

    frozz masalah dah jawab solah aku bagi itu

  15. Pak Tho says:

    Sye benci fitnah dan sokong tindakan kerajaan menggangtung the edge selama 3 bulan. Sepatutnya lbh panjang lgi sebb majalah ini tiada kredibiliti dalam memaparkan isi kandungan nya. Begitu juga serawak report. Masalahnya, ramai rakyat Malaysia kurang bijak dlm menapis dan dan menerima apa² maklumat yg dikemukakan. Islam sdh mengajar pengikutnya bagaimana harus bertindak sekiranya sesuatu berita yg diterima terutama berita dari golongan fasik. Hendaklah diselidiki dahulu bkn menerima bulat2. La ni persepsi yg di timbulkan oleh media yg mempunyai agenda yg tersirat tidak di tangani dgn baik. Maka kecelaruan dan keliruan terus menyelubungi masyarakat. Tak tahu lh adakah pihak yg sepatutnya menjelaskan kebenaran kepada masyarakat tdk menjalankan tugas dgn sebaiknya atau memang kurang bijaksana. Penjelasan yg diberikan lebih menampakan kebodohsn atau kurang cerdik. Penjelasan mereka selalunya di momokkan oleh orang ramai. Apa pun berUNDUR adalah pilihan terbaik bagi Ds Najib kerana beliau harus bertanggungjawab atas kelemahan ini. Jiwa kena besar . Berundur bukan bererti kalah dan salah tetapi kerana demi rakyat. Sampai bila boleh tepis persepsi yg negatif ini . Kita perlu pemimpin yg TEGAS lgi KERAS kerana tanpa sifat ini pasti.KADUK NAIK JUNJUNG.

  16. System baru says:

    Tun m nak tangkap anwar pun dengan bukti, nak tangkap najib tak payah mana mana orang percaya, sila jawab ia

  17. Abu Bakar says:

    Apa punya komen ni Encik System Baru, merapu je, ayat pun tunggang langgang.

    Tun Dr. Mahathir bila dia pecat Anwar, sebab dah ada bukti kukuh, penyiasatan oleh Tun Dr. Mahathir sejak tahun 1993 apabila Tun Hanif Omar, mantan Ketua Polis Negara ketika itu mendedahkan kepada Tun Dr. Mahathir mengenai perlaku seksual Anwar yang sangat pelik dan boleh membahayakan negara ini jika digunakan oleh pihak asing untuk peras ugut Anwar untuk mengikut segala telunjuk mereka supaya kegiatan seksual pelik Anwar itu tak diketahui umum. Sedarlah pihak Singapura pun ada maklumat mengenai perkara ini.

    Dalam isu Najib, ni dah banyak bukti dah terdedah, malahan Najib tak berani pun nak nafikan secara rasmi melalui kenyataan rasmi oleh Pejabat Perdana Menteri terhadap semua tuduhan tersebut. Malahan Najib juga tak berani ambil tindakan undang-undang untuk menyaman pihak yang dikatakan memfitnahnya itu, tetapi menggunakan kaedah jijik iaitu mempergunakan kementerian dan menteri untuk menggantung permit serta menyekat akses portal media-media yang mendedahkan penyelewengan dan jenayah Najib itu.

    Dalam isu 1MDB ini pun, Tun Dr. Mahathir dah 4 tahun buat penyiasatan, bukannya sehari dua, begitulah Tun Dr. Mahathir, dia bukannya jenis serkap jarang, tapi dia kumpul bukti kukuh barulah dia akan bertindak, macam kes Anwar, selama 4 tahun juga beliau kumpul bukti untuk bertindak.

    Jadi janganlah nak komen dengan penuh kebodohan kerana nak membela seorang yang disyaki sebagai penyamun yang merupakan suspek jenayah, tetapi dibiarkan bergerak bebas, menyalahgunakan undang-undang dan menyalahgunakan kuasa untuk terus menipu bagi meloloskan diri dari tuduhan terhadapnya itu. Tetapi sampai bila dia boleh lolos, kelak akan terbongkar juga.

  18. System baru says:

    Tun m nak tangkap anwar pun dengan bukti, nak tangkap najib tak payah mana mana orang percaya, maksud aku ini hanya macai pkr je percaya

  19. Abu Bakar says:

    Awie Nimo, begitu jugalah dengan rekaan grafik oleh Arul Kanda kuncu Najib, beri jawapan kononnya pelaburan oleh 1MDB dalam Brazen Sky, Aabar Deposit, dan GIL Funds dengan jumlah RM 15.4 bilion, tapi tak diterangkan pula apakah pelaburannya, di manakah pelaburannya, itu pun macai Najib seperti Awie Nimo boleh percaya.

    CASH IS KING ke Awie Nimo?

  20. Abu Bakar says:

    System Baru, Pak Tho, serta Sman, hingga kini Najib tak berani nak nafikan secara rasmi melalui kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri mengenai isu penyonglapan RM 2.63 bilion itu, malahan Najib juga tak berani buat Pengakuan Berkanun mengenai isu penyonglapan RM 2.63 bilion itu, Najib juga takut nak ambil tindakan undang-undang untuk menyaman pihak yang dia kata ‘memfitnah’ dirinya tetapi menyalahgunakan kedudukan dan kuasa dengan menyuruh menteri balacinya seperti Shaberi Cik dan Zahid Hamidi untuk menyekat akses portal Sarawak Report dan The Edge, malahan hingga kini Najib tak saman The Wall Street Journal, tetapi hanya sekadar hantar surat bodoh yang menjadi bahan lawak jenaka oleh media-media dan peguam antarabangsa sahajalah.

  21. System baru says:

    kalau ayat Tunggang langgang pun, boleh jawab ke soalan aku bagi itu, tak boleh jawabkan, macam mana pula bukti aku minta dah serah kan ke belum pada pac itu?,
    Dah serah bukti pada sprm ke? dah serah bukti pada polis ke?

    Dulu tun m tangkap anwar pun pakai bukti siap bukti berjela-jela pulak itu, ini tangkap najib tak payah pakai bukti hanya tahu bercakap je, mana rakyat percaya.

    Sila jawab ?

  22. sman says:

    System baru,

    Inilah jawapan aku berkaitan dgn bukti yg kau mahu tu

    Sebenarnya kalau aku nak jatuhkan PM Najib dan aku ada bukti kukuh,sudah tentu aku buat lapuran polis,lapuran SPRM dan lapuran Bank Negara dgn serta merta.kemudian aku akan terus buat sidang akhbar dgn di iringi oleh MP pembangkang,NGO anti kerajaan dan Presiden BC,supaya pihak berkuasa tak boleh corner.Tambah pula kalau aku ni adalah Pak Mantan,tobat lahum mereka tak boleh elak dan main-main lagi utk siasat Najib secara serious dan telus,kalau aku buat macam tu.

    Sekarang pasal aku tak ada bukti kukuh cuma dapat modal dari SR,aku pun main tuduh-tuduh saje lah,apa yg SR tulis ,itu lah yg aku citer,bila orang jawab tuduhan aku,aku buat-buat cerita lain pulak,kemudian aku pusing-pusing lagi kata tuduhan aku belum di jawab.Aku pun memang tak mahu dengar jawapan kerana aku takut nampak sangat aku ni bodoh Penyata Kewangan 1MDB pun aku tak boleh faham,wal hal semua yg aku tanya tu dah tercatat dalam penyata kewangan.sudah di audit pulak tu.

  23. Badrole Amin says:

    punyalah panjang berjela komen si ‘abu bakar’ macam cerita hikayat ‘mat trompet’ tapi satu bukti pun takde apatah lagi dia memang tak layak pun nak cari dan sediakan bukti kononnya PM menipu dan songlap(masuk dalam akuan bank sendiri) duit rakyat

    pungpang itu dan ini macam nak rak tapi akhirnya rakyat yang bijak tahu pun menyindir bertanya “abu bakar salah seorang anggota pasukan penyiasat khas itu ke?”

    hehehehehe

    kepada ‘abu bakar’…..

    komen ko semua taraf SAMPAH je!

    hehehehehe

  24. Badrole Amin says:

    muhyiddin berani bersuara pada ketuanya pada zaman Najib jadi PM tapi zaman mamak kutty mahadey jadi PM mana berani arwahnya Tun Ghaffar nak bersuara bila dia lihat ada sesuatu yang dia rasa tak betul dilakukan oleh mamak kutty mahadey

    arwahnya Tun Ghaffar diam pun tak suka bersuara mamak kutty mahadey boleh tergamak membiarkan musibat anak haram(anwar) itu menggunakan politik wang untuk menjatuhkan dirinya supaya dapat musibat anak haram(anwar) itu menjadi TP(UMNO) dan TPM

    adalah mustahil mamak kutty mahadey tak tahu deputynya si musibat anak haram(anwar) itu menggunakan politik wang untuk menjatuhkan arwahnya Tun Ghaffar…mamak kutty mahadey seorang yang cekap, bersih dan amanah tapi dia boleh membutakan mata membiarkan musibat anak haram(anwar) itu mempelopori dan membudayakan politik wang dalam UMNO, seseorang yang cekap tak mudah buta matanya…ini bukan cekap namanya untuk menjadi seorang yang bersih dan beramanah tapi boleh dikata cekap berkonspirasi dengan musibat anak haram(anwar) itu untuk menjatuhkan arwahnya Tun Ghaffar

  25. raplahjingaa says:

    Zaman Tun jadi PM, UMNO diharamkan….menteri-menteri keluar menubuhkan semangat 46, semua diharungi dengan flying colors, dan kebanyakan yang menentang beliau akhirnya menelan airliur sendiri dan kembali pada UMNO !!

    Jangan nak jadikan Tun sebagai scapegoat pada setiap kelemahan Najib…ahli UMNO boleh berfikir sendiri….apa jasa Tun dan apa jasa Najib !!

  26. rockers says:

    badrole amin,sistem baru ,pak tho blh tnye kt najib.betul ke duit tu ade masuk dlm akaun dia..simple as that..

Leave a Reply