Menu Utama

The Edge Digantung Sebab Berkonspirasi Sabotaj Negara

1. Kritikan bahawa penggantungan The Edge Financial Daily sebagai satu langkah menghalang kebebasan bersuara dan mendedahkan penyelewengan adalah tidak tepat dan “mislead” masyarakat.

2. Hakikatnya The Edge telah menyiarkan pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap 1 Malaysia Development Berhad selama lebih lapan bulan tanpa gangguan mahu pun tindakan undang-undang oleh Kerajaan. Adakah Perdana Menteri dan Kerajaan ini tidak demokratik?

3. Kerajaan hanya menggantung The Edge apabila telah muncul bukti dan kenyataan bahawa pemilik The Edge berkonspirasi dengan Justo, Sarawak Report dan beberapa pihak yang belum didedahkan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib melalui serangan ke atas 1MDB.

4. Konspirasi menyerang 1MDB dan Perdana Menteri bukan lagi sekadar mendedahkan penyelewengan tetapi telah untuk menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi negara. Ketika ini dunia sedang berhadapan dengan krisis matawang yang turut membabitkan ringgit.

5. The Edge sebagai sebuah akhbar kewangan sepatutnya turut memberi tumpuan dan “highlight” kepada pencapaian ekonomi negara yang dianggap memberangsangkan oleh agensi penyelidikan dan penarafan antarabangsa. Namun mereka memilih untuk merosakkan imej negara di peringkat antarabangsa dengan gosip-gosip penyelewengan oleh Perdana Menteri.

6. Malah ketika kerajaan telah menubuhkan pasukan penyiasat di peringkat Audit Negara, Parlimen dan pasukan petugas khas, The Edge berterusan mengulangi tuduhan-tuduhan yang telah dibuat tanpa mahu menunggu keputusan siasatan yang sedang dijalankan.

7. The Edge juga bertindak jahat kerana hanya menyerahkan dokumen-dokumen yang diperolehi mereka kepada Polis beberapa hari lalu walaupun tuduhan dan dakwaan telah dibuat mereka sejak tahun lalu.

8. Pemilik kumpulan media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong mendakwa beliau bertanggungjawab mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa.

9. Jika benar demikian, mereka telah membuat laporan polis dan menyerah dokumen sejak hari pertama mereka mendapat atau menyiarkan maklumat terbabit. Sebaliknya mereka menyiarkan sedikit demi sedikit tuduhan dan menyebabkan Malaysia berada dalam krisis politik dan ekonomi yang berpanjangan.

9. Tujuan The Edge jelas sekali bertujuan mewujudkan ketidaksatbilan ekonomi dan politik bagi menjatuhkan Perdana Menteri melalui jalan “jahat dan nakal”. Dan sekarang telah jelas ada konspirasi malah usaha menyunting dokumen yang diperolehi secara haram bagi mewujudkan prasangka ke atas kerajaan. – MYKMU.NET






6 Komen to The Edge Digantung Sebab Berkonspirasi Sabotaj Negara

  1. James Wong says:

    Inilah yang dikatakan berkonspirasi bersama pihak pembangkang untuk kepentingan diri sendiri. Apapun, media bebas untuk membuat laporan tetapi bukan sengaja melaporkan perkara yang negatif sahaja, lebih-lebih lagi laporan yang tidak sahih. Sekiranya perkara ini berlaku kepada Pihak Pembangkang, perkara yang sama juga mereka untuk saman portal tersebut.

    Media memainkan peranan yang penting untuk menjaga keharmonian negara, bukan membantu orang luar untuk mengganggu-gugatkan keselamatan negara.

  2. anakmalaysia says:

    Sepatutnya lesen mereka patut ditarik balik serta merta kerana setelah diberi amaran untuk tidak menerbitkan perkara yang oleh memudaratkan ekonomi dan kestabilan negara…mereka tetap degil untuk teruskan KERANA mereka tahu hari terakhir komplot jahat mereka sudah hapir dengan penangkapan JUSTO dimana dari sini pertalian dan hubungan the edge dgn perempuan Britain terdedah dan segalanya menjurus kepada rancangan jahat hendak menjatuhkan sebuah kerajaan berdaulat secara paksa.

    Padan muka Tong dan Ho yang sanggup memporak perandakan keamanan negara dan rakyat kebanyakan…tidak cukup ke kenikmatan yang dikecapi mereka di Malaysia…ingin jadikan Malaysia ape?? Sumbat saje mereka dalam penjara…INI LAH DIKATAKAN PENGHIANAT2 NEGARA !!

  3. Pemerhati says:

    jangan setakat berani gantung tapi tak mampu nak saman atau kenakan tindakan lebih tegas

  4. rockers says:

    alahai..wsj pun x berani nk saman.

  5. sman says:

    Tulisan the edge dah lama,tapi tak ada siapa pun yg semak sama ada betul atau tidak,sedang 1MDB adalah mlik kerajaan,mustahil tak boleh semak perkara yg di bangkitkan oleh the edge benar atau bohong.Kalau bohong,ambil tindakan terus,jangan di biarkan.Kalau diam saja ertinya betul itu lah persepsi rakyat ,sekarang siapa yg susah.Sendiri lembik sendiri tanggung lah,kalau tak benar pun dah kena juga ,apa tah lagi kalau benar,mampus lah nanti.

  6. Kunta says:

    apahal nak buli press tempatan saja, yang lagi mempunyai readership terluas seperti wsj, nyt, hunffington, asia sentinel tak berani nak cekup , apahal peguam international standard dari world best education tak mampu pi court kat new york atau hong kong kah ?

Leave a Reply

Threesome