Menu Utama

Fengshui USD 700 juta, Dulu Jho Low Sekarang Najib Razak Pula?

Mengapa tiba-tiba angka 7 begitu popular kepada kumpulan yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak? Seolah-olah konspirator percaya angka tujuh merupakan “tuah” yang boleh menaikkan seseorang menjadi Perdana Menteri Ketujuh Malaysia.

Sebelum ini Sarawak Report dan Tun Mahathir mendakwa sebanyak USD 700 Juta telah dilesapkan oleh jutawan Jho Low daripada transaksi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun selepas itu ternyata e-mel yang dipaparkan sebagai bukti komplot merupakan bahan yang telah disunting dan diubah. Malahan syarikat yang didakwa milik Jho Low juga bukan miliknya.

Selepas tamat episod USD 700 juta, Sarawak Report dan Wall Street Journal muncul pula dengan skandal USD 700 juta juga. Kononnya wang tersebut yang berasal dari 1MDB dilalukan di beberapa syarikat berakhir dengan akaun peribadi Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak di Ambank.

Sebenarnya wang USD 700 juta ini masuk ke akaun siapa jika benar pun berlaku penyelewengan? Jho Low atau Najib Razak?

NajibRazak-acc

Mengapa mesti 7 atau 700? mengapa bukan 5, 6,8,9. Apakah ia ada kena mengena dengan usaha menaikkan Perdana Menteri Ke-7 Malaysia secepat mungkin?

Mengapa mereka di sebalik cerita-cerita penglipur lara ini begitu taksub dengan nombor tujuh adalah sesuatu yang snagat misteri. Malah tidak mustahil perencana ini merupakan orang yang taksub dengan kepercayaan fengshui.

Melihat sokongan dan dokongan media asing menimbulkan isu-isu seperti ini menimbulkan tanda tanya sama ada mereka mempunyai seseorang untuk dinaikkan segera di negara ini seperti mana mereka mahu Anwar Ibrahim naik segera?

Mustahil media asing mendokong Tan Sri Muhyiddin Yassin. Justeru Mohd Najib perlu melihat siapakah orang tersebut yang begitu bercita-cita tinggi dalam kabinet beliau dan menjadi kesayangan atau kesukaan media dan diplomat asing.

Rakyat Malaysia Yang Aneh

Sebahagian Rakyat Malaysia sangat aneh. Mereka mempunyai ukuran keadilan yang berbeza kepada pelbagai orang bergantung sama ada mereka suka atau tidak.

Apabila tuduhan dibuat ke atas Perdana Menteri atau mana-mana pemimpin UMNO mereka begitu cepat menerima, percaya dan menganggap ia benar sehingga dibuktikan sebalikny.

Sebaliknya apabila kena kepada pemimpin kesukaan mereka sama ada ia Anwar Ibrahim, Tun Mahathir atau sesiapa sahaja, pelbagai bukti yang diberi ditolak begitu sahaja. Sumpah atas nama Allah juga ditolak mentah-mentah.

Sungguhpun ramai yang tidak bersetuju dengan jawapan Mohd Najib dalam isu ini yang dikatakan lembut, namun Perdana Menteri bertindak bijak.

Tugas membuktikan tuduhan tersebut ialah tanggungjawab Sarawak Report dan Wall Street Journal bukannya dirinya. Soalnya, apa yang Sarawak Report beri kita sebagai bukti kecuali carta yang dibuat sendiri?

Jika Sarawak Report mendakwa carta tersebut benar dan tepat tentulah mereka boleh mengeluarkan dokumen yang membuktikan carta tersebut. Jika mereka benar-benar ada mengapa tidak dikeluarkan?

Silalah buktikan! Beban pembuktian terletak kepada Sarawak Report bukannya Najib Razak.

KENYATAAN PEJABAT PERDANA MENTERI

3 Julai 2015

“Walaupun kepimpinan Perdana Menteri berjaya membawa ekonomi Malaysia mengharungi halangan global – seperti yang diiktiraf oleh Fitch pada minggu ini – wujud usaha oleh individu-individu tertentu untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi negara, mencemarkan nama baik kerajaan dan menyingkirkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

“Dakwaan terbaru, kononnya oleh seorang penyiasat yang tidak didedahkan identitinya sebagai asas untuk menyerang Perdana Menteri, adalah kesinambungan daripada sabotaj politik ini.

“Ia telah dilaporkan bahawa perbuatan jenayah pembocoran dan pemalsuan dokumen dan peras ugut telah dilakukan bagi mengelirukan media dan orang ramai.

Jadi adalah wajib bagi pengamal media yang bertanggungjawab untuk tidak menganggap dokumen-dokumen itu sebagai tulen melainkan jika disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Mengenai dakwaan itu sendiri, 1MDB telah menyatakan bahawa syarikat itu tidak pernah menyalurkan dana kepada Perdana Menteri. ”






5 Komen to Fengshui USD 700 juta, Dulu Jho Low Sekarang Najib Razak Pula?

  1. rosman mansur says:

    ok..klu macam tu biar je la..berita macam2 lagi kuar sbb xda kesan pun pada rakyat..

  2. sman says:

    Kalau terlalu lemah lembut,begini lah jadinya,lepas satu satu di timbulkan.Sebagai rakyat Malaysia saya rasa rimas dgn ini semua dan rasa terkilan juga terhadap PM Najib sendiri yg gagal menangani masalah begini secara ‘once for all’.Kalau Najib nak terus jadi Perdana Menteri,elok lah beliau berbuat sesuatu dgn lebih tegas,tepat dan tuntas demi menghentikan perkara begini.

    Saya bersetuju dgn cadangan yg telah di buat oleh PAS,PM Najib kena istiharkan harta dgn serta merta,begitulah juga isteri beliau DS Rosmah.Jangan anggap perkara begini remeh temeh walaupun ianya tidak benar,kerana ianya mengganggu perjalanan pentadbiran negara yg di teraju oleh beliau.Tolong hentikan kegusaran rakyat dengan perkara begini.Rakyat tidak mengatakan ianya benar ,tapi carilah jalan utk menamatkan isu begini buat selamanya.

  3. frozz says:

    Suruh najib yg jawab… bukan korang yang jawabkan utk najib..

  4. gunting says:

    Hadiah paling bermakna buat Najib kerana sabotaj ISA dan akta2 berkaitan.

    Kita hidup dalam zaman soal2 dosa,halal haram,aklak mulia dan intergriti tidak menjadi keutamaan.
    Yang penting adalah MATLAMAT tercapai.

    Manusia era ini patut dididik dan disiplinkan dgn undang2 yang mengerunkan .

  5. dkds says:

    bekas PM ke 4 pun dah tak berani nak sebut pasal jho low ini lagi

Leave a Reply

Threesome