Menu Utama

Dokumen PetroSaudi dan 1MDB Diubah dan Dipalsukan – Polis Thai

Sidang Akhbar Polis Thai semalam mengesahkan dokumen-dokumen PetroSaudi dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diterbitkan oleh Sarawak Report telah diubahsuai (tampered) bagi tujuan memburukkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“The website tampered with the data to discredit the PM,’ kata jurucakap Polis Thailand, Leftenal Jeneral Prawuth

Sungguhpun enggan menyebut nama Sarawak Report atau pengendalinya, namun beliau mengesahkan laporan laman terbabit mengenai dokumen yang dibekalkan oleh Justo sudah diubah untuk memburukkan Perdana Menteri Malaysia.

“She has a news blog,” he added.

Asked if the blog was the Sarawak Report website, he said: “Maybe. I didn’t name it, you named it.”

He said the website “usually gives bad news about Malaysia”.

Undang-undang Thailand melarang menamakan mana-mana individu selagi tidak dikeluarkan waran tangkap.

Menurut beliau lagi Justo memberi kerjasama penuh termasuk memberi butiran dokumen yang dijual dan salinan perbualan dalam whatsapp dengan kumpulan terbabit.

“He has confessed everything. He has given us very good cooperation… every document, even from inside his phone,” kata beliau kepada The Straits Times Singapura.

Dia (Justo) bertemu dengan individu penting dari sebuah negara di Singapura. Dia kemudian berunding harga untuk menjual dokumen berkaitan PetroSaudi sebelum menjualnya,” katanya.

Prawut kemudian mengesahkan individu itu adalah seorang daripada parti pembangkang di Malaysia. Beliau juga berkata Justo mengaku bertemu seorang jutawan media di lokasi sama di Singapura, namun enggan menamakan jutawan media itu.

Beliau berkata, rekod imigresen dan hotel yang dikumpul Polis Thailand menyokong pengakuan Justo berhubung pertemuan itu.

Katanya, Justo juga mengaku memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International dan akan didakwa di bawah undang-undang Thailand bagi kesalahan peras ugut.

Bagaimanapun, katanya, Justo menafikan dia mengubah kandung dokumen yang dijual kepada sebuah organisasi berita di Eropah.

“Dia tidak mengubah dokumen itu dan menghantar dokumen asal (kepada pembeli) dalam bentuk salinan digital,” katanya.

Justo ditahan oleh Polis Thailand sejak akhir bulan lalu selepas didakwa mencuri beribu e-mel dan dokumen daripada PetroSaudi, selain cubaan memeras ugut bekas majikannya. Dia memasuki Thailand selepas ditamatkan perkhidmatan oleh bekas majikannya itu.

Polis Thailand kini sedang menyiasat bagaimana, selepas keluar daripada syarikat itu, Justo melakukan ugutan menuntut RM9.9 juta (2.5 juta Swiss francs). PetroSaudi bagaimanapun tidak melayan tuntutannya.

Pada Februari lalu, e-mel dan dokumen yang sudah diubah suai dimuat naik dalam Sarawak Report, yang mencetuskan isu politik membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pemimpin Malaysia.-MYKMU.NET






8 Komen to Dokumen PetroSaudi dan 1MDB Diubah dan Dipalsukan – Polis Thai

  1. ba alip ngang says:

    Kertas siasatan … setakat mana ada kredibiliti untuk dijulang.

    Kalau doctored document..tak yah beli, buat sendiri.

    Jangan lupa cadh is the king di mana-mana dan pada siapa sahaja, dalam atau luar negara.

  2. System baru says:

    Aku sendiri yakin orang tersebut masih ada dalam malaysia, ini perhati mana peminpin umno pengKhianat umno, mereka tengah panas bontot,perhati pada pas keluar masuk negara apa tujuan mereka ini, polis sila siasat mereka ini dan serah pada kerajaan thailand itu, kalau aku ini senang je serah mereka ini di arab suadi biar mereka dihukum pancung sampai mati

  3. sman says:

    Apa lagi nak kata,kalau mengikut pengakuan editor berkaitan perkara ini, selain kenyataan polis Thailand ,konspirasi ini juga adalah di bawah arahan Anwar.Jadi rupa-rupanya Mahathir & geng sudah terperangkap membantu konspirasi Anwar utk menjatuhkan PM Najib,Umno dan BN sekaligus.

    Nampaknya sudah beberapa kali Mahatir diperdaya dan di perbodohkan oleh Anwar.Pertama bila dia memberi kepercayaan penuh kepada Anwar dgn memberi promosi segera kepada Anwar dalam Umno dan kerajaan sehingga ke tangga TPM dan Tim Presiden Umno,dan akhirnya mendapati Anwar bakal menendangnya jika tidak diambil tindakan segera.Kedua Anwar berjaya dgn tipu dayanya membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Mahathir dgn isu kronisman,konspirasi,dan rasuah sehingga Mahathir terpaksa meletak jawatan secara ‘rela dalam paksa’.Ketiga sekarang ini pula memperalatkan Mahathir utk menjatuhkan PM Najib,Umno dan BN dgn tipu daya mengenai isu 1MDB.Sekarang dgn pendedahan dan bukti dari Polis Thailand dan editor berkaitan ini,imeg Mahahtir lah yg terjejas teruk.Ego dan kegelojohannya membawa padah.Kalau nasib tak baik,dan PM Najib berdendam,dengan bukti jelas begini,Mahathir ada harapan utk bersama Anwar di Sg Buloh.

    Terima kasihlah kepada penyokong Mahathir seperti si ‘ba alip ngang’ yg masih dalam mimpi kerana memabantu ‘merosakan’Mahahtir.

  4. apanama says:

    apa bodoh BI punya penulis..

    mana ada polis Thai kata dokumen diubah atau dipalsukan ..

    fahami betul2 ayat dari berita NST ini..

    The website tampered with the data to discredit the PM

  5. Anak_Nogori says:

    Bisu lah macai2 tun mcm ni.

  6. anakmalaysia says:

    @sman…kesimpulan yang amat bernas…keep on the good work..Tun M sudah makan tahi lagi dari orang yang sama.

  7. porong says:

    Jika najib berjaya urus dana negara rakyat tak akan di kenakan GST subsudi tak akan di kurangkan Tol san Miyak tak akan d naikan kereta akan murah……seperti mana janji najib PRU lepas

Leave a Reply