Menu Utama

Digital TV percuma diperluas ke seluruh negara.

Projek TV digital atau Digital Terrestrial Television (DTT) secara percuma yang menawarkan 30 saluran bakal diperluaskan ke seluruh negara menjelang hujung tahun depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pemasangan set-set dekoder bagi tujuan penyiarannya bermula 17 Mei lalu di beberapa daerah di Pantai Timur seperti di Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Bakar, Kelantan dan Bukit Pelindung di sini.

“Kita menjangkakan pada Januari depan, semua daerah di Pantai Timur mula menerima siaran daripada MYTV Broadcasting (MYTV) ini.

“Kempen siaran ujian MYTV ini akan diperluas ke Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat sebelum ke utara serta selatan Semenanjung yang seterusnya berakhir di Lembah Klang menjelang hujung tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pemasangan set-set dekoder siaran ujian MYTV di Beserah hari ini.

Sempena lawatan itu, beliau singgah di kediaman seorang daripada peserta siaran ujian berkenaan iaitu A. Rahman Abu Bakar di Kampung Rumbia.

UTUSAN






3 Komen to Digital TV percuma diperluas ke seluruh negara.

  1. burrpp.. says:

    Cepat-cepatkanlah pemasangannya di seluruh negara, dah tak sabar nak tamatkan perkhidmatan astro yg menyakitkan hati ini. Dah lah bayar mahal, siap boleh tayang iklan pulak tu. Dah perangai sama macam TV3 & TV9, tapi boleh kompromi la jugak sbb percuma. Ini dah lah bayar RM 150++..kena menghadap iklan komersil yg menyakitkan hati..

  2. sireh ke gagang says:

    Masa untuk ASTRO mati makin hampir. rakyat sudah lama ditindas oleh astro. tapi sebab nak tengok bola BPL , rakyat terpaksa tahan diri . moga astro cepat mati & mereput . menyusahkan rakyat dah bertahun.

Leave a Reply