Menu Utama

DBKL Arah Iklan “Babi” Ucap Selamat Hari Raya Ditarik Balik

Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengarahkan syarikat Servcorp menarik balik iklan ucapan selamat hari raya menggunakan maskot seekor binatang seiras babi.

Menurut DBKL, sungguhpun siasatan mereka mendapati ia maskot syarikat terbabit yang tiada kena mengena dengan khinzir, namun mereka meminta pihak berkenaan menarik balik iklan tersebut bagi mengelakkan kontroversi di kalangan umat Islam di negara ini.

IMG-20150705-WA0017Iklan tersebut sebenarnya merupakan maskot syarikat Servcorp yang berupa beruang atau wombat tetapi telah dilukis grafik tampak seolah-olah seekor babi. Iklan tersebut disiarkan dari salah satu papan iklan elektronik gergasi di Bukit Bintang.

Selain itu faktor resolusi skrin elektronik yang rendah mungkin menyebabkan gambar wombat tersebut sudah menjadi seakan-akan gambar babi.

Wombat merupakan maskot syarikat terbabit seperti mana terdapat pada logo-logo promosi mereka sebelum ini. – mykmu.netservcorp-mascot






Leave a Reply