Menu Utama

Democratic Islamic Party (DIP) : Wadah Baharu G18 Sedang Diuruskan R.O.S?

islamic_democratic_party_by_daneofscandinavy-d6bxc3eDemocratic Islamic Party, itulah nama untuk “wadah baharu, Islam yang lebih berakhlak” yang telah diwar-warkan oleh Mat Sabu dan G18 sebelum ini apabila tersungkur menyembah bumi pada muktamar Pas – 61 baru-baru ini.

Sumber memberitahu, G18 menggunakan platform Parti KITA, di mana mereka telah menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan bagi memenuhi keperluan ROS. Jika diluluskan, selepas ini Parti Kita bakal dikenali sebagai Democratic Islamic Party atau singkatannya DIP.

Penulis difahamkan DIP akan dipimpin oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadhil, Presiden (Wadah Pencerdasan Ummah Malaysia (WADAH)) semenjak tahun 2005 hingga kini. Muhammad Sabu pula bakal menjawat jawatan Timbalan Presiden, Democratic Islamic Party.

Untuk lain-lain senarai jawatankuasa, penulis menjangkakan ia bakal diisi oleh G18 termasuklah Salehuddin Ayub dan Mahfuz Omar, kecuali mereka berdua bertindak untuk menerima tawaran untuk menganggotai jawatankuasa PAS Pusat.

Sumber yang sama juga mengesahkan, DIP sedang berusaha untuk memujuk seorang agamawan “marhaein” di sebelah utara semenanjung untuk menyertai mereka. Manakala Phahrolrazi akan terus memimpin PASMA, sebagai strategi untuk bergerak dengan platform parti politik dan badan bukan kerajaan.

Melalui sumber lain pula, benarkah dakwaan bahawa wujudnya “deal” untuk “pengambilalihan” Parti Kita oleh G18 yang melibatkan RM140 ribu selaku “minyak pelincir”?






5 Komen to Democratic Islamic Party (DIP) : Wadah Baharu G18 Sedang Diuruskan R.O.S?

  1. burrpp.. says:

    DIP ini mgkn lebih sesuai dengan jiwa Dr MAZA. Dr MAZA kan bagus serba serbi, org lain salah dia je betul. Demokasi sgt

  2. whatever says:

    Satu lagi parti pemisah bangsa Melayu bakal di wujudkan olih bekas pemimpin-pemimpin politik PAS. Kumpulan pemimpin yang kecewa dengan PAS ini pernah tak kisah kalimah Allah di syirikkan olih pihak gereja dgn sokongan DAPigs. Mereka pun mungkin sahaja sehaluan dgn pendapat pemimpin DAPigs bahawa Hudud amat tidak sesuai untuk negara Malaysia. Sekiranya fakta ini adalah benar maka sesiapa yang memberi sokongan kepada parti DIP serupa lah mereka memberi sokongan kepada DAPigs juga.

    Walhal Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
    مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
    “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka”.

    Sekiranya anda berasa perbuatan syirik tidak mengapa eloklah kita semua cuba untuk meneliti dan memahami ancaman yang ALLAH telah firmankan sejak lebih 1400 tahun dahulu lagi di dalam surah An Nisa ayat 48 seperti dibawah ini.
    Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.

  3. XUMNO says:

    Nama hampir sana dengan rakan kongsi. DIP bin DAP. Sepadan dan secocok, afterall selama ni pun mereka banyak bergantung pada DAP, kan. Tapi isytiharlah dulu kamu dah bercerai dengan Pas. Dan kalau ada akhlak sebagai mendakwa diri, tolong kosongkan kerusi2 MP dan Adun yg dimenangi hasil titik peluh orang Pas. Makan elaun cara menipu pengundi takkan tak tahu hukumnya. Tak ada beza dengan kera2 yang melompat di Perak dulu.

  4. sman says:

    Barulah betul,penyokong Anwar kenalah berada dalam kelompok sendiri,bukan meyelinap di dalam parti orang lain.DIP ni nanti bakal memecah belahkan PKR juga ,kerana gulungan yg agak mirip kepada Islam dalam PKR akan bersama mereka.Tempat mereka di dalam PKR tidak begitu sesuai sebenarnya.Kalau tidak masakan Dr Sidiq Fadhil sendiri sehingga ke hari ini tidak bersama PKR,walau pun beliau penyakong Anwar dulu kini dan selamanya.

    Susah juga utk di telah masa depan DIP,tapi rasanya mereka tak boleh pergi jauh juga utk bersingkokol bersama DAP dgn mengikut telunjuk DAP.Terutamanya jika ramai generasi muda Islam yg menganggotainya.Kerana gulungan muda ini,tiba masanya nanti akan segera tersedar apa kedudukan DIP di mata DAP alat atau rakan seperjuangan.Gulungan vetran macam Mat Sabu,KS & geng mungkin ok,tapi mereka yg benar-benar mahukan Islam akan tersentak juga akhirnya nanti dgn kerenah DAP.

  5. ToraTora says:

    dari pandangan aku yg kurang cerdik ni..kewujudan DIP dan perpecahan pakatan hanya akan menguntungkan BN di PRU akan datang. Tapi ia tak memberi keuntungan dari segi perpaduan bangsa Melayu dan Agama Islam. Aku berpendapat parti picisan seperti ini tak akan bertahan lama..kalau bertahan pun akan sentiasa berlaku pergolakan dalaman yang berpanjangan. Sambil-sambil berikhtiar mempertahankan parti baru mereka ini, mereka akan menimbulkan politik kotor seperti fitnah2,propaganda2 yang tidak berasas kukuh, himpunan2 haram dan sebagainya seperti mana teknik biasa pakatan sekarang untuk mengganggu kelancaran pemerintahan yang sedia ada.

Leave a Reply