Menu Utama

Datuk Hj Mhd. Amin Nordin Bin Abd Aziz Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru.

KENYATAAN MEDIA

YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

“PERLANTIKAN DATUK BANDAR KUALA LUMPUR DAN PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA YANG BARU”

PUTRAJAYA, 7 Julai 2015 – Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Hj Mhd. Amin Nordin bin Abdul Aziz, 59 tahun dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru untuk tempoh 2 tahun berkuatkuasa 18 Julai 2015. Beliau menggantikan YBhg Tan Sri Haji Ahmad Phesal bin Talib yang tamat tempoh kontraknya pada 17 Julai 2015.

Pelantikan Datuk Hj Mhd. Amin Nordin sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke-11 telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengikut Bahagian II, Seksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Mengulas mengenai kontrak perkhidmatan Tan Sri Haji Ahmad Phesal yang tamat pada 17 Julai 2015, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kerana sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur, pelbagai perkara dasar dan pelaksanaan diperingkat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah dapat dilaksanakan dengan berkesan dan cemerlang.

Sementara itu, YBhg. Datuk Haji Hasim bin Haji Ismail, 58 tahun pula dilantik sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya yang baru berkuatkuasa 1 Ogos 2015 menggantikan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh bin Hj. Che Mat yang tamat tempoh kontraknya pada 31 Julai 2015.

Perlantikan YBhg. Datuk Haji Hasim untuk menerajui Putrajaya diharap dapat meneruskan kecemerlangan yang dibawa oleh Tan Sri Aseh sehingga menjadikan Putrajaya, bukan sahaja sebagai sebuah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ketika ini, malah dikenali di mata dunia menerusi pelbagai penganjuran acara berprestij dan bertaraf dunia.

Saya turut merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Aseh yang telah membawa Putrajaya ke landasan yang tepat serta mewujudkan pelbagai ikon tersendiri untuk bandar pintar dan hijau ini, sekaligus dikenali bukan sahaja dalam negara malah di persada antarabangsa.

PENGALAMAN KERJA

YBhg. Datuk Hj Mhd. Amin Nordin bin Abd Aziz

Berdasarkan rekod perkhidmatan YBhg. Datuk Hj Mhd. Amin Nordin sebagai Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, beliau telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dan telah menunjukkan komitmen dan kewibawaan yang tinggi. Justeru, gaya kepimpinan beliau telah diterima dengan baik oleh warga DBKL serta majoriti penduduk Kuala Lumpur. Beliau telah mula bertugas di DBKL semenjak tahun 1978 lagi. Tempoh selama 37 tahun pengalaman beliau di DBKL akan banyak membantu beliau untuk melaksanakan tugas-tugas sebagai Datuk Bandar.

Memandangkan rekod perkhidmatan beliau yang cemerlang, beliau akan dapat mentadbir Kuala Lumpur ke aras yang lebih baik selaras dengan matlamat dan visi DBKL untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya bertaraf dunia atau “World Class City” menjelang tahun 2020.

Datuk Haji Hasim bin Haji Ismail

YBhg. Datuk Haji Hasim bin Haji Ismail mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam hal ehwal keselamatan, pentadbiran dan pengurusan kerajaan tempatan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau selama 32 tahun dalam kerajaan. Beliau yang kini menyandang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Dalam Negeri pernah bertugas sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Wilayah Persekutuan serta terlibat secara langsung dengan dasar-dasar mengenai Wilayah Persekutuan Putrajaya serta program-program pembangunan lain di Putrajaya; dan ini akan memudahkan beliau menjalankan tugas sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya kelak.

LATAR BELAKANG

YBhg Datuk Hj Mhd. Amin Nordin bin Abd Aziz:

YBhg Dato’ Hj Mhd. Amin Nordin bin Abd Aziz berasal dari Negeri Sembilan, dilahirkan pada 1 Ogos 1955 merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 1978. Beliau kemudiannya menyambung pengajian dalam Diploma in Urban Development di University of Birmingham, United Kingdom pada tahun 1986.

Sepanjang berkhidmat selama 37 tahun dalam DBKL, beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam urusan pentadbiran, pembangunan dan perancangan serta pengurusan kerajaan tempatan. Berikut adalah jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh beliau;

Penolong Pengarah
Jabatan Pengindahan Bandar, DBKL
(1978 – 1983)

Pengurus Cawangan
Pejabat DBKL Cawangan Kepong
(1983 – 1986)

Pegawai Khas Kepada Datuk Bandar
Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur
(1986-1990)

Timbalan Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Bandar, DBKL
(1990-2001)

Pengarah
Jabatan Seni Taman dan Kawalan Pembersihan Bandar, DBKL
(2001)

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan DBKL
(2001 – 2003)

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan DBKL
(2003 – 2011)

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL
(2011 – 2014)

Ketua Pengarah DBKL
(2014 – 2015)

Sepanjang perkhidmatan, beliau turut dianugerahi Pingat, Bintang dan Darjah Kebesaran seperti berikut:

Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S.) Negeri Sembilan – 2002

Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) Persekutuan – 2003 Darjah Satria Negeri Sembilan (D.N.S.) Negeri Sembilan – 2005

Darjah Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) Wilayah Persekutuan – 2008

Panglima Jasa Negara (P.J.N.) Persekutuan – 2015

Datuk Haji Hasim bin Haji Ismail

YBhg Datuk Haji Hasim bin Haji Ismail berasal dari Melaka, dilahirkan pada 8 Mei 1957 merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sosiologi) dari Universiti Malaya pada tahun 1981. Beliau turut memperolehi Diploma Pengurusan Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada tahun 1982. Berikut adalah jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh beliau;

Penolong Pengarah Bahagian Pencen
Jabatan Perkhidmatan Awam
(1983-1988)

Penolong Pentadbir Tanah Daerah
Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah
(1988-1992)

Penolong Pengarah (Pelancongan)
Unit Perancang Ekonomi Negeri
Jabatan Ketua Menteri Melaka
(1992-1996)

Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)
Pejabat Daerah dan Tanah Melaka
(1996-1997)

Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka
(1997-2003)

Ketua Penolong Setiausaha
Kerajaan Negeri (Pembangunan)
Unit Perancang Ekonomi Negeri
Jabatan Ketua Menteri Melaka
(2003-2005)

Ketua Penolong Pegawai Daerah (Tanah)
Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, Melaka
(2005)

Pegawai Daerah Alor Gajah
Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah
(2005-2009)

Pengarah
Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
(2009-2012)

Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan
Kementerian Wilayah Persekutuan
(2012-2014)

Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan
Kementerian Dalam Negeri
(2014-2015)

Sepanjang perkhidmatan, beliau turut dianugerahi Pingat, Bintang dan Darjah Kebesaran seperti berikut:

Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) Melaka – 1997

Bintang Cemerlang Melaka(B.C.M.) Melaka – 2001

Darjah Seri Melaka(DMS) Melaka – 2008

Darjah Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) Wilayah Persekutuan – 2012

Sekian, terima kasih.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Menteri Wilayah Persekutuan
7 Julai 2015






Leave a Reply

Threesome