Menu Utama

Budak Melayu dalam DAP hanya pemegang tombak

Sekarang ini wujud satu fenomena di mana anak muda Melayu diberi peluang memegang jawatan di peringkat cabang dalam parti Cina DAP. Semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan dulu, DAP mempertaruhkan Dyana Sofia sebagai calon. Walaupun tewas tetapi DAP berjaya membina persepsi bahawa parti itu terbuka kepada semua kaum. Ini berjaya memadamkan imej rasis DAP terhadap orang Melayu dan juga Islam.

Politik adalah persepsi. DAP menangani persepsi umum dengan membuka laluan kepada orang Melayu terutama anak-anak muda yang terpesona dengan janji “demokrasi”. DAP telah berjaya dalam perang persepsi tanpa menjejaskan dasar dan ideologi parti ini menolak hak-hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam.

Mereka tahu bahawa banyak anak muda Melayu telah dirasuk demokrasi yang dipergayakan pada era imperialisme media oleh Barat. Demokrasi menjadi kata kunci perjuangan kepada anak muda ini yang tanpa sedar mereka adalah mangsa penjajahan cara baharu. Mereka terpesona dengan perjuangan hak asasi manusia yang juga menjadi produk penting Barat untuk menjajah dunia pada era neokolonialisme.

Maka apabila melihat di negara ini ada tertulis “hak keistimewaan orang Melayu”, bagi mereka ini bertentangan dengan hak asasi manusia. Apabila ada tertulis “Islam sebagai Agama Persekutuan”, mereka tanya kenapa menganaktirikan agama lain? Kalau penceramah Islam boleh mempromosikan Islam di media, kenapa agama lain tidak boleh? Ini tidak demokratik, kata mereka.

Kerana menggunakan neraca akal yang dipengaruhi oleh Barat, maka semua yang dilihat tidak kena kepada mereka. Maka DAP yang mempotretkan parti itu melangkaui batas kaum dan agama dilihat sebagai pilihan terbaik memperjuangkan demokrasi. Maka anak-anak muda Melayu ini juga bersetuju menentang undang-undang jenayah Islam kerana dianggap tidak bertamadun dan melanggar hak asasi manusia.

Inilah generasi yang paling malang kerana mereka membesar dalam lingkaran pendemokrasian maklumat dari pelbagai sumber dan sudut pandangan. Banyak etika hidup yang menekankan nilai-nilai agama dan budaya telah dihancurkan oleh gelombang liberalisme dan sekularisme, digantikan dengan kebebasan bersuara dan hak asasi yang mutlak. Kehancuran ini tidak dirasakan kerana sebahagian besar daripada mereka sendiri telah hancur peribadinya.

UMNO dianggap hanya memperjuangkan kepentingan Melayu sementara Pas pula hanya memperjuangkan Islam. Mereka mahukan parti yang memperjuangkan semua kaum dan agama. Dengan kompas idealisme yang herot dan kecetekan pengalaman politik, yang nampak hanya DAP yang berjaya menyembunyikan warnanya yang sebenar.

Saya tidak berminat untuk berkempen supaya mereka menyertai UMNO atau Pas. Malah UMNO atau Pas juga tidak memerlukan budak-budak Melayu seperti ini. Barangkali budak-budak Melayu yang terpelajar dan juga yang tidak cukup diajar menyertai DAP kerana menolak UMNO dan Pas. Kalau mereka memilih DAP kerana menolak UMNO, mereka kena bertanya beberapa perkara kepada diri sendiri apakah lebihnya DAP dan kurangnya UMNO?

Kalau faktor DAP kerana melampaui batas kaum dan agama, yang menonjol dan berkuasa dalam DAP hanya satu kaum sahaja. Beberapa pemimpin Melayu kanan satu demi satu keluar kerana tebalnya cauvinis Cina dalam DAP. Cakap sahaja untuk semua kaum tetapi Cina sahaja yang berkuasa. Maknanya kaum menjadi keutamaan DAP. Cuma budak-budak Melayu ini sahaja yang bengap untuk memahaminya.

Semua yang menyertai parti politik untuk berjuang ke aras perubahan. Untuk membuat perubahan kenalah ada kedudukan, lebih tinggi lebih besarlah pengaruhnya kepada orang bawahan. Kalau sekadar pak turut, lebih baik tidak masuk mana-mana parti politik.

Tetapi kalau sekadar diberi jawatan pemegang tombak dalam DAP kemudian menyerang pula bangsa sendiri, tidak usahlah masuk DAP. Tidak sepadan dengan “dosa” mengkhianati agama dan bangsa sendiri. Kalau bermimpikan jawatan kanan dalam parti samalah menunggu bulan berwarna biru. Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim, Melayu paling kanan dalam DAP pun tidak boleh memutihkan DAP yang sangat hitam politik perkauman. Jadi, kalau setakat menjadi pemegang tombak, faham-faham sajalah. Kalau saya menjadi kamu, saya tidak membiarkan diri dilembukan untuk kepentingan pihak lain.

Pasma ibarat “reject shop”

Apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serpihan Pas merancang untuk menjadi sebuah parti politik yang terbuka kepada semua kaum, persoalan yang bermain di fikiran saya apakah yang hendak ditawarkan oleh Pasma? Apakah nilai tambah untuk memungkinkan rakyat memilih Pasma dan bukan Pas atau UMNO?

Adakah Pasma mensasarkan khalayak di luar parti Melayu yang sedia ada iaitu UMNO dan Pas apabila membuka penyertaan kepada semua kaum? Mampukah Pasma memikat khalayak penyokong Cina dari DAP dan MCA atau India dari MIC dan beberapa parti India yang lain?

Banyak yang melihat Pasma tidak keluar daripada lingkungan Melayu, yakni masih mengintai penyokong-penyokong Pas untuk beralih arah kepada parti baharu yang digerakkan oleh tokoh-tokoh tersingkir dalam muktamar yang lalu. Pasma lebih kepada parti reject shop yang mengumpulkan calon-calon yang ditolak oleh perwakilan.

Apabila berdiri sebagai parti politik, Pasma wajar realistik bahawa mereka tidak ada gagasan besar untuk dijual ke pasar politik. Tidak ada idealisme. Yang ada hanya dendam dan kecewa dengan Pas. Maka sekiranya Pasma ditolak sekali lagi jangan menyalahkan pihak lain. Mereka yang tidak menawarkan suatu yang tidak ada pada Pas dan UMNO.

Saya sangat setuju dengan reaksi Presiden Pas, Hadi Awang bahawa Pasma akan hilang begitu sahaja. Pasma bukanlah Semangat 46 yang pengaruhnya jauh lebih besar, malah mampu memikat beberapa orang menteri bersama-samanya. Cuma yang mengaut keuntungan daripada kelahiran Pasma ialah DAP kerana parti ini “mesra DAP” dalam semua perkara.

Pasma akan menjadi jambatan DAP untuk mendekatkan diri dengan pengundi-pengundi Melayu yang sekarang dimulakan dengan membawa budak-budak Melayu dan diberi jawatan dalam parti. Pasma tidak mendapat apa-apa kerana tidak ada nilai tambah yang boleh menggugat kesetiaan penyokong UMNO atau Pas. Kesimpulannya Pasma akan diingati kerana memecahkan politik Melayu. Itu saja.

Ku Seman Ku Hussain
Utusan






6 Komen to Budak Melayu dalam DAP hanya pemegang tombak

  1. sireh ke gagang says:

    Hanya anak muda melayu yg JAHIL SEAJARAH dan penyokong Liberalisma shj akan sanggup bergabung dibawah bendera roket cina kiasu . anak muda melayu yg masih bermaruah & ada jatidiri asli melayu takkan sanggup bergabung dengan roket.Full stop. tak usah cakap banyak.yg nyata , puak jahilliah melayu masih minoriti. tetapi puak melayu yg masih sayangkan agama & bangsa melayu masih ramai di luar sama. cuma mereka menyatakan dengan terang atau tidak shj ideologi perjuangan politik mereka.

  2. burrpp.. says:

    Nyatalah sekarang bahawa DAP telah berjaya mengubah persepsi anak-anak muda Melayu moden menjadi lebih ‘buta’ utk menyokong parti ultra kiasu ini. Dengan hanya berpandukan kepada fantasi sebuah pentadbiran demokrasi tulen yg diimpikan, anak Melayu ini mudah terpesona dengan buai syahdu DAP. Oh apakah malang bangsaku, anak2 muda era milenium ini sudah tidak peduli dengan bangsa dan agamanya, mereka sudah menjadi tuli, kesan tarbiah berpanjangan oleh DAP selain momokan bahawa BN & UMNO adalah sebuah perjuangan yg terpesong dan penuh dengan kejijikan. Natijahnya, kamu anak2 muda akan dipijak suatu hari nanti, tidak kah kamu sedar bahawa DAP ini membawa agenda ala Zionis? Bagaimana kamu mahu bangkit apabila badan kamu sudah hampir tenggelam di dalam selut najis?

  3. Badaruddin says:

    Wah…..tukar headlind nampak….tak perlah.

    Saya dah katakan banyak kali

    EXPLAINING AWAY THE TRUTH

    It is no good at all to conjure all sorts of reasons to explain away truth:

    One could subscribe to truth
    only when one has self-respect in the first place;

    When a man tells untruths, he has no respect for himself and little would he do better for others except for his own gain;

    And when a man tells lies, he has a tendency to forget:

    With one lie after the other,
    eventually he would be caught
    in his own tangled web:

    NOW NAJIB…..TERIMALAH PADAHNYA.

    To all who ridiculed my comments before such as baderole, sman,dan mereka sewaktu dengannya….lets wait what happen next…..:)

    Wallahuaklam

  4. System baru says:

    Aku meminta kamarudin itu pecat dari umno itu, dia telah berkerjasama dengan serawak repot itu, sekarang tiba masanya kamarudin di pecat dari umno itu. Aku sendiri yakin polis kena siasat kamarudin itu, sudah tiba masanya kamarudin di serahkan diri pada pihak berkuasa thailand itu, mungkin dia lindungi ialah lindungi penjenayah di thailand dari warga swiss itu. kalau dia tak bersalah Bukti dan banyak menbukti dia pengikhianat umno itu,korang caralah itu bukti di blog mana pasti ada

  5. System baru says:

    Betul itu sama macam pap singapore abang pada dap itu, orang melayu hanya pemegang tombak. Cuba tengok dap pinang itu cukup dan di dap tak pun orang melayu pegang jawatan penting dalam dap, malah jika mesyuarat agm di adakan pun pakai bahasa menderin yg aku tak faham nya kenapa keluarga kalpa itu boleh faham bahasa cina walau dia tak belajar,budak malayu buat2 faham kot walau tak tahu apa dibentangkan mesyuarat agm dap itu. Betapa bodoh orang kita main kan

  6. pendekar says:

    Apabila ada sesuatu yang kita perlukan maklumat dalaman , maka agen perisik atau spy adalah sangat penting untuk mendapat maklumat yang lebih dalam untuk sesuatu entiti dengan ini biarlah berlapang dada
    ” open your mind before, you open your mouth”

Leave a Reply