Menu Utama

Beri Ruang Siasatan Dilakukan Untuk Mencari Kebenaran – Hisham

1) Saya berharap semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang andaian awal berhubung dakwaan beberapa media antarabangsa terhadap Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkaitan isu 1MDB.

2) Jangan bertindak melulu dan terus menghukum Perdana Menteri kerana dakwaan itu hanyalah berdasarkan laporan media yang belum disahkan kebenarannya. Jangan juga membuat sebarang spekulasi kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

3) Saya setuju ini adalah dakwaan serius yang telah menarik perhatian ramai dan perlu diambil tindakan segera. Oleh itu, seperti rakyat Malaysia yang lain, saya juga ingin tahu keadaan yang sebenar. Ruang harus diberikan kepada pihak berkuasa khususnya Pasukan Petugas Khas yang dianggotai oleh SPRM, PDRM dan Bank Negara Malaysia untuk melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan ini.

4) Saya yakin Pasukan Petugas Khas ini akan menjalankan siasatan dengan segera, adil dan tidak berpihak.

5) Justeru, sementara Pasukan Petugas Khas ini melakukan siasatan, kita seluruh rakyat Malaysia perlu bersatu padu dan terus memberi sokongan kepada negara yang tercinta ini.

6) Pada masa yg sama, saya juga menggesa pihak-pihak yg membuat dakwaan tersebut agar tampil dengan bukti yang kukuh. Langkah ini penting kerana dakwaan ini bukan sahaja melibatkan maruah dan kredibiliti Perdana Menteri, malah imej kerajaan Malaysia di mata dunia.

7) YAB Perdana Menteri telah pun mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara ini. Saya menyokong penuh dan tetap bersama beliau dalam ketegasannya untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang membuat dakwaan tidak berasas.

YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein
Menteri Pertahanan Malaysia
Merangkap Naib Presiden UMNO






Satu Komen to Beri Ruang Siasatan Dilakukan Untuk Mencari Kebenaran – Hisham

  1. sman says:

    Para pemimpin Umno kena berhati-hati,lapuran yg di keluarkan oleh SR dan WSJ ini adalah satu perangkap dan umpan,utk menimbulkan kekeliruan.Ada pihak yg berharap supaya dalam keadaan ‘keliru’ begini muncullah para pemimpin Umno yg melompat sepertiman masa di timbulkan isu kehilangan RM42 billion 1MDB dulu.Jadi pihak yg berkaitan cuba ‘re chage the mood’,yg sudah sejuk dan kelihatan kembali memihak kepada PM Najib,bila dakwaan nya terdahulu kelihatan jauh dari kebenaran.Sekarang nampaknya harapan tersebut sudah membuahkan hasil,kerana dua individu yg dulunya melompat sudah melompat kembali,walau dgn agak berhati-hati kenyataan mereka.Komen lanjut saya adalah di bawah tajuk :Fitnah WSJ:Najib releks je,Pas pilak yg bertekak sesama sendiri.

Leave a Reply

Threesome