Menu Utama

Azman Hashim Dalam Grand Design Mahathir Jatuhkan Najib Razak?

Kita sudah tahu bahawa Tun Mahathir Mohamad mahu jatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak, Ini diakui sendiri oleh bekas Perdana Menteri itu.

Yang menjadi tanda tanya ialah siapa lagi sebahagian daripada “grand design” Mahathir di belakang tabir bagi menjatuhkan Najib.

Apabila Sarawak Report mendedahkan beberapa akaun Ambank yang didakwa atas nama Mohd Najib Razak dengan transasksi bernilai USD 700 juta, Perdana Menteri menafikan secara langsung kewujudan akaun tersebut. Beliau hanya berkata, “saya tidak menggunakan sebarang dana kerajaan untuk kepentingan peribadi.”

Ini boleh membawa maksud akaun tersebut wujud tetapi bukan untuk kegunaan peribadi beliau. Ia juga boleh membawa maksud Najib Razak sedang bermain permainan catur yang panjang bagi tujuan memenatkan lawannya dan menghidu pergerakan lain.

Semalam Mykmu menededahkan kemungkinan anak bekas pengasas Ambank digunakan sebagai bidak baru Tun Mahathir selepas gagal menggunakan pembunuh Altantuya yang melarikan diri ke Australia.

Namun jika akaun Ambank itu benar-benar wujud atau sebahagian maklumat-maklumat tersebut benar dicampur dengan maklumat palsu yang diperbesarkan, siapakah yang ada akses kepada akaun sepenting ini?

azman-hashimHari ini Rakyatpost.com melaporkan dakwaan seorang peguam bahawa beliau mengetahui pihak yang bertanggungjawab membocorkan maklumat terperinci mengenai akaun bank Ambank milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Md Zainal Abidin, Pengerusi Tadbir Urus Bertanggungjawab Malaysia (CAGM), menunding jari ke arah seorang hartawan perbankan terkemuka yang didakwa rakan seperjuangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, hartawan itu terhutang budi kepada Dr Mahathir yang membantu dalam kejayaannya.

Sungguhpun tidak menamakan siapa yang tokoh tersebut namun permerhati politik melihat orang tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Tan Sri Azman Hashim yang memiliki kumpulan Ambank Group.

Jika tuduhan ini benar ia merupakan skandal yang sangat memalukan Ambank dan boleh menjejaskan reputasi Tan Sri Azman Hashim sendiri. Malah ia mungkin menjurumuskan Azman ke penjara.

Semalam kami mendedahkan pengasas Ambank, Mohd Hussain Najadi pernah dipenjara di Bahrain atas sebab jenayah kewangan.

Azman Hashim dan Kontroversi Politik

Tan Sri Azman Hashim tidak dapat lari dari kontroversi politik apabila pada 2006 beliau tampil membeli saham ECM Libra milik menantu Perdana Menteri ketika itu, Khairy Jamaluddin.

Khairy pada masa itu berhadapan dengan tuduhan politik dan gosip bahawa beliau mendapat keuntungan melalui urusniaga dalaman apabila membeli saham ECM Libra beberapa bulan sebelum penggabungan syarikat terbabit dengan Avenue Capital. AVENUE merupakan milik Menteri Kewangan Diperbadankan yang ketika itu diketuai oleh bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Azman Hashim melalui syarikat Hikkaya Jaya Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat AmcorpGroup Bhd. telah membeli saham Khairy pada harga 65 sen sesaham, 6 sen lebih rendah dari harga 71 sen sesaham yang dibayar Khair pada Disember 2005.

Pembelian ini dilihat oleh pemerhati sebagai satu tindakan mengelakkan Khairy Jamaluddin berhadapan dengan sebarang tuduhan mendapat keuntungan melalui urusniaga dalaman (insider trading).-MYKMU.NET






5 Komen to Azman Hashim Dalam Grand Design Mahathir Jatuhkan Najib Razak?

  1. Roslan says:

    Blog ini kalau nak cover PM bugis mana yang patut sudah la , jangan over , buat rakyat ini macam semua nya bodoh ,saya sebalum ini sokong BN ,tapi kalau PM bugis ini masih PM sampai PRU 14 sah saya tak undi BN ,PM lain sebelum ini di tomah tapi bukti tak ada , tapi PM bugis ini dengan bukti yang sah korup masih nak cover hai malang nasib rakyat.

  2. anakmalaysia says:

    Semua apa yang dikatakan oleh blogger memang 100% betul…Saya tetap akan menyokong Datuk Seri Najib kerana beliau amat berwibawa, berjiwa rakyat dan sentiasa berkeyakinan tinggi memajukan Malaysia.

  3. Semangat Ramadhan says:

    Kita percaya Najib juga punyai strategy self-defense dia. Najib mungkin sengaja melewatkan game, sengaja ditarik ke extra time.

    Anggap apa saja mengenai apa yang Mahathir sedang buat, namun semua orang tak mampu tolak bahawa apa yang Mahathir buat ialah tindakan yang berniat buruk. Dia boleh pilih untuk berdiam, tapi kerana dalam usia begini dia masih semangat untuk berperang, maka dia terus berperang.

    Dia rasa dia masih ada kudrat, masih kuat. Tapi untuk berapa lama ? Untuk berapa lama extra time dia boleh tahan jika umur sudah melebihi 90 tahun ?.Najib akan pulang dengan glory. Mahathir akan kepenatan. Kita yakin ini akan berlaku.

  4. zarina azman says:

    saya mangsa zaman mahathir.ayahanda sy raja azman tubuhkan umno team a aka semangat 46 dia dibankrapkan walau dia seorang yang berwibawa bina kajang mosque.saya sokong datuk seri sebab dia kekalkan kestabilan malaysia.orang yang aman sejahtera menaikkan taraf malaysia di seantero dunia

Leave a Reply

Threesome