Menu Utama

Asakan Demi Asakan Dari Barat, Apa Yang Mereka Takut Sangat Dengan Najib Razak?

TMI WSJKita tertanya-tanya, mengapakah media-media pro-barat menyasarkan Perdana Menteri Najib Razak sebagai “target” sekaligus membawa motif yang jelas; gulingkan beliau at all cost.

Jika hendak difikir-fikirkan, melalui pembacaan penulis, Perdana Menteri Najib Razak bukanlah selantang mantan perdana menteri, yang berjaya melabelkan dirinya sebagai anti-semitik, dan tidak mesra dengan Barat.

Apa yang sebenarnya ditakuti oleh Barat?

Bermula dari Sarawak Report, yang mengembar-gemburkan isu 1MDB dengan fakta yang tidak benar, sehingga membawa kepada penangkapan seorang bekas eksekutif PetroSaudi yang dikhabarkan sebagai punca segala-galanya. Perlu diingatkan, Malaysia tidak terbabit di dalam penangkapan tersebut.

Sedang pembohongan itu hampir lenyap, Wall Street Journal pula tampil dengan carta kononnya berlakunya pemindahan wang ke akaun peribadi Perdana Menteri yang berjumlah RM700 juta. Tersedak penulis mendengar jumlah itu, dan tergelak membaca apabila sejumlah wang yang begitu banyak dengan selamba masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri. Ada juga yang percaya bulat-bulat.

Samada suratan atau kebetulan, yang mana penulis fikir ia adalah satu konspirasi, pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak dihujani dengan serangan-serangan maha hebat dari barat.

Sebelum ini pula, kita dikejutkan dengan dana yang terima oleh satu pertubuhan dari sebuah firma antarabangsa. Pertubuhan tersebut telah menggunakan isu yang juga berkait dengan media antarabangsa untuk memburuk-burukkan kerajaan dan Perdana Menteri. Setelah modus operandi mereka gagal akibat pembongkaran pembohongan dan seterusnya akaun tersebut telah dibekukan oleh kerajaan Malaysia.

Lenyap isu terbabit, kerajaan diserang pula dengan isu GST. Penulis tidak menafikan kecacatan perlaksanaanya, cuma GST terbukti penting dan efektif sehingga 160 buah negara telah melaksanakannya. Apa yang kita perlu tahu, isu GST sememangnya mampu menggoyahkan kerajaan. Malah, terbukti isu GST menjadi senjata utama politik di negara-negara seperti Australia dan Ghana.

Untung menjadi pembangkang di Malaysia, kerana dibantu oleh isu-isu berasaskan antarabangsa, yang hampir 100% bersifat spekulasi dan pembohongan sehingga setakat hari ini. Justeru itu, tidak perlulah kita terbawa-bawa dengan saranan terbaru mereka untuk adakan tunjuk perasaan besar-besar sekiranya Perdana Menteri Najib Razak enggan meletakkan jawatan.

Asas isu ialah pembohongan, dan memang sejak azali pembangkang sangat sinonim dengan pembohongan. Apa yang hendak kita hairankan?

Isu Scorpene, GST, 1MDB oleh Sarawak Report dan kemudiaannya penampilan Wall Street Journal sebagai pendesak untuk mengekalkan konsistensi asakan terhadap Malaysia sangat mencurigakan. Bagi penulis, paksinya ialah Barat. Apakah pembangkang di Malaysia sememangnya dibantu oleh kuasa asing yang telah lama mengidamkan Malaysia?

Perdana Menteri Najib Razak secara terbuka percaya dengan prinsip kesederhanaan, atau wassatiyyah. Maknanya, beliau tidak suka mencipta musuh, dan tidak dapat dinafikan, pelbagai usaha samada makro atau mikro dilaksanakan untuk mensejahterakan Malaysia.

Barat senantiasa dan tidak mudah putus asa untuk terus-terusan menyerang Perdana Menteri. Apa yang diharapkan ialah barisan kepimpinan akan hilang kepercayaan terhadapnya. Ini bukan rekayasa, kerana jarum-jarum fitnah yang tanpa henti telah berjaya meyakinkan ramai pimpinan, termasuklah mantan perdana menteri yang terkenal dengan imej anti-semitik dan anti barat.

Apa sebenarnya yang Barat takut dengan susuk tubuh seorang Perdana Menteri bernama Najib Razak?

Rakyat Malaysia perlu tahu, dalam praktis undang-undang, “innocent until proven guilty”, dan bukannya “guilty until proven innocent”.

Penulis tidak tahu samada Perdana Menteri Najib Razak boleh menggunakan taktik yang sama diguna oleh mantan Perdana Menteri Tun M dalam menangani asakan barat iaitu “jangan percaya laporan media asing yang dikuasai oleh Yahudi yang jahat”.






5 Komen to Asakan Demi Asakan Dari Barat, Apa Yang Mereka Takut Sangat Dengan Najib Razak?

  1. System baru says:

    Yahudi memang jatuh najib selepas najib bagi sekongan pada gaza, sebab aku cakap selepas perang iraq segala2 telah terbangkor media barat laporkan penipuan media barat.selepas perkara berlaku baru dunia islam sedar bahawa media barat menipu.tun tun m selalu cakap semasa oic dulu empayar otaman turkis gundik dan hidup .tun mahathir bukan baca macam mana kamal atatuk dibantu yahudi untuk menjatuh empayar otaman dengan fitnah2 kononnya raja turki memiliki banyak perempuan simapanan dan hidup bermewah2 itu fitnah yg bawa barat pada raja turki itu. Yg aku heren tun mahathir boleh percaya sejarah rekaan barat raja otaman bermewah dan banyak gundik, di sebab fitnah tersebut empayar otaman runtuh dan tanah palestin jatuh tangan yahudi. Sebijak tun m bukan menkaji sejarah turki itu, korang pasti tahu bala menimpa kamal ataturk timpa penyakit kelamim dan kusta disebab suka fitnah dan selalu main perempuan bala menimpa nya

  2. zainol says:

    Kalau betul Negara Barat nak marah kat Malaysia kerana kelantangan PM Malaysia menentang Yahudi & Barat, tentu TDM lebih2 lagi mereka serang, kerana satu dunia tahu kelantangan TDM, Tapi ini tidak Najib yang mereka serang. Persoalan sekarang depa serang Najib kerana kelantangan PM Malaysia atau kerana kedangkalan PM Malaysia sekarang.

    Jangan nak tunjuk maksum sangat dalam kenyataan siapa PM Malaysia sekarang kalau nak di bandingkan dengan TDM.

  3. Anak_Nogori says:

    Negara asing ingin menjatuhkan kerajaan Malaysia bukan la asing dan tidak menghairankan kita..yg menghairankan kita apabila seorang ahli umno, mantan perdana menteri, negarawan ulung pula, mendesak seorang perdana menteri dari kalangan ahli umno, presiden umno pula hanya berdasarkan persepsi dan ajenda peribadinya.ini sangat2 memalukan sementelahan umurnya dihujung hayatnya sepatutnya mententeramkan keadaan dan tidak bersekongkol dgn media asing yg satu ketika dulu sangat dibencinya.

    Beliau bakal meninggalkan nama sebagai manusia pemecah belahkan orang melayu utk dikenang oleh anak cucu kita nanti.

    Semuga beliau insaf dan balik lah kepangkal jalan.

  4. raplahjingaa says:

    saja-saja jenguk peminat-peminat Najib kat sini….hehehehehehe, makin lesu…apa pun kita jumpa lepas Raya nanti.

  5. brek pit says:

    Apa beanya negara yang pro Barat dan berbaik dengan Barat.Sudah tentu Malayia bukan sahaja berbaik dengan semua negara baik US,China,Rusia & sbgainya kecuali Israel.Ada masa kita perlukan US,adakala kita perlukan China.Kita tidak seperti negara jiran yang lain yang cuma baik ‘ally’ dgn satu negara iaitu US.Malayia merupakan negara yang mampu mengimbangkan ‘kuasa2’ dunia dari terjebak kekancah yg lebih teruk.Buktinya,sewaktu MH7 ditembak oleh ‘kumpulan’ yang tidak dikenali,baik Rusia,Belanda,US menghulurkan bantuan,walaupun kita tahu tempat itu berperang.Begitu juga dgn iu MH370,yg sampai hari ini pun tak jumpa,semua negara hulurkan bantuan.Malaysia berada ditengah tengah kancah politik,ekonomi dunia tidak ketentuan.sudah tentu Barat sudah mengetahui ‘kelebihan’ Malaysia yang pernah digelar semenanjung emas dan pernah diceritakan oleh Nabi kita.

Leave a Reply