Menu Utama

Apakah Mahathir Guna Anak Bekas Penjenayah Dalam “Grand Design” Jatuhkan PM Najib Razak?

Secara tiba-tiba, Pascal Najadi, anak bekas pengasas Arab-Malaysian Development Bank Berhad, seorang warganegara Switzerland, dibawa masuk dalam agenda memburuk dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Berikutan pendedahan beberapa akaun Ambank yang didakwa milik Mohd Najib Razak dan digunakan untuk melesapkan wang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Sarawak Report, tajaan warganegara British, membawa Pascal Najadi sebagai bintang baru mereka untuk menjatuhkan Mohd Najib Razak.

Pascal tiba-tiba muncul menuduh pembunuhan bapanya dilakukan kerana ia membabitkan Najib Razak dan akaun Ambank terbabit.

Menurut Pascal kepada Sarawak Report, beliau ada dimaklumkan oleh bapanya bahawa ada mega korupsi sedang berlaku di negara ini.

“I left for Moscow, around the 25th of July 2013 to attend to my business. The day before we had a family lunch at the Restaurant Ciao, at the Selangor Golf Club, right in the middle of KL. My Dad then spoke about massive corruption.

He also said that they [people in power] had lost the plot in the sense that they recklessly and behind their own population’s backs raked in billions of ringgit from construction, oil & gas to defence & transportation. He made a point that its insane that they do not for one second think about the future generations, simply not.

Jika benar dakwaan ini, mengapa selepas 2 tahun pembunuh upahan bapanya dihukum baru beliau muncul menyatakan tuduhan ini? Mustahil seorang warganegara negara asing dan percaya bapanya dibunuh oleh pemimpin tertinggi Malaysia akan mendiamkan diri selama dua tahun tanpa memaklumkan perkara ini kepada umum.

Mengapa sekarang, ketika Najib Razak sedang berhadapan “grand design” menjatuhkannya oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad?

Tuduhan Pascal ini sangat tidak masuk akal. Jika beliau begitu bebal elok baca semula sejarah Ambank. Bapanya hanya menubuhkan Ambank dan mengendalikan selama 7 tahun sahaja.

Ahmad Hussain Najadi bukan pemilik Ambank mahu pun Pengarah bank terbabit semasa segala tuduhan ke atas Najib Razak dibuat.

Najadi hanyalah pengasas Ambank pada 1975 dan meninggalkan syarikat terbabit 7 tahun kemudian. Pada 1982 Beliau menjual kesemua sahamnya kepada Tan Sri Azman Hashim.

Jadi bagaimana seseorang yang telah meninggalkan bank terbabit selama lebih 30 tahun mempunyai akses terhadap akaun dalam Ambank dan membabitkan Najib Razak seperti yang cuba dikaitkan oleh Pascal?

Bukankah ini merupakan tuduhan dan dakwaan yang bertujuan menguatkan agenda menjatuhkan Mohd Najib Razak?

Bagi mengukuhkan dakwaan bahawa bapanya dibunuh kerana menentang korupsi dalam pentadbiran negara, beliau mendakwa bapanya seorang penegak kebenaran, tidak pernah korup dan akan segera melaporkan sebarang aktiviti jenayah jika ada.

“My dad was an upright man, never corrupt. He, my Mum and I are the same. If we spot criminal activity we likely will report this immediately to the right and appropriate top down channels.”

Oleh kerana Pascal tahu bapanya tidak pernah bercakap sedemikian mahupun membuat laporan maka beliau mendakwa bapanya tidak membuat laporan Polis tetapi akan mengadu kepada pegawai tertinggi negara.

However, Pascal Najadi says that he was never notified if his father made a police report. He believes that it would have been more likely that he would have reported his concerns to top officials:

” That was not his style, because he knew it is a shot in the dark in Malaysia to log a Police report… I believe that he would have gone to senior regulators direct to report findings that he found out involving massive amounts being looted”.

Pascal bukan sahaja membuat cerita rekaan memburukkan Perdana Menteri tetapi juga polis Malaysia.

Namun apakah cerita rekaan Pascal ini boleh dipercayai? Pascal bukan sahaja membuat cerita mengenai pembabitan Najib Razak, malah beliau menipu mengenai kehidupan Ahmad Hussain sendiri seolah-olah seorang yang begitu bersih dan anti-korupsi.

Laporan Bloomberg, 31 Julai 2013 jelas menunjukkan Ahmad Hussain Najadi pernah dipenjara di Bahrain pada 1985 selama lebih tujuh tahun kerana jenayah kewangan (Financial Crime).

Soalnya lebih besar ialah siapa di belakang kemunculan Pascal bagi membuat tuduhan ke atas Mohd Najib.

Jika dilihat hubungan baik Mahathir dengan Ahmad Hussain semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan selepasnya tidak mustahil bekas Perdana Menteri tersebut berada di belakang kemunculan ini.

Apatah lagi, artikel Sarawak Report yang pertama menjadikan Pascal sebagai isu dalam menjatuhkan Najib Razak turut memaparkan gambar Ahmad Hussain dengan Tun Mahathir pada 2011. Dari mana mereka mendapat gambar ini?

Justeru, ketika kami mendedahkan bahawa Pascal seorang pembohong, tidak boleh tidak kita akan tertanya-tanya apakah Mahathir dibelakangnya?

Ini kerana Mahathir sahaja yang begitu beria-ria menjatuhkan Mohd Najib dengan segera.-MYKMU.NET






6 Komen to Apakah Mahathir Guna Anak Bekas Penjenayah Dalam “Grand Design” Jatuhkan PM Najib Razak?

  1. System baru says:

    aku dengar orang cerita tak betul atau tak Mahathir sebenar dah Nyanyuk aku nasihat dia kroni dia jangan kacau dia lagi, ambil ubat anti nyanyuk, supaya dia tak nyanyuk lagi.sebab najib tak nak ambil tindakan undang2 pada mahatir ini, aku nasihat najib, nanti aku nasihat najib supaya hantar doktar pakar mental pulih nyanyuk dia

  2. frozz says:

    Artikel yg takde nilai…sampah

  3. Semangat Ramadhan says:

    Hal ini sama dengan dengan dakwaan seorang anak bahawa bapanya di fitnah dan dipenjara kerana bapanya seorang penentang korupsi. Penentang korupsi maknanya individu berkenaan paling bersih, suci dan belum tercemar.

    Ingin kita bertanya, tanpa korupsi dari mana sumber kekayaan nya dipeolihi . Tentunya tidak sekadar datang dari gaji dan elaun seorang wakil, ahli parlimen dan menteri sahaja, walau pun berbelas tahun.

    Trend kita sekarang , cakap apa saja, bawak masok siapa saja untuk tujuan apa jua, orang tetap akan percaya. Jumlah yang percaya itu sendiri terlalu ramai dari yang tidak percaya.

    Yang menerima padah ialah mangsanya .

  4. sman says:

    Cerita mereka yg meleret-leret ke sana kemari menunjukan mereka bukan ada bukti kukuh dalam setiap tuduhan mereka .Tak ada satu peluru pun yg mereka miliki yg boleh ‘menghancurkan ‘PM Najib,itulah sebabnya mereka menggunakan peluru tabur,mencuba nasib.Mana tahu ,mungkin Najib sudah begitu letih tertewas juga lah akhirnya nanti.Nanti Mahahtir pun akan main cerita Rosmah di pakaikan kasut,Rosmah shopping,Rosmah selalu tukar baju,Rosmah tak bertudung macam-macam lagi asal boleh di kaitkan dgn Najib dan 1MDB.

  5. naktaujer says:

    Dakwan Pascal Najadi tidak kukuh. Jika benar segala dakwaan kemukakan bukti.
    Jika takut untuk datang ke Malaysia Pascal boleh bekerja sama dengan interpol.

    Ahmad Najadi pada pandangan saya

    Ahmad Najadi founder Ambank asalnya warganegara Bahrain
    Selepas menjual segala sahamnya di Ambank dia pulang ke Bahrain.
    Menyerahkan 2juta saham yang jual untuk membantu penubuhan UIA.

    Setelah pulang semula ke Bahrain disitu sejarah kejatuhannya. Apa dicatat dalam bilografi nya “The Hill And The Sea” disebabkan keenganan Pemerintah Bahrain tidak mahu membayar pinjaman yang telah diberi oleh Bank yang dipengerusi oleh Najadi (Arab Asian Bank). Najadi dipaksa menandatangani dokumen peletakan Jawatan dan menyerahkan segala sharenya kepada Central Bank Of Bahrain dengan nilai 1 dollar.
    Dihadapkan mahkamah tanpa perbicaraan kerana salah urus dana. Dan ditahan bawah aktak ISA.

    Berjaya melarikan diri selepas mendapatkan kerakyatan IRAN disebabkan arwah ayahnya Warga Negara Iran.

    Disitu Najadi bermula untuk bangkit semula. Akhirnya kembali ke Malaysia pada 2002. Ramai yang menjangka Najadi sudah mati.
    Berjumpa kenalan lama. Dan Membina Syarikat AIAK Group. Syarikat yg menjalankan investment advisor. Menarik pelabur dari negara arab ke Asia dan sebaliknya.

    Pada 2009 membuat pembentangan di ASLI (Asian Strategic & Lidership Institutions)
    Bertajuk : Malaysian Economy & Middle East Potiontial.

    Saya percaya KFH Kuwait Fainance House ada usaha Najadi menari pelabur dari Timur tengah ke Malaysia. Sebenarnya lebih beroperasi serantau Asia.

    Director Of AIAK CAPITAL LTD
    Director Of DAVOS MANAGEMENT INSTITUTE LTD
    Director Of Islamic Payment Services Limited
    Director Of FVA International Ltd.

    Dan Najadi banyak menjalinkan Kerjasama Pelbagai Syarikat Multi National.
    Khususnya dalam Pelaburan antara Timur Tengah & Asia.

    Kesimpulan apa sahaja pergerakan pelaburan antara Negara Timur Tengah & Negara Asia tidak akan lepas pandang Dari pengetahuan Najadi.
    Mungkin ya Najadi tahu. Atau mungkin tidak.

    Penglibatan Najadi sebagai Investment Advisor mungkin juga melibatkan pelaburan damlam syarikat pinjaman kewangan negara kita atau (ah long) . Mungkin ada urusniaga yang tidak menjadi sehingga dia dibunuh. Seperti semasa kejatuhan dia di Bahrain.

    Mengaikan hanya dakwaan lisan seperti apa yang dilakukan Paskal tidak cukup kukuh andai Paskal sedia bekerjasama & mengemukakan bukti.

    Cakap apa saja, semua boleh cakap
    Jadi kita tunggu drama seterusnya dari Pascal.

  6. anis says:

    Apapun yang berlaku sama – sama lah kita tunggu Mahkamah Akhirat.

Leave a Reply