Menu Utama

Ambil Peduli Kesihatan Anwar, Mulianya Najib

najib_snippet_fb

UNTUK makluman, hari ini 1 Julai 2015 dan Perdana Menteri negara kita masih orang yang sama iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.  Nampaknya rancangan  para konspirator nak mengundurkan beliau yang disasarkan pada bulan Jun lepas, tidak menjadi – Tuhan tak kasi.

Mungkinkah ada tarikh baru selepas ini, macam Anwar menganjakkan pengumuman jadi Perdana Menteri setelah sketsa penipuan 16 September 2008 dulu tak menjadi, penulis tidak tahu dan tidak akan peduli.

Oh ya, cakap pasal Anwar, Perdana Menteri dalam status Facebooknya semalam memaklumkan akan kepedulian beliau terhadap tahap kesihatan Anwar dan mahu pihak yang berkenaan mempastikan rawatan yang sewajarnya untuk musuh politiknya itu.

Anwar yang meninggalkan bukti sejauh 4cm dalam satu kejadian liwat, kini dikatakan ada ketumbuhan sebesar 4cm juga  di buah pinggangnya.

4cm atau tidak, bukan kita kisah, lantak le.  Dengan duit dan harta yang dia ada, membedah buah pinggang untuk meletakkan ketumbuhan palsu bukanlah suatu yang mustahil dilakukan.  Ini Anwar kita cakap ni, magician politik nombor 1.  Bangla 40k entah datang mana mengundi pun kita tak tahu, tapi Anwar boleh ‘wujud’kan macam itu saja, apa sangat ‘ketumbuhan’?

Yang kita kagum dan harukan sekarang ialah keprihatinan Perdana Menteri itu.

Orang ini (Anwar) sudah buat macam-macam ke atas beliau.  Apa yang buruk pasal Perdana Menteri yang Anwar tak pernah sebut, apa benda yang dia dan macainya tidak fitnah Perdana Menteri? Bunuh orang, zalim, penipu, penindas dan sebagainya, semua ada.

Tapi ketika Anwar ‘sakit’ semasa dipenjara, Perdana Menteri mengambil peduli tentang perkara tersebut, oh mulianya hati.

Ini saja menunjukkan Perdana Menteri bukan biasa-biasa, tapi istimewa orangnya.  Kalau penulis jadi beliau – dengan apa yang Anwar pernah lakukan terhadapnya, lantaklah apa nak jadi kat kau dalam penjara tu.

Kesimpulannya, inilah bukti pemimpin yang baik dan prihatin, walaupun terhadap musuh politiknya sendiri.  Tak hairan kenapa Tuhan masih kekalkan beliau sebagai Perdana Menteri kita semua hari ini dan untuk satu jangka masa yang panjang juga Insya Allah.






2 Komen to Ambil Peduli Kesihatan Anwar, Mulianya Najib

  1. Semangat Ramadhan says:

    PM jugak pernah menziarahi TGNA semasa arwah sakit di rawat di hospital. Sebelum itu TGNA warwar orang nya solat hajat mintak dibuncitkan perut PM. Pesakit dilihat terharu tentunya waktu menerima kunjungan.

    Tetapi perasaan begitu hanya sementara. Demikian juga yang lain2nya akan rasa terharu terhadap keprihatinan diberi. Lepas itu akan lupa begitu saja.Bergantong pada jenis spesis apa, gajah ke, pelanduk ke, harimau atau singa.

Leave a Reply

Threesome