Menu Utama

Akhirnya DAP, Bukan UMNO Yang Pecahkan PAS

Is-Gerakan-Harapan-Baru-the-missing-piece-of-the-puzzle-785x442

PENYOKONG parti PAS mungkin tidak sangka bahawa kerjasama mereka dengan DAP berakhir dengan parti itu dipecah-pecah kepada beberapa bahagian.  Mimpi asal kerjasama nak tawan Putrajaya tak tercapai, PAS pulak yang terbahagi kepada beberapa kumpulan

Kalau sebelum ini PasMA, sekarang sudah muncul pula Gerakan Harapan Baru (GARU) yang diterajui Mat Sabu.  Awal-awal GARU sudah dapat sokongan DAP, maklum sajalah Mat Sabu yang jadi ketuanya, semalam PKR pulak sahkan menyokong penubuhan GARU.

Tak payahlah penulis ingatkan betapa keadaan ini meletakkan PAS dalam kedudukan paling sukar dan paling aneh dalam sejarah lebih 60 tahun penubuhannya.  Kerjasama macam mana bila parti yang sepatutnya jadi sekutu macam PKR dan DAP, sokong kumpulan serpihan?

Itu tak sebut lagi separuh atau lebih wakil rakyat parti tersebut dikatakan cenderung kepada GARU berbanding kepimpinan yang baru menang hari itu.

Senanglah cakap nak pecat semua pemimpin yang sokong GARU tapi itu bermaksud PAS kena diset semula kepada kosong, kerajaan Selangor pun mungkin terpaksa ditumbangkan kalau PAS betul-betul menarik balik sokongan mereka di negeri tu – melainkan ada yang di kalangan ADUN PAS sedia ada yang bertukar parti.

Justeru, tak hairanlah kenapa sehingga sekarang tidak ada seorang pun dari 18 bekas pemimpin PAS yang jadi latarbelakang penubuhan GARU dipecat, sekalipun mereka yang terlibat seperti Mat Sabu dan Khalid Samad, langsung tidak berselindung bahawa penubuhan GARU adalah untuk menjadi sekutu baru dalam Pakatan Rakyat, ganti PAS.

Ini bukti apa yang selalu penulis katakan bahawa PAS adalah parti yang bertuhankan kuasa, tidak ada prinsip sama sekali.  Cakap buruk pasal UMNO tapi diakhirnya yang pecah belahkan parti itu bukan UMNO pun, sebaliknya DAP.  Padan muka mereka sekarang.






6 Komen to Akhirnya DAP, Bukan UMNO Yang Pecahkan PAS

  1. Jones Hard says:

    Bukan sahaja PAS sudah kena, kini giliran Parti ANwar pula dicabar oleh Lim Kit SIang sendiri. DAP dilihat telah menunjukkan taring mereka bahawa, selama ini, mereka membentuk parti pakatan hanyalah untuk kepentingan parti sendiri semata-mata.

  2. Memang Terok says:

    Dari dulu kita sudah kata bahawa pakatan mereka tidak mampu membawa mereka kemana2, tapi hanya sekadar berpolitik sahaja. Mana mungkin mereka pergi jauh jika cara mereka berjuang penoh dengan tipu daya dan helah yang mengelirukan.

    Dalam peperangan memang perlu aplikasi helah dan tipu daya yang bijaksana buat mengelirukan musuh lalu menumpaskan mereka. Tapi tipu daya itu mesti tipu daya yang bijak yang diatur seiring dengan strategi. Pakatan berjuang bukan hanya dengan menipu musuh . Mereka juga tipu orang mereka sendiri.

    Alfatihah buat pakatan. goodbye putra jaya. Besar sungguh mat jenin kamu. Mana boleh makan steak daging tanpa gigi. Panjang juga tempoh kita ketawa berbahak. Kini ketawa kita terhenti sebagaimana kita jangka.

  3. raplahjingaa says:

    Udah..udah la tu adamyan, hari baik bulan baik ni…cuba hang ” putihkan ” sikit hati hang…politik memang macam tu, tak ada yang ” sacred ” yang tulin dan yang ikhlas….kecuali mungkin keikhlasan mantan PM Tun M, memajukan anak bangsa dan Negara…hehehe, saja nak sakat hang !

    Aku ambil kesempatan ni nak ucapkan selamat hari raya pada hang dan pasangan bahagia hang si kunta kinte, hangpa berdua pasangan yang amat secocok…hehehe,a aku susun 10 jari memohon maaf zahir dan batin…

    ” SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN ”

    P/S….berapa banyak duit raya ” Datuk A ” bagi kat hangpa berdua ??? hangpa tak turun Parit ke pi Raya rumah dia…bossss la katakana..hehehehe

  4. cina malaysia says:

    sabarlah,tunggu lepas raya !

  5. Pejuang IMR says:

    Ini lah yang dikatakan berkat doa BN KO tidak lama dulu. Aamiinnnnn !!!!

Leave a Reply

Threesome