Menu Utama

Akaun Peribadi, Peguam Negara Sahut Cabaran PM

Ghani-PatailPeguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengesahkan kepada Malaysiakini.com bahawa beliau melihat laporan siasatan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB ke akaun bank perseorangan yang didakwa milik Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Dalam kenyataan beliau hari ini, Abdul Gani berkata, ia adalah antara dokumen yang diambil pasukan petugas khas bagi menyiasat isu 1MDB.

“Pasukan ini (pasukan petugas khas) telah memperoleh beberapa dokumen yang kemudiannya dikemukakan kepada saya untuk semakan. Saya mengesahkan bahawa saya telah menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun yang didakwa milik Perdana Menteri.

“Sehubungan itu, saya telah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan seterusnya telah memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.

“Saya juga mengesahkan bahawa pada 3 Julai 2015, pasukan petugas khas ini telah menghantar pasukan siasatan ke syarikat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd untuk mengadakan serbuan dan telah memperoleh dokumen dari ketiga-tiga premis terbabit,” katanya.

Semalam Mohd Najib menyelar pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti dan berjanji tindakan akan diambil mengikut undang-undang termasuk undang-undang jenayah jika perlu.






9 Komen to Akaun Peribadi, Peguam Negara Sahut Cabaran PM

  1. sman says:

    Kalau benda ni betul terjadi,walaupun Najib tidak menggunakannya utk kepentingan pribadi,PM Najib patut juga letak jawatan,kerana kelihatan agak lemah dalam mematuhi peraturan.Ianya sama macam isu TS Khalid di peringkat awal dulu,berkaitan dgn lembu dan repair kereta milik pribadi yg di gunakan utk tujuan official.Saya berharap perkara ini tidak benar dan hanya fitnah,jadi PM kena mengambil tindakan keras dan muktamad.

  2. dkds says:

    Nampaknya tiada halangan dalam siasatan spt dakwaan sesetengah pihak, namun AG perlulah telus dan tidak memilih bulu

  3. Roslee says:

    Saya mencadangkan agar DS Najib membersihkan Nama beliau yg saban hari mempersoalkan kewibawaan beliau selaku PM dgn Skandal 1MDB..Rakyat memerlukan saorg PM yg Fokus kpd pembangunan rakyat dan Negara khususnya menjelang mencapai Negara Maju..Jika Nama DS Najib masih di palit kan dgn skandal sebegini, sudah pasti tumpuan DS Najib menerajui negara akan terganggu..

  4. YY says:

    Oleh kerana penyiasat yg menemui dokumen itu tidak dinyatakan, mungkin sahaja ianya dokumen fitnah yg disalurkan kepada penyiasat tertentu.

  5. system baru says:

    sman, orang melakukan tergesa2 akan buat silap termasuk tun m itu, buat kerja kena berfikir sebelum buat sesuatu, bagi pendapat aku najib sedang susun langkah dia ambil tindakan undang2,
    selepas kes 1mbd selesai di siasat pac, habis macai2 dan kroni menyusahkan dan menghasut tun m itu bakal kena dulu tindakan undang2, sman tantah termasuk kau itu sekali kot, kena ingat kes kroni tun m banyak di dedah selepas pak lah jadi pm dulu tapi pak lah gagal sebab ada orang tertentu lindungi dia orang ini, termasuk tun m sangup datang kemahkamah untuk lindungi apek rasuah itu, kau faham siapa itu kan

  6. Wong Pin Ter says:

    Biasanya wang hasil rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan akan disimpan di ba
    nk-bank di Swortzerland sebab dasar melindungi identiti pemegang akaun yang ketat di sana. Kalau betul Najib simpan RM2 Billion di dalam akaun di Ambank itu memang dia cari nahas.

  7. sman says:

    System baru,

    Bertindak cepat bagi orang yg tidak bijak di kira tergesa-gesa dan mungkin akan membawa malapetaka.Bagi orang yg bijak pula ia tidak lagi di katakan tergesa-gesa tetapi dikatakan ketangkasan bertindak dan ianya adalah satu kelebihan. Apa yg kita mahu adalah ketangkasan,bukan lembab,bersikap tidak apa dan merasa selesa.Contohnya selama ini bila isu berkaitan dgn 1MDB di timbulkan,tidak ada pihak yg berbunyi utk menjawabnya,tapi sekarang,ianya tidak lagi kerana Arul Kanda akan menjawabnya dengan tangkas.Tapi bila isu dibangkitkan berkaitan dgn PM Najib atau isterinya,sejak dari dulu lagi ianya di pandang enteng saja oleh pihak berkaitan,seolah-olah tidak ada apa-apa.PM Najib dan isterinya seolah-olah tidak mempunyai pembantu atau pegawai media,atau PM Najib merasa beliau sangat kebal dgn tomahan?.

    Saya mencadangkan supaya PM Najib melantik Arul atau RPK menjadi pegawai media mereka.Semua pembantu pribadinya sekarang harus di pecat .Tak berfungsi,selain mungkin hanya utk mengatur progrem resmi.

    Sekali lagi saya katakan saya belum percaya dgn apa yg di lapurkan oleh WSJ dan SR,kerana tidak begitu masuk akal, akan tetapi saya juga keciwa dgn level kesungguhan PM Najib dan isteri beliau dalam menangani masalah ‘gossip’ terhadap mereka berdua selama ini.Mereka perlu di kejutkan dari terlena yg bakal membawa padah.

  8. System baru says:

    sman kau tahu tak zaman pak lah ramai kroni tun m ditangkap tapi di lepaskan tampa bukti sebab apa melakukan siasatan dengan tergesa2 untuk menangkap orang ada pengangruh dengan rakyat biasa sama ke? mereka vip ada kowanag cukup upah segala2 peguam ada termasuk keluarga kalpa itu bakal menolong kroni itu semata2 kerana wang,termasuk kau itu macai kroni tun m yg buat salah kemudian minta tolong tun m itu, termasuk kamarudin itu,
    Nak berdedat aku berfikir kawan, sila lihat kes perwaja dan kes pkfz semua di lepaskan tampa bukti sebab melakukan siasatan dengan tergesa2, kalau kau lakukan cepat tapi berdasar yg bukti kurang kukuh yg buat2 media pr dan media barat, baik tak payah nanti sama jadi macam kes macan kes aku cakap itu

  9. […] Ini berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri dijangka melantik peguam bagi menyaman Wall Street Journal (WSJ) yang memfitnahnya. […]

Leave a Reply