Menu Utama

Ahmad Maslan Difitnah Lagi, Kali Ini Hal KFC

matmaslan-kfcNampaknya Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad bin Maslan berterusan menjadi mangsa fitnah pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab bagi memburukkan imej Kerajaan dan Ketua Penerangan UMNO itu sendiri.

Terbaru sedang tersebar luas (viral) di media sosial ialah petikan akaun Facebook Ahmad Maslan yang PALSU menyatakan “Minyak naik RM 0.10 tapi KFC Ramai juga orang, dimana bebannya.”.

Petikan ini sedang menjadi kemarahan pengguna media sosial yang menerima bulat-bulat yang disebarkan tanpa menyemak kebenarannya.

Bagaimanapun Ahmad Maslan menafikan beliau menulis demikian.

“Ini tweet palsu kerja org tak betul & fitnah.1/6 saya tak ada tweet begitu. Jika dimaksud hari ini, kan bulan puasa.”

Sebenarnya apa yang disebarkan ialah dari akaun Facebook bukan Twitter. Malahan tarikh 1 Jun 2015 menunjukkan tulisan tersebut bulan lalu dan ia bukan akaun rasmi Ahmad Maslan.

Mei lalu Ahmad Maslan terpaksa menafikan kenyataan tentang mana-mana individu yang mempersoalkan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan disaman serta ‘duduk di bulan’ jika tidak mampu membayar GST adalah daripadanya seperti yang tersebar di kebanyakan laman sosial, blog, portal dan sistem pesanan WhatsApp.
Ahmad-maslan-Difitnah-isu-gst
Tegasnya, tindakan menyebar kenyataan palsu itu merupakan “fitnah dan kerja bodoh” pihak yang terdesak untuk melihat kegagalan sistem cukai yang menguntungkan dalam tempoh jangka masa panjang itu.

“Ini satu fitnah dan kerja bodoh. Saya tidak pernah cakap dua perkara itu. Orang yang suka memfitnah ialah kumpulan bangkrap moral,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Twitternya awal pagi ini.






4 Komen to Ahmad Maslan Difitnah Lagi, Kali Ini Hal KFC

  1. Younger But Wiser says:

    Di zaman serba whatsapp, facebook, twitter dan instagram ini, sikap malas mencari kebenaran yang sahih terutamanya oleh golongan muda yang terlalu mengharapkan dan mempercayai ‘maklumat di hujung jari’ telah merosakkan ‘minda malas’ anak-anak muda kita dengan budaya pembohongan sebegini. Mereka perlu lebih bijak untuk memilih dan menggunakan ‘lambakan’ maklumat yang terdapat di media sosial dan Internet.

    Do not believe all that you see nor half what you hear.

    Usah percaya semua apa yang anda lihat, apalagi apa yang anda sekadar dengar [maksud pepatah Arab].

  2. Younger But Wiser says:

    Pembetulan.

    Usah percaya semua yang anda lihat, apalagi apa yang anda sekadar dengar [maksud pepatah Arab].

  3. ToraTora says:

    Aku pun xsuka dan bengang kalau ada pemimpim kita yang buat statement bangang yang menambahkan sakit hati kepada mereka yang memang dah tertanam rasa benci kepada kerajaan.

    Tapi kalau tak betul..buatlah tindakkan dengan siasat siapa yang buat dan saman terus..sesuatu mesti dilakukan kepada golongan yang suka menanam sikap kebencian yang tak bertempat ini.

  4. Semangat Ramadhan says:

    Segala ciptaan canggih dihasilkan orang yahudi yang memang terkenal bijak, teliti dan berpanjangan jauh. Orang yahudi amat teliti sekali pemakanan nya. Orang yahudi tidak makan organ haiwan, tidak makan kepala haiwan. Pada kita kepala ikan yang paling sedap. Hati, limpa, paru dimasak jadi makanan istemewa sedangkan disitulah terkumpul segala toxic beracun yang ditelan oleh haiwan pemilik asal organ2 itu lalu berpindah keperut kita.

    Yahudi cipta Coke tapi orang mereka sendiri dilarang minum air Coke kerana akibat dari meminumnya melemahkan otak kita dalam jangkamasa panjang, salain dari kena diabetic kerana kandongan tinggi gulanya.

    Yahudi jugak cipta facebook, tweeter dan berbagai yang lain. Ciptaan mereka terlalu baik dan canggih sebab itu seluruh dunia ditawan. Terlalu mengasyikkan, terlalu mudah dan mesra pengguna. Hingga kita lupa berapa besar masaalah yang diberi kita oleh ciptaan mereka itu . Pasangan bercerai berai, Sedara putus hubungan . Demikian jugak dengan apa yang terjadi pada PM, Ahmad Maslan tidak terkecuali apabila akaun mereka dipalsukan.

    Yahudi sering meraikan kejayaan mereka melingkupkan umat dunia.

Leave a Reply