Menu Utama

Adakah PAC akan menyiasat RM42 billion yang hilang ?

Kenyataan media oleh Arul Kanda, Presiden & Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Dikeluarkan pada 2 Julai 2015 Untuk siaran segera

1MDB Sedang Dalam Siasatan

“1MDB merujuk kenyataan-kenyataan tertentu oleh YB Tony Pua yang diterbitkan dalam media online hari ini, yang mempersoalkan mengapa tiada tindakan diambil terhadap 1MDB oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

YB Tony Pua dengan sengaja tidak menekankan fakta bahawa 1MDB pada ketika ini sedang menjadi subjek kepada siasatan oleh beberapa pihak berkuasa yang berkenaan, termasuk Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia, PDRM dan seterusnya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), sebuah jawatankuasa yang dianggotai sendiri oleh YB Tony Pua. 1MDB sedang memberikan sepenuh kerjasama kepada siasatan ini. Keterangan dan bukti yang berkaitan dengan syarikat telah pun dan akan terus dikongsi bersama dengan pihak-pihak berkuasa ini.

Tambahan pula, 1MDB telah berulang kali memberikan penjelasan terhadap dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh pelbagai pihak, termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad, YB Tony Pua, dan kumpulan media The Edge.

PAC, yang mana YB Tony Pua sendiri merupakan salah seorang anggotanya, adalah pihak berkuasa yang sah di sisi undang-undang untuk mengesahkan dakwaan-dakwaan seperti RM42 bilion telah ‘hilang’ daripada 1MDB. Demi keadilan dan proses yang wajar, 1MDB percaya bahawa YB Tony Pua akan memastikan PAC akan menyiasat dakwaan spesifik ini iaitu “RM42 bilion hilang” dengan cara yang sama beliau tegaskan agar dakwaan-dakwaan lain terhadap 1MDB disiasat.

1MDB menekankan kedudukan kami sebelum ini bahawa jika terdapat sebarang salah laku, tindakan harus diambil oleh pihak berkuasa yang berkenaan, mengikut proses yang wajar dan mengikut undang-undang negara.”

– Arul Kanda, Presiden & Pengarah Eksekutif Kumpulan






Leave a Reply

Threesome