Menu Utama

Ada agenda lain di sebalik serangan terhadap PM

Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, sehubungan itu masyarakat Islam tanpa mengira fahaman politik perlu bersatu padu dan menolak fitnah terancang berkenaan yang bertujuan mengucar-ngacirkan keamanan negara.

“Kalau mereka hendak melemahkan umat Islam di negara ini, mereka mesti melemahkan UMNO memandangkan parti itu mempunyai 89 kerusi Parlimen berbanding Pas hanya 21 kerusi.

“Sekarang mereka menggunakan media luar untuk menyerang dan situasi ini terserah kepada kita untuk berada di sebelah pihak mana, mungkin ada yang rasa gembira tetapi kita kena ingat dalam jangka masa panjang bagaimana Arab Spring menyebabkan negara-negara terbabit lumpuh dan tidak stabil sehingga ke hari ini,” katanya selepas majlis sumbangan Ramadan kepada masjid dan surau peringkat daerah di sini hari ini.

Menurut Mohd. Sharkar, serangan bertubi-tubi terhadap Perdana Menteri dilihat sebagai perancangan rapi dan agenda besar pihak tertentu bagi menjatuhkan pemimpin-pemimpin Islam seperti yang berlaku di beberapa negara Arab.

Katanya, umat Islam perlu memahami realiti itu dan bersatu padu mempertahankan negara supaya tidak termasuk ke dalam perangkap mereka yang boleh membawa negara ke kancah pergolakan.

“Di Malaysia, mereka mendapati antara cara untuk menjatuhkan pemimpin kita adalah dengan membuat serangan peribadi selepas pelbagai serangan dalam peringkat negara tidak berjaya,” ujar beliau.

Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, UMNO Pahang sentiasa memberi sokongan padu kepada Najib dalam berhadapan pelbagai serangan yang diterimanya pada masa ini.

Utusan



« (Previous News)
(Next News) »



4 Komen to Ada agenda lain di sebalik serangan terhadap PM

  1. Shah says:

    Mafia telah berjaya pecah belah kan PAS. Sekarang mereka ingin menjatuhkan pemimpin Melayu. Harap sama kita mempertahankan supaya Melayu tidak merempat di tanah sendiri

  2. Spy Bukit Gantang says:

    Toi tu Shah. Yg sedih nya banyak melayu dah termakan hasutan fitnah ni. Yg menjadi kacang lupakan kulit bila terasa diri dah gah sikit. Harta/kuasa tak leh bawa mati. Hanya amal/ibadat bekalan akhirat.

  3. musanghitam says:

    Agenda nak jahanamkan islam dan melayu sebagai majoriti penganutnya di Malaysia

Leave a Reply

Threesome