Menu Utama

67 Orang MP Pembangkang Nak Bincang Apa Esok?

azizah_bodo

MACAM-MACAM gila berlaku sekarang ini, dek kerana laporan sampah yang disiarkan Wall Street Journal kononnya Perdana Menteri songlap berbilion duit.  Menariknya dalam laporan tersebut, Perdana Menteri dilihat cukup bijak guna beberapa syarikat untuk pindahkan wang tapi akhirnya cukup bodoh dengan masukkan semua duit tersebut dalam akaun peribadinya sendiri?

Tak masuk akal.

Yang percaya hudud dan kononnya beriman kepada Tuhan pun anggap laporan itu betul dan mendesak perletakan jawatan Perdana Menteri.  Bukti tak payah nampak, percaya saja dokumen yang dikatakan itu ada – macam itulah bodohnya masing-masing.

Nasib baik ada Haron Din mengimbangkan keaadaan.

Tidak kurang mengambil kesempatan ialah parti-parti pembangkang yang dari tiga sudah tinggal dua.  Demi nak meningkatkan persepsi negatif lanjutan dari  laporan busuk itu, Azizah dan culai-culainya memanggil satu mesyuarat khas esok – demi negara kononnya.

Diberitakan juga, seorang mantan Perdana Menteri akan turut hadir tapi ini maklumat yang belum disahkan.

Persoalannya, apa yang 67 ahli parlimen pembangkang itu nak bincangkan esok dan apa keputusan yang boleh dicapai?  Selain jumlah yang sikit (tak sampai 1/3 pun dari  keseluruhan ahli parlimen), parlimen juga tidak bersidang kalaupun tujuannya kita percaya sebab nak adakan usul tidak percaya pada Perdana Menteri.

Ya, 67 sebab PAS (21 kerusi + DAP kalah Teluk Intan) dah dibuang dan diketepikan.

Menariknya disini, nampak bersungguh benar pembangkang nak ‘menghukum’ Najib dek satu laporan sampah ini pun.  Najib baru difitnah melesapkan USD 700juta (RM 2 billion lebih kurang), Tun Mahathir Mohamad pernah dituduh oleh editor akhbar yang sama melesapkan RM 100 billion pun pembangkang tak kecoh macam ini.

Ironinya lagi, jenis pembangkang ni mana percaya bukti, tak kira la sesaintifik mana, waima benih dijumpai 4cm dalam tempat yang tak sepatutnya. Tapi dalam hal ini, cukup dengan laporan busuk semata-mata dan gambarajah buat sendiri, masing-masing dah anggap betul semuanya.



« (Previous News)



Satu Komen to 67 Orang MP Pembangkang Nak Bincang Apa Esok?

  1. Younger But Wiser says:

    Pakatan yang memilih pendekatan munafik akan menjadi pilihan munafik dan musuh Islam jua..

Leave a Reply

Threesome