Menu Utama

Nasib Dua Menteri Besar Masih Samar, UMNO Kedah, Pahang dan Perak Bakal Dirombak?

Analisis

Dua orang Menteri Besar dan Tiga pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dijangka diganti bagi mengukuhkan saf kepimpinan parti menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Dua Menteri Besar yang dijangka ditukar ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Kedah) dan Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang). Pertukaran ini turut membabitkan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Di Kedah, tempat Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dijangka akan diambil oleh Timbalannya, Senator Datuk Ahmad Bashah Hanipah.

Ahmad Bashah yang menjadi ADUN sejak 1999 merupakan arkitek utama ketika merampas Kedah dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013. Namun jawatan Menteri Besar diberikan kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang diumumkan sebelum pilihan raya umum lagi bagi menarik sokongan sebahagian penduduk kedah yang begitu menghormati Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tidak mustahil Perdana Menteri mengekalkan Mukhriz sebagai Menteri Besar sungguhpun terdapat khabar angin bahawa Istana Kedah tiada masalah sekiranya Mukhriz digugurkan.

Sekiranya Mukhriz digugurkan, Mohd Najib dijangka melantik Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar yang baharu. Namun dua nama lagi yang mungkin menjadi calon mnegejut ialah ialah ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Haji Ahmad Zaini Zapar.

Sementara itu di Pahang, dua ADUN yang merupakan orang kepercayaan Perdana Menteri Mohd Najib Razak disebut-sebut sebagai Menteri Besar Pahang yang baharu.

Calon utama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin. Beliau merupakan ADUN

Seorang lagi calon Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri, Dato’ Haji Shahiruddin Bin Ab. Moin, ADUN Dong.

Shahirudin merupakan Ketua Bahagian UMNO yang pertama membatalkan jemputan ke atas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidddin Yassin untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian. Beliau membatalkan jemputan tersebut sebelum rombakan kabinet lagi.

Sementara Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dijangka diganti oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid dijangka mengambil alih Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak sebagai mengukuhkan UMNO Perak menghadapi pilihan raya Umum akan datang. Bagaimanapun Zambry dijangka kekal sebagai Menteri Besar Perak.

Mohd Najib perlu melakukan perubahan ini bagi memastikan jentera UMNO bergerak sepenuh hati membuat penerangan kepada rakyat. UMNO Tidak boleh berhadapan dengan situasi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri mengambil sikap tunggu dan lihat serta bekerja separuh hati untuk parti. – MYKMU.NET






40 Komen to Nasib Dua Menteri Besar Masih Samar, UMNO Kedah, Pahang dan Perak Bakal Dirombak?

  1. jongos says:

    ikut suka kamu lah najib…… sempat lah syiok sendiri sampai sebelum pilihanraya.

  2. jongos says:

    cantas cantas cantas….. lepas tu nanti editor2 mykmu ni dgn engkau2 tercantas….

  3. Tun says:

    Wowwww….dah mcm Hitler la skrg si Najib kalau benar la menda nie berlaku….

  4. jongos says:

    buat lawak pun ada juga editor2 di mykmu ni…. kesian pun ada…. orang sdg memikirkan apa yg Muhyudin cakap betul ke tak, tau tau edidor ni nk ajak semua orang berfikir siapa yang rakam vedio tu…. mungkin x cukup tidor kot. ha ha…….

  5. jongos says:

    kalau x sokong Najib x bolih di sini ka ?

  6. Hadi says:

    Harap Najib teruskan momentum ni…

  7. Abu Bakar says:

    Tengoklah, siapa jadi pecacai akan dapat jawatan, siapa yang jujur akan dikenakan bermacam tindakan.

    Macam cerita Tiga Abdul, “cakap pasal hospital terus harta kena potong”.

    Sekarang ni “cakap pasal 1MDB, kena pecat, kena macam-macam sekatan, tapi kalau bodek Najib terus dilantik jawat macam-macam jawatan”.

    Kononnya Bashah arkitek rampas Kedah dari PAS konon, tengok undi Datuk Seri Mukhriz sudahlah, dalam PRU 12, di Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz menang di Parlimen Jerlun dengan majoriti 2205 undi, tetapi di peringkat DUN Ayer Hitam yang ditandingi oleh Datuk Othman Aziz pula BN kalah sebanyak 506 majoriti undi, manakala di DUN Seputeh yang ditandingi oleh Datuk Hasan Sarif menang dengan 495 undi. Kalau ikut kiraan undi peringkat DUN, maka Barisan Nasional sepatutnya kalah di Parlimen Jerlun dengan 11 undi, tetapi Barisan Nasional menang di Parlimen Jerlun dengan majoriti 2205 undi, ini bermakna kepimpinan Datuk Seri Mukhriz diterima oleh para pengundi di Jerlun.

    Malahan dalam PRU 13 pula, Datuk Seri Mukhriz telah berjaya menewaskan calon PAS iaitu Abdul Ghani Ahmad yang sebelum ini ADUN Ayer Hitam dengan majoriti yang besar iaitu 2,446 undi. Malahan DUN Kota Seputeh yang ditandingi oleh Datuk Hasan juga dapat dikekalan oleh Barisan Nasional dengan majoriti lebih besar iaitu 2,238, manakala di Parlimen Jerlun pula dipertahankan melalui Datuk Othman Aziz dengan majoriti 3,270 undi.

    Berdasarkan data di atas, aura Datuk Seri Mukhriz adalah antara punca Barisan Nasional menguasai semula Kedah dalam PRU 13 yang lalu.

    Harapnya blogger MYKMU.net bila nak buat artikel tu, tak payahlah hentam keromo tak tentu hala ye, cari maklumat terlebih dahulu.

  8. […] portal pro-UMNO, myKMU dua menteri besar yang bakal digugurkan itu Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Kedah) dan Datuk Seri […]

  9. Abu Bakar says:

    Najib dah jadi macam diktator komunis, macam Kim Jong Un, siapa yang tak ikut perintah Najib walaupun perintah itu salah akan ditindas dengan berbagai penindasan.

    Dalam ucapan Najib semasa mula-mula menjawat jawatan Perdana Menteri, “Zaman kerajaan serba tahu telah berakhir” tapi kini dah jadi ‘Zaman Hanya Najib Yang Tahu Semuanya Sahaja, awas kepada penentang, anda semua akan dikenakan bermacam sekatan, tindakan kejam, kerana di Malaysia hanya Najib yang ‘paling pandai’.

  10. Anak_Nogori says:

    Muhris dan TUN pun dah cakap kan…tu hak Perdana Menteri kan.

  11. Spy Bukit Gantang says:

    UMNO adalah berpasukan. Kalu tak leh follow ketua cacamarba jadi nya. Any good leader will make that decision.

  12. Tun says:

    Anak_Nogori July 31st, 2015 at 10:00 PM…btol la ckp ko tu…hak PM tetapi hak yg telah disalahgunakan…

  13. Abu Bakar says:

    Najib, tak payahlah nak pecat orang itu dan orang ini dengan alas an bodo tak tentu hala.

    Patutnya Najib letak jawatan dan ditangkap serta dilokapkan bersama-sama Rosmah di Bukit Aman kerana Najib adalah suspek jenayah kes penyelewengan 1MDB, kes RM 2.63 billion di dalam akaun Najib, serta kes RM 2 juta dalam akaun Rosmah.

    Pelik juga saya, Ketua Polis Negara Penipu si Khalid Abu Bakar ni buta perut tahap apa pun tak tahulah, sibuk tangkap dan siasat orang yang dedahkan pasal penyelewengan 1MDB, tapi penyamun sebenar dibiarkan bebas dan menyalahgunakan kuasanya untuk menggangu siasatan pula.

    Kepada Khalid Abu Bakar, pakaian seragam Sang Saka Biru tu elok kau bakar sahajalah, kau pakai pakaian penyamun sahajalah, kau bersubahat dengan penyamun yang mengkhianati negara ini, kau pun adalah pengkhianat negara sebenarnya

    Sedarlah.

  14. Abu Bakar says:

    Anak Negori, memang dari segi bidang kuasa hak Perdana Menteri, tapi Perdana Menteri tu kena ingat, Negara ini bukannya hak peribadinya sekeluarga, milik rakyat, dia dapat naik jadi Perdana Menteri pun kerana undi dari rakyat juga, bukannya dia tiba-tiba dapat terus jadi Perdana Menteri.

    Lagi satu, pesan dekat Mentori Bosar Negori Sombilan tu, kalau sibuk nak menyokong penyamun, elok dia letak jawatan sahajalah, pergi sertai kumpulan penyamun yang diketuai oleh Najib itu.

    Malahan suruh Mentori Bosar Negori Sombilan tu supaya pesan ke Najib, rakyat undi dia bukannya nak suruh dia jadi penyamun yang mencuri harta Negara, kalau dia nak jadi penyamun harta Negara, jangan jadi Perdano Mentori, letak jawatan dan jadilah ketua penyamun.

    Sedarlah.

  15. Abu Bakar says:

    Spy Bukit Gantang, kalau ketua pun penyamun, menyeleweng, tak guna, takkan nak ikut juga? Macam sebuah bas, pemimpin sebagai pemandu, kalau pemandu pun gila memandu secara melulu, perlu ditegur supaya memandu secara berhemah, hanya yang bodo sahaja yang akan menyokong pemandu tu pandu bas secara melulu hingga mampus semuanya akibat kemalangan.

    Taraf komen juak Najib memang tak ada kualiti, kononnya nak buat reverse psychology, tapi menjadi bengong yang perlu dirujuk kepada pakar psikologi pula.

  16. System baru says:

    Adnan Yaakob (Pahang).memang patut di tukar sebab mebabit kes dua kali tanah Camenron runtuh Dipahang tak tindakan diambil dah terang2 untuk berhentikan dan tukar

  17. System baru says:

    Surat pindah wang akaun rosmah pun palsu siapa nak percaya abu ya, sekian terima kasih boleh pulak itu tambah A pada nombor ic itu, abu ya

  18. Abu Bakar says:

    Rosmah sendiri melalui peguamnya mengaku bahawa nombor akaun itu adalah akaunnya. Malahan Rosmah pun macam Najib pula, tak menafikan RM 2 juta di dalam akaunnya itu, tapi siap boleh beri arahan kepada Bank Negara supaya menyiasat dan mencari pihak yang mendedahkan perkara ini dalam tempoh 72 jam, besar betul kuasa Rosmah, siap boleh beri arahan kepada Bank Negara lagi.

    Pasal IC tu tak payahlah nak kelentong, memang IC Rosmah, semak dalam daftar pemilih, lokaliti Kampung Mengkasar, DUN Peramu Jaya, Parlimen Pekan.

    Tak payah nak putar belit lagilah, isunya adalah Rosmah sendiri tak berani nafikan RM 2 juta itu pernah masuk dalam akaunnya, melibatkan beberapa transaksi antara RM 150,000.00 hingga RM 300,000.00 ke dalam akaunnya itu.

  19. Anak_Nogori says:

    Kalau dah sedar memang hak perdana menteri…nak kasi alasan mendenya lagi…dah hak kan..hak mutlak plak tu..

    ingat ni kes konspirasi ke macam ketum pernah buat..

    Tu kuasa PM…masuk court pun tak jalan tauuu..

  20. Abu Bakar says:

    Hak Perdano Mentori pun bukannya hak mutlak, perlu ikut undang-undang dan kepentingan negara, bukannya hanya berdasarkan kepentingan peribadi Najib semata-mata.

    Perlu diingat, Najib naik jadi Perdana Menteri adalah sebab diundi oleh rakyat, rakyat undi Najib bukannya untuk mempergunakan kuasa demi nafsu serakah peribadi, tapi untuk kepentingan negara, kalau nak jadi penyamun harta negara, elok bebonar Mentori Bosar Negori Sombilan cakap pada Najib, kalau nak menyamun harta negara, tak guna jawat jawatan Perdano Mentori, lebih baik letak jawatan jadi penyamun sahajalah.

    Isu di sini adalah skandal jenayah melibatkan 1MDB serta RM 2.63 bilion itu adalah melibatkan Najib, tapi apahal Najib tak letak jawatan berhubung skandal jenayahnya itu tapi tak pasal-pasal Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal pula yang dijadikan mangsa, dipecat secara zalim, sedangkan mereka tak ada apa-apa skandal jenayah, malah tak terlibat pun dengan 1MDB dan isu RM 2.63 bilion itu, jadi apakah rasionalnya Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal dipecat atas masalah skandal jenayah Najib pula?

    Sila beri penjelasan, bukannya merapu tak tentu hala.

  21. System baru says:

    sekarang aku dah nampak kebenaranya abu ya ini RBA, siapa mesti terpaya termasuk bujur itu dia ini golangan ghb macam aku tak tahu betul abu ya

  22. System baru says:

    abu ya besok akaun keluarkan wang kau tulis di borong tambah A dalam nombor ic Abu ya, alamat tak keluar wang kau itu, macam serawak repot buat tambah A dalan nombor ic itu, nampak RBA sangat kau nak menyamar jadi umno itu ia abu ya

  23. System baru says:

    Menyamar je jadi ahli umno itu abu ya bin RBA kita orang tahu perangai RBA itu

  24. Tun says:

    System baruA July 31st, 2015 at 11:50 PM….tu je la modal ko…siapa2 yg tak sebulu dgn ko akan dianggap RBA…GHB…yg ko tu sapa sebenarnya? Ahli UMNO sudah pasti bukan…pendukung CASH IS KING mmg confirm…Aku baca setiap hujah2 ko dan aku baca hujah2 balas saudara Abu Bakar mmg nampak sgt daripada mana busuk hati ko tu dtg. Ko boleh membenci Tun M sampai ko mati….no hal…takde jadi kudis pon…cuma jgn lupa perturunkan cerita rakyat ko tu sampai ke anak cucu.

    Anak_Nogori July 31st, 2015 at 10:41 PM…ko pon sama…aku suggest ko pon start buat cerita rakyat pada semua anak cucu ko berdasarkan formula di bawah:

    Tun M=Musuh Islam+Musuh UMNO+Musuh org2 melayu=Pengkhianat=Satu2 nya Dajal di Malaysia yg perlu dikutuk sampai akhir hayat

    Same goes mana2 puak CASH IS KING yg beriya2 melakonkan watak pembela melayu ala “hidup melayu”+”mr clean”+”Pertahankan Islam”+”demi melayu”+”demi UMNO” dlm forum MYKMU nie termasuk la tuan punya blog nie…jgn lupa cium keris sekali sebab itu adalah lambang keagungan perjuangan melayu.

    Utk saudara Abu Bakar dan pembela2 sebenar UMNO…teruskan perjuangan…

  25. System baru says:

    abu ya bukan kah anwar dan dinasti lim pengamal nepotism utara, abu ya cuba tuduh najib ikut korean utara, sudah abu ya anwar dan keluarga lim itu pengalam nepotism utara dari ideologi korean utara itu jangan malu abu ya

  26. System baru says:

    Aku dah masih macai tun bin abu ya dan macai RBA itu, abu ya kita orang

  27. Tun says:

    System baru August 1st, 2015 at 12:45 AM…hehehehe…apa la ko dah mengarut2 nie…? Abu ya..abu ya…tak sudah2…RBA…woi…topik skrg Najib laa…bagaimana Najib aka the cash king is buying UMNO souls with 1MDB money….so kita mau the cash king to show us the moneeyyy!!!

  28. Tun says:

    System baruA August 1st, 2015 at 12:47 AM….kt malaysia dah malam eh? Ko dok minum ketum ke semata2 nak komen abu ya abu ya RBA tgh2 malam buta nie? Hehehehe…

  29. rockers says:

    kahkah…sistem baruA ni dulu suka merempet agaknye.lps tu join putera umno.

  30. System baru says:

    Lupa jangan angkoh ia abu ya tampa sokong jentera parti Mukhriz boleh menang, lihat je pada 80an dulu berlaku di johor baru calon bebas boleh menang dengan lawan dengan calon bn. Aura tak guna jika tak ada sokongan gentera kempin umno.

  31. Tun says:

    rockers August 1st, 2015 at 1:16 AM…System baruA dah mengaku dia bukan ahli UMNO pon…tak tau la mat rempit sesat mana kt mykmu nie..aku suspect dia ex-al arqam sebab tak sudah2 abu ya abu ya daripada tadi…takpon RBA….yg pasti dia bukan ahli UMNO…cuma pelik laa mamat tu terlebih2 nak bela najib…dan konon mcm pembela UMNO tulen ler sampai sapa2 yg tak sebulu dikira RBA aka PR…

  32. Tun says:

    System baruA August 1st, 2015 at 1:19 AM…..yaa habibi ya abuya…CASH IS KING brader…skrg nie tak payah aura2…bagi je $$$$ mana2 beruk pon akan pangkah ko..Tun M pon pernah kalah ditempatnya sendiri kerana menda yg sama masa zaman Tun Dol.

  33. Abu Bakar says:

    Kerana masalah peribadi Najib dan kuncu-kuncu, kerana skandal jenayah Najib yang diheret oleh Najib dan kuncu-kuncu ke dalam UMNO, maka berlaku perpecahan dan kerosakan di dalam UMNO.

    Sebelum ini tak pasal-pasal kerana nak selindungkan skandal jenayah Najib dan kuncu-kuncu yang telah diheret ke dalam UMNO hingga imej UMNO menjadi rosak di peringkat akar umbi rakyat dan ahli akar umbi UMNO sendiri, maka Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal pula yang dipecat dari jawatan kabinet sedangkan mereka tak ada buat salah apa-apa pun, Najib dan kuncu-kuncu ada skandal jenayah, tapi Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie pula yang dijadikan mangsa.

    Sekarang ini pun dah ada ura-ura beberapa Menteri Besar yang akan disingkirkan kerana mereka tak mau jadi pecacai Najib yang telah menyeret masalah peribadi skandal jenayah dia dan kuncu-kuncunya di mana Menteri Besar-Menteri Besar berkenaan akan disingkirkan dan digantikan dengan tukang ampu Najib pula. Harapnya ini hanyalah spekulasi sahajalah, harapnya tak berlakulah perkara ini, tapi kalau berlaku juga perkara sebegini, Najib memang membawa malapetaka kepada UMNO, sudahlah masalah skandal jenayah dia dan kuncu-kuncunya diheret ke dalam UMNO, lepas tu heret UMNO untuk turut terpalit dengan skandal jenayahnya itu, kemudian gunakan UMNO untuk singkirkan pihak-pihak yang tak mau menjadi balaci yang bersekongkol melindunginya itu pula.

    Sekarang ini dalam bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara sendiri dah berlaku sindrom pengampu dan pembodek Najib untuk mendapatkan habuan sebagaimana para pembodek yang membela dan melindungi skandal jenayah Najib sebelum ini yang mana dalam rombakan kabinet baru-baru ini mereka yang pengampu dan pembodek bertaraf pecacai itu diberikan jawatan menteri dan timbalan menteri, sedangkan ahli jemaah kabinet yang senior seperti Tan Sri Muhyiddin yang sebelum ini Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran serta Datuk Seri Shafie Apdal yang sebelum ini merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dipecat dari jawatan masing-masing.

    Kini sudah ada tiga bahagian yang sudah dijangkiti sindrom pembodek dan pengampu, mereka lebih rela membodek dan mengampu daripada mencari kebenaran. Bahagian yang pertama adalah Raub, jemputan kepada Tan Sri Muhyiddin untuk merasmikan mesyuarat bahagian itu telah dibatalkan, biasalah di negeri Najib, tentunya mereka akan membodek Najib, dengar khabarnya Ketua Bahagian Raub adalah antara calon untuk dijadikan Menteri Besar Pahang yang baharu selain seorang calon lagi iaitu Datuk Sharkar ADUN Lancang / Ketua UMNO Bahagian Temerloh yang turut diura-urakan untuk dijadikan Menteri Besar kerana Menteri Besar sekarang ini Datuk Seri DiRaja Adnan Yaakob akan disingkirkan, mungkin sebab tidak mau jadi balaci Najib juga kot.

    Kemudian bahagian yang kedua adalah Bahagian Sungai Besar, Selangor, Ketua Bahagian Datuk Jamal Mat Yunos, tauke Restoran Ikan Bakar Sekinchan adalah antara sekutu dan kuncu tegar Najib pun turut membatalkan jemputan yang dibuat kepada Tan Sri Muhyiddin untuk merasmikan mesyuarat UMNO bahagian itu.

    Kemudian bahagian yang ketiga setakat ini adalah Bahagian Tanjong Malim yang diketuai oleh Datuk Khusairi bin Abu Talib, dia membatalkan jemputan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir yang sebelum ini dijemput untuk merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Tanjong Malim kerana disebabkan Datuk Seri Haji Mukhriz hadir ke rumah Tan Sri Muhyiddin dan mereka mengesyaki Datuk Seri Haji Mukhriz adalah penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin, biasalah Bahagian Tanjong Malim adalah dalam negeri Timbalan Perdana Menteri yang baharu iaitu Zahid Hamidi, nak bodek Zahid dan Najiblah.

    Malahan di Johor pun ada dah penentangan dari Ketua UMNO Bahagian Pengerang Datuk Azalina Othman Said, dia sepakat dengan kuncu-kuncu Najib supaya Tan Sri Muhyiddin tak dijemput, manakalah kalau dah buat jemputan maka perlu dibatalkan dari merasmikan mesyuarat UMNO di bahagian-bahagian, kerana baru lepas dapat habuan jadi Timbalan Menteri Pelancongan, nak jaga jawatan punya pasal.

    Lihatlah Datuk Seri / Datin Seri / Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Datin / tuan-tuan / puan-puan / cik sekalian, kerana masalah masalah peribadi skandal jenayah Najib dan kuncu-kuncu diheret ke dalam UMNO untuk diselindungkan, maka UMNO jadi huru hara.

    Sebabnya Najib hingga kini tak menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku, berlaku bermacam-macam andaian di luar sana, UMNO berpecah belah kerana Najib, tapi dia masih tak sedar diri dan terus dengan cara lahanatnya itu kerana bagi Najib dan kuncu-kuncu, keutamaan adalah mempergunakan UMNO dan Barisan Nasional bagi menyorokkan segala skandal jenayah mereka walaupun rakyat dah mula hidu bau busuk dari skandal jenayah Najib dan kuncup-kuncunya inia makin membusuk di dalam UMNO dan Barisan Nasional.

    Najib lebih mementingkan diri sendiri berbanding parti, kerana masalah peribadi skandal jenayahnya itu, maka parti jadi huru hara. Ditambah lagi pula dengan para pengampu, pembodek yang hanya mau menangguk di air keruh dengan harapan diberikan habuan samada jawatan menteri, timbalan menteri, atau pengarah itu dan ini, atau habuan projek atau habuan wang ringgit, maka makin menambahkan lagi rosak di dalam UMNO dan Barisan Nasional selama ini.

    Isunya kini hanya kerana Najib mendiamkan diri, tak ambil tindakan undang-undang atau membuat Pengkuan Berkaunan terhadap segala dakwaan terhadapanya yang didakwa menyeleweng di dalam 1MDB serta isu USD 700 juga bersamaan RM 2.63 billion yang didakwa dimasukkan ke akaunnya yang mana akaunnya itu dibuka hanya beberapa bulan sahaja, dibuka beberapa bulan sebelum PRU 13, dan ditutup beberapa bulan selepas PRU 13, hingga kini Najib tak memberikan penjelasan apakah dia pernah buka dua buah akaun itu dan apakah duit USD 700 juta dollar bersamaan RM 2.63 billion itu pernah masukkan ke akaunnya, semunya huru hara kerana Najib membiarkan perkara ini tergantung begitu sahaja, mungkin ini yang Najib hendak, supaya dia punya lebih panjang masa untuk buat penyelewengan yang seterusnya bagi menutup penyelewengan yang sebelum ini sedangkan dia tahu penyelewengan tak boleh ditutup dengna penyelewengan, kerana akan terbongkar jua dan menjadi lebih teruk selepas itu.

    Sedarlah semua.

  34. System baru says:

    Bukti tak ada, abu ya hanya bergantung pada macai orang putih sekian terima kasih

  35. Tun says:

    System baruA August 1st, 2015 at 2:04 AM…Yaa System baruA yaa abuya….1MDB masalah Najib..bukan UMNO..bukti berlambak2 di tangan special force yg skrg ada yg ditendang….ada yg sakit…PAC dah mcm tempang sbb ex-member sudah kena jual..Najib mau kata apa sampai TPM pon dia sanggup tendang. Ko mmg buta hati sbb sakit dlm hati yg kronik kepada Tun M smpai apa yg Najib+juak2 cash is king dia cakap ko telan. Saluran2 rasmi kerajaan dah byk disalahgunakan semata2 nak tutup pekung. Org putih kata apa ka….org hitam kata apa ka…natijah drp bahana “magic” si Najib nie menyebabkan satu dunia dah nampak true colors of our so-called honorable MP nie…kalau kepala dah endorsed big scale money laundering tanpa apa2 halangan politically…maka negara ini secara official diletakkan antara top 10 negara paling byk rasuah di Asia. Tak tau la ko terasa malu ke dok…negara model Islam jadi negara rasuah.

    Pastu Najib pegi heret satu Malaysia ala 1Malaysia dlm lubang yg dia sendiri korek. Ingat off-budget ingat Najib…means…satu kabinet hatta TPM pon tak tau sampai la tetiba nampak lubang besar kat depan mata. Hikmah disebalik peristiwa malang ini ialah kita dapat lihat gelagat2 MP nie…yg jadi barua pon ada..yg dok senyap pon ada…yg btol2 berani pon ada…apa2 pon CASH IS KING…

  36. cecibo says:

    kalo baca tone artikel nie mmg penulis nk sgt2 si mukhriz diturunkan

  37. dkds says:

    Jika ianya membantu memperbaiki lagi kerja parti..maka sudah wajib dilakukan perubahan ini

  38. anak felda says:

    hujah balas pro najib ni bengong semacam jer….ibarat antara anak murid dgn pengetua…kalau tak tau berhujah,ontok ontok sudah la woiii…kpd abubakar ,tun omega dan yg lain…teruskan hujah2 anda…trringat piala dunia antara jerman dgn brazil…kekekekeke…lombik…takk melawan….samolah pro najib ni….,

  39. tenukajaib says:

    cantas! cantas! cantas! marah sekumpulan beruk yang ketakutan akibat semua perancangan tak menjadi, ketua beruk yg sudah tua kini melarikan diri dan pura2 nyanyuk seperti biasa

  40. Tun says:

    tenukajaib August 1st, 2015 at 10:46 PM…satu je komen…ko mmg tenuk.

Leave a Reply