Menu Utama

30 Peniaga Low Yatt Disiasat Polis, 4 ditahan bawah Akta Hasutan

lowyatt-riotPolis dilaporkan menahan hampir 30 orang peniaga Plaza Low Yatt sebagai sebahagian siasatan terhadap insiden pergaduhan Sabtu dan Ahad lalu dakwa Ketua Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bukit Bintang, See Foo Hong kepada portal berita Malaysiakini.com

Sementara itu, pemilik kedai telefon bimbit yang dikenali sebagai Tim Chon berkata anggota polis berpakaian biasa mengambil beliau dan sembilan pekerjanya untuk soal siasat. Mereka hanya dibebaskan jam lima petang semalam.

Jurucakap Polis Daerah Dang Wangi dilaporkan mengesahkan bahawa empat orang peniaga ditahan di bawah Seksyen 147 dan 427, Kanun Keseksaan kerana mencetuskan huru hara dan kerosakan.

“Empat individu yang bekerja sebagai jurujual telefon bimbit berusia antara 19 dan 29 tahun turut ditahan di plaza berkenaan pada 4 petang tadi. Keempat-empat suspek terlibat dalam rusuhan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata terdapat enam suspek yang ditahan berumur antara 19 dan 43 tahun.

“Pada 11.30 pagi tadi, seorang lelaki berusia 43 tahun, ditahan kerana dipercayai terlibat dalam menyampaikan ucapan yang berbaur hasutan di hadapan Plaza Low Yat pada Ahad lepas.

“Ini boleh menimbulkan isu perkauman dan ketenteraman awam yang berbilang kaum di negara ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainuddin berkata lelaki itu akan ditahan reman esok di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

“Seorang konstabel Polis Bantuan Felda berusia 22 tahun ditahan pada 1 tengah hari tadi di Jalan Persiaran KLCC dan akan direman selama tiga hari bermula hari ini.

Beliau berkata daripada 25 jumlah keseluruhan, masing-masing seorang terlibat dalam kes mencuri dan hasutan manakala 23 lagi terlibat dalam kes rusuhan di plaza itu, Ahad lepas.

Sebelum ini Polis telah menahan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom, bagi membantu siasatan berhubung kekecohan di Plaza Low Yat.

Dia yang lebih dikenali sebagai “Ali Tinju” ditahan kerana didakwa membuat ucapan bersentimen perkauman di luar plaza itu pada malam Ahad lalu.

Turut sama ditahan individu yang disyaki jurublog Papagomo. Difahamkan papagomo ditahan malam tadi dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi setelah gagal memberi respon kepada permintaan polis untuk menyerah diri.






9 Komen to 30 Peniaga Low Yatt Disiasat Polis, 4 ditahan bawah Akta Hasutan

  1. Tahniah PDRM teruskan siasatan.

  2. sman says:

    Banyak pihak yg perlu kena berhati hati dalam tindakan dan tutur kata mereka selepas ini ,jika mengambil pengajaran dari insiden ini.Parti politik,NGO dan para peniaga kena bersikap jujur selepas ini,jangan hanya mementingkan objektif mereka.Kuasa,kebebasan melampau dan keuntungan yg berlebihan yg mereke idamkan,bukan segala-galanya,jadi jangan nanti ianya menjadi sebab utk negara huru hara.Mereka yg saya maksudkan ialah Pati politik yg baru mengecap kuasa dan mula menjadi tamak untuk berkuasa,NGO yg memperjuangkan liberalisma berlebihan dgn tidak mengira sesitiviti rakyat mejoriti dan gulungan peniaga yg kita sudah tahu siapa mereka.

  3. semangat dato' haron says:

    Kita supportlah ekonomi sesama ummah. Ini x, dari dulu sampai skrg org kita asyik support ekonomi bangsa ni. Itu yg menyebabkan mereka bongkak dan sombong. Dulu slps PRU13 bkn main blog2 UMNO berkempen boikot barang mereka, skrg senyap je. Memang org melayu ni cepat panas dan cepat sejuk. Kukuhkan jati diri melayu alhamdulillah org melayu akan jd lebih kuat dan berjaya. Kejadian ini memberi kesan besar pd generasi muda melayu yg akan membentuk gelombang politik baru pd negara pd masa akan dtg. Terima kasih pd media sosial yg telah menyebabkan isu ini terjadi.

  4. semangat dato' haron says:

    Kalau pemimpin kerajaan dan pembangkang serius ingin mengatasi masalah hubungan kaum secara total, sistem sekolah satu aliran berteraskan sejarah warisan Malaysia harus dilaksanakan. Jika x, isu2 ini akan terus menghantui negara ini.

  5. Pikir la sikit says:

    Bagaimana dengan ucapan & blog berbau hasutan yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan? Bebas menghasut & kebal jika berbahasa mandarin?

  6. cina malaysia says:

    semangat dato’ haron jgnlah rasis sgt!sek satu aliran hanya sesuai utk kaum awak saja!

  7. System baru says:

    sjc sesuai utk kaum apek je, apek resis tak pulak orang melayu Bising, itu apek dap sekarang berperangai macam yahudi belindung di sebalik perkataan anti simatik, apek dap di malaysia berselindung di sebalik perkataan resis,

    Apek dap suka cakap resis untuk minta simpati Dunia
    Yahudi suka cakap anti sematik untuk minta simpati dunia
    Macam ada persamaan je dua2 kaum apek dap dan kaum yahudi je

  8. Semangat Ramadhan says:

    MELAYU BERHAK JADI RACIST KERANA MELAYU ADALAH PENEROKA ASAL DISINI. SEDANGKAN KAUM LAIN SUDAH MEMILIKI TEMNPAT ASAL MASING2 DAN MEREKA DATANG KEMUDIAN, SEMUA ORANG TAHU.

    SEDANGKAN ORANG AMERIKA BERSIKAP RACIST TERHADAP KAUM KULIT HITAM SEDANGKAN SEJARAH PENEROKAAN MEREKA TIDAK SAMA DENGAN KITA TETAPI BERBEZA.

    ORANG MELAYU BANGSA YANG BAIK DAN LEMBUT HATI. TIDAK KHIANAT TIDAk SUKA BERGADUH. TETAPI orang Melayu pantang kena cabar, selera untuk bergaduh akan segera ambil alih sifat lembut hati dan baik mereka.

Leave a Reply

Threesome