Menu Utama

1MDB : WSJ Dan Fitnah Pembohongan Yang Tersusun

Penipuan yang tersusun dengan mudah dapat mengalahkan kebenaran. Walaubagaimanapun sekiranya fitnah tersebut terbongkar maka dengan sendirinya kredibiliti mereka akan dipertikaikan.

Namun berlainan pula dengan kes Wall Street Journal yang telah beberapa kali telah  dibuktikan sebagai penyebar fitnah yang mengakibatkan banyak kerosakan dalam dunia. Ini berikutan dengan tindakan Mahathir dan pembangkang yang masih berterusan menggunakan sumber-sumber yang dikeluarkan oleh WSJ sebagai asas untuk menuduh bahawa kononnya wujud salahlaku dalam 1MDB.

Ironinya pula, sebahagian penyokong Mahathir yang taksub membabi buta terhadap beliau membuat keputusan ‘bodoh’ untuk menelan bulat-bulat segala dakwaan fitnah Mahathir tersebut.

Penulis ingin mengulas satu isu fitnah yang dikeluarkan oleh WSJ dan cara mereka beroperasi dengan cukup tersusun demi memastikan penipuan dan rekaan cerita mereka diterima bulat-bulat oleh mereka yang berkepentingan.

Penipuan tersebut dilakukan melalui perancangan yang rapi. Penulis ingin mengimbas kisah Johnson Cullen. Pihak FBI telah membawa beliau dari Caribbean untuk diserah kepada Kanada. Cullen bersama isterinya telah melarikan diri dari polis Amerika Syarikat dan Kanada. Beliau mendakwa boleh ‘hack’ akaun bank sedangkan hakikat sebenarnya Cullen telah memalsukan akaun tersebut dan menjualnya.

Setelah pihak berkuasa AS menangkap dan merampas komputer beliau, segala Surat-Menyurat antara beliau dan Clare Rewcastle-Brown telah dibocorkan di laman web. Namun begitu Clare cuba menafikan dengan menyalahkan “tangan ghaib” di Malaysia pula. Secara tidak langsung, beliau seolah-olah mengambarkan bahawa dokumen tersebut adalah asli.

Surat-menyurat antara Cullen Johnson dan Rewcastle Brown menunjukkan bahawa mereka cuba untuk mendapatkan beliau Shahnaz Abdul Majid untuk mengupah mereka.

Shahnaz Abdul Majid telah berbohong kepada Mahkamah Syariah dalam kes perceraian dengan mendakwa bahawa beliau tahu dokumen-dokumen tersebut adalah benar sedangkan beliau telah berpisah dengan suami lebih daripada sepuluh tahun.

Peguam beliau telah memujuk beliau untuk menggunakan khidmat Johnson Cullen. Sebaik sahaja bahan palsu Johnson Cullen disebutkan di Mahkamah, maka Clare Rewcastle pun muncul dan menyokong bukti palsu tersebut. Setelah itu, Clare Rewcastle dan Bruno Manser Fund menyebarkannya ke seluruh dunia.

Hebat sungguh penipuan tiga serangkai ini. Dengan membuat bukti palsu untuk satu kes mahkamah dan menyebarkannya di laman web membuatkan kita mempersoalkan integriti, niat dan kekangan kepada fakta-fakta yang ditunjukkan oleh orang-orang yang yang cuba menganiaya keluarga Taib Mahmud sebagai berniat jahat.

Ia merupakan satu penipuan yang hebat dari Sarawak Report. Dalam keadaan mereka tidak mempunyai sebarang bukti-bukti kekayaan luar pesisir, mereka dengan beraninya mengambil alih mahkamah di Malaysia, dengan mengesahkan bukti palsu tersebut.

Oleh itu, kita bertanggungjawab untuk meragui segala maklumat yang disiarkan oleh Wall Street Journal ini memandangkan sudah terlalu banyak penipuan dan pembohongan yang telah dicipta oleh mereka.

Dan untuk makluman, menurut sumber dalaman kami pihak Polis Thailand telah mendapat pengesahan dari ‘Director of International Cooperation’ Polis Singapura bahawa wujud pertemuan sulit antara Xavier Justo, Tony Pua, Tong Kooi Ong, Ho Kay Tat dan Claire Brown di hotel Fullerton, Singapura.

Menurut sumber kami lagi, Polis Thailand mengakui bahawa mereka semua terlibat dalam jenayah mencuri, memalsu dan mengubah suaikan dokumen PetroSaudi. Kami menunggu pihak berkuasa polis Thailand membuat kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

Pembohong dan penipu sememangnya sering ketagih dalam perbuatan mereka sendiri sehinggakan mereka percaya pada pembohongan tersebut juga. Dengan kata lain, memang cukup tidak berbaloi Mahathir menggunakan WSJ sebagai sumber.



« (Previous News)



2 Komen to 1MDB : WSJ Dan Fitnah Pembohongan Yang Tersusun

  1. geekpuk2 says:

    Yang dah confirm betul ialah akauan Rosmah sebab peguam dia sendiri dah mengaku

    Yang firnah ialah hutang 1MDB 42,000,000,000,000.00 dengan bayaran faedah hutang sebulan sebanyak RM 200,000,000.00. Ini satu konspirasi Yahudi. Alhamdulillah, kita dengan bijak guna khidmat Goldman Sachs untuk jual bon.

  2. ToraTora says:

    Seronok betul bila baca Tony Phuaka terbabit..harap2 berita ni betullah, bukan diceduk selamba dari WSJ

Leave a Reply