Menu Utama

1MDB: Tony Pua perlu dikecuali terlibat dalam siasatan PAC

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua perlu dikecualikan daripada terlibat dalam siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, langkah itu bagi memastikan kredibiliti PAC tidak dipertikai berikutan terdapat dakwaan Setiausaha Publisiti DAP itu bertemu dengan bekas Eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo di Singapura.

“Saya awal-awal lagi telah mencadangkan kepada Tony untuk kecualikan dirinya. Saya guna bahasa yang berlapik, saya nampak macam dia tahu begitu banyak tentang soal dan masalah 1MDB.

“Dakwaan terhadap Tony ini melibatkan integriti PAC sebagai jawatankuasa penting dalam Parlimen yang diberi kedudukan istimewa dalam Perlembagaan,” katanya kepada pemberita dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen di sini hari ini.

Dalam satu laporan sebelum ini, bekas pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi memberitahu, beliau telah berjumpa Justo di London yang mengakui telah menemui beberapa pemimpin pembangkang dari negara ini yang ingin membeli maklumat untuk memburukkan kerajaan ber­kaitan 1MDB.

Shahrir dalam pada itu mempertikaikan sikap Tony yang masih berdolak-dalik untuk membuat pengakuan sama ada beliau menemui Justo atau tidak seperti yang didakwa.

Katanya, Tony perlu menyatakan pendiriannya sebagaimana beliau secara terbuka mengaku bertemu Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.

“Kalau saya yang jumpa Justo, saya akan cakap, saya akan mengaku. Seperti saya pergi jumpa Arul. Orang kata Pengerusi BNBBC pergi jumpa Arul, apa pula konspirasinya?

“Kalau Ahli Parlimen pembang­kang berjumpa dengan seseorang yang mempunyai maklumat tentang kerajaan dan pemerintah, cakaplah, apa salahnya? Memang kerja pembangkang mencari keburukan kerajaan,” ujarnya.

Utusan






4 Komen to 1MDB: Tony Pua perlu dikecuali terlibat dalam siasatan PAC

  1. rockers says:

    semua dlm pac tu patut ditukar dgn orang yg tiada kepentingan parti polirtik masing2.bkn tony pua saje.leave it to the profesional.

  2. anon says:

    Pasukan penyisat wajib berkecuali

    Atas logik yang sama, orang disiasat patut direhatkan semasa siasatan berjalan. Semua ahli Task Force lapor kepada orang yang sama samada Perdana menteri, Menteri Kewangan atau Pengerusi lembaga Penasihat 1MDB

    Harap Ketua bahagian UMNO desak PM berehat seketika semasa siastaan. UMNO tak lingkup punya bila Najib tiada.

    The party is bigger than any one man, even the President.

  3. WTF says:

    Patut dah lama dah Tony Pua perlu dikecualikan daripada terlibat dalam siasatan PAC terhadap 1MDB.

    Jangan bersikap lembik lagi terhadap bebudak DAP ni, sebab depa dalam DAP akan lihat sikap lembik ini adalah satu kelemahan kerajaan Malaysia.

Leave a Reply