Menu Utama

1MDB: Hahasrin, Sila Jelaskan Apa Lagi Yang Patut Kerajaan Buat?

8b7f2c2efe1b35410bfcd47a80d1c459_XL

KETUA Pemuda UMNO Johor, Hahasrim Hashim semalam menuruti jejak Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan melontarkan persoalan yang lebih kurang sama mengenai 1MDB.

Dimudahkan, kedua-dua mereka bercakap seoalah-olah tidak ada apa yang dibuat kerajaan mengenai perkara tersebut (1MDB) dan tuduhan yang mengatakan sebanyak USD 700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri – fitnah yang dimulakan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report.

Muhyiddin memulakannya dalam ucapan semasa merasmikan mesyuarat bahagian Cheras kelmarin, manakala Hahasrin dalam satu kenyataan di media sosial tidak lama selepas itu.

Walhal, semua orang tahu dalam hal 1MDB ini yang Perdana Menteri dah keluar TV3 jelaskan, Jabatan Audit dah diminta melakukan audit, PAC (bipartisan) turut dilibatkan. Malah, laporan interim pun sudah dihantar.  Laporan penuh belum lagi kerana antara lain, PAC masih menunggu untuk berjumpa dengan bekas dan penjawat semasa kerusi Pengarah Urusan 1MDB untuk disoal siasat.

Bagi dakwaan berbilion wang dimasukkan dalam akaun Datuk Seri Najib, pasukan khas melibatkan Jabatan Peguam Negara, Gabenor Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah telah dibentuk dan pasukan berkenaan juga sudah pun mengambil tindakan.

Setakat ini beberapa orang telah ditahan, ada akaun bank yang dibekukan tapi tak satu pun yang berkaitan dengan Perdana Menteri.  Semua ini siapa yang arah?  Perdana Menteri sendiri.

Nampak, menulis tentang itu saja dah beberapa para, maksudnya banyaklah yang telah dibuat tapi kenapa Hahasrin ini bercakap macam tidak ada apa yang telah dilakukan dalam hal ini?  Nak laporan penuh ke?  Tunggulah siasatan selesai dulu, siapa yang patut dipanggil, dipanggil.  Lepas tu desaklah apa nak desak pun.

Atau Hahasrin ini sebenarnya kakak tua, mengikut saja apa yang disalakkan Muhyiddin?  Maaflah bahasa tu tapi itu saja yang penulis fikirkan sesuai bercakap dengan orang macam ini.

Kalau umum hasil siasatan awal sangat, dikatakan cincai dan cuba melindungi Perdana Menteri.  Bila masa diambil untuk melengkapkan siasatan, pun bising juga, jadi nak apa sebenarnya?  Jika semua tindakan yang telah diambil setakat ini tidak cukup, apa yang baru cukup, bagitaulah.

Untuk pengetahuan umum ya, penulis nak jelaskan bahawa jawatan Ketua Pemuda UMNO negeri ini adalah lantikan Ketua Pemuda UMNO Pusat, bukan dipilih secara demokrasi.  Sudah tentulah bila dipilih secara peribadi, hanya orang-orang dia sajalah yang diserahkannya tugas itu, takkan nak bagi pada seterunya pulak.

Justeru, dengan beberapa orang dari kepimpinan Pemuda UMNO sekarang hebat dikaitkan dengan dakwaan mewujudkan gerakan untuk menumbangkan Perdana Menteri, maka boleh faham sajalah kenapa kenyataan macam orang baru keluar gua ini dibuat.

Penulis malas nak cerita banyak sangat, fikir sahajalah.






8 Komen to 1MDB: Hahasrin, Sila Jelaskan Apa Lagi Yang Patut Kerajaan Buat?

  1. Abu Bakar says:

    Tak payah putar lagilah wahai blogger MYKMU.net, bila masa Najib berikan penjelasan mengenai apakah yang dilaburkan dan di manakah pelabuaran melibatkan RM 15.4 bilion di dalam Brazen Sky, Aabar Deposit, serta GIL Funds itu?

    Malahan mengapakah 1MDB menyorokkan serta tidak memberikan dokumen yang diminta oleh pihak Audit Negara semasa proses audit di jalankan di pejabat 1MDB sebelum ini?

    Malahan Najib tak pernah jawab pun samada dia pernah buka dua buah akan di AmBank beberapa bulan sebelum PRU 13 dan menutupnya beberapa bulan selepas PRU 13, malahan Najib sendiri tak menafikan wang berjumlah USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion itu pernah berada dalam akaunnya, malahan tidak jelaskan mengapakah Najib hanya membuka akaun dalam tempoh yang singkat sahaja di AmBank itu.

    Najib sebenarnya tak jawab apa-apa pun, dia hanya merapu menuduh yang bukan-bukan seperti bila isu USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion itu dikatakan berada dalam akaunnya di AmBank, maka Najib terus menuduh Tun Dr. Mahathir adalah dalang utama yang bersekongkongkol dengan The Wall Street Journal dan Sarawak Report bagi memfitnah dan menjatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri. Kalau betul itu semua fitnah, mengapakah Najib tak ambil tindakan undang-undang? Mengapakah Najib tak pernah memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut selaras dengan soalan yang ditanya mengenai isu itu?

    Malahan kerana makin banyak terbongkar, Najib bersikap kuku besar, bersikap diktator dengan menutup akses portal Sarawak Report di negara ini, kemudian Najib menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan balacinya si Zahid Hamidi supaya menggantung permit The Edge dengan alasan mengancam proses demokrasi serta mahu menjatuhkan kerajaan, sedangkan tak ada pun kerajaan Malaysia dilibatkan dalam isu 1MDB dan RM 2.63 bilion itu, yang ada hanyalah pendedahan penyelewengan Najib dalam 1MDB serta penyelewengan Najib mengenai RM 2.63 bilion bersamaam USD 700 juta itu. Jadi di manakah asasnya nak tuduh media berkenaan nak mengancam demokrasi serta nak menjatuhkan kerajaan, kerana yang didedahkan adalah Najib, bukannya kerajaan yang dituduh dalam isu tersebut.

    Selagi Najib tak menjawab semua isu berkenaan, maka Najib adalah bersalah, kerana pihak Sarawak Report, The Edge, serta The Wall Street Journal telah mengemukakan bukti masing-masing mengenai salah laku, penyelewengan serta salah guna kuasa oleh Najib, malahan Tun Dr. Mahathir sendiri menyatakan Najib sendiri menyatakan CASH IS KING, Najib nak gunakan wang untuk beli sokongan rakyat, hingga kini Najib tak berani menafikan perkara tersebut.

    Sedarlah.

  2. Hello World says:

    “Setakat ini beberapa orang telah ditahan, ada akaun bank yang dibekukan tapi tak satu pun yang berkaitan dengan Perdana Menteri. Semua ini siapa yang arah? Perdana Menteri sendiri.”

    Bodoh betul penyataan ini. Adakah pencuri akan arah polis untuk tangkap sendiri? semua pasukan khas yang ditubuhban adalah orang sendiri, bermakna semua pun pencuri. Gunalah otak hang yg kecik ni.

  3. Fedup says:

    Parti hari jadi di Berjaya Time Square yg di taja oleh taik judi tu juga menunjukkan cash is king. Sapa personaliti tu? Cakap dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.

  4. Pak Tho says:

    Umno akan bergolak lagi.

  5. azhar daeng says:

    kami bangsa johor tetap bersatu menentang pemimpin yang disyaki salah guna kuasa penyelewengan 1mdb
    orang orang melayu johor menentang keputusan pemecatan Tan Sri Muhyiddin
    hidup umno johor!!!!

  6. rockers says:

    mykmu tolong jwb bg pihak najib.aku pun x faham

  7. akula says:

    kalu najib sayangkan perjuangan umno, sila undur.

  8. Mr Y says:

    KALAU NAJIB BETUL BERSALAH… SUDAH PASTI BEKAS PEGUAM NEGARA TS GANI PATAIL YANG DIBERHENTIKAN AKAN BUKA MULUT BERITAHU MEDIA.. JANGAN JADI BODOH WAHAI PENGOMEN SEMUA… ADA KE YANG DAH TANYA TS GANI SALAH LAKU NAJIB SEBAB DIA ADALAH SALAH SEORANG UTAMA YANG MENJALANKAN SIASATAN KE ATAS 1MDB? TAK PERLU NAK BUANG MASA BACA ULASAN BINGAI PENCACAI RBA DAPIGS

Leave a Reply

Threesome