Menu Utama

1MDB Dari Kaca Mata The Edge: Keluarga Di Raja Arab Saudi, Kerajaan Abu Dhabi Bersubahat Menipu Rakyat Malaysia

edge-1mdb2Tong Kooi Ong dan The Edge Financial Daily berada dalam keadaan tersepit apabila Polis Thai mengesahkan terdapat penerbit media yang terbabit dengan skandal pendedahan dokumen Petrosaudi yang diubah.

Hari ini mereka tampil membuat gerakan terakhir meraih simpati kononnya apa yang mereka terbitkan adalah tanggungjawab rakyat bukannya konspirasi menjatuhkan kerajaan.

“We have a duty to find and report the truth. Our reports on 1MDB had exposed how a group of individuals – Malaysians and foreigners – schemed a multi-billion ringgit fraud against the people of Malaysia.

“How can the work that we have done be deemed as a political conspiracy?”

Bagaimanapun jurublog Lim Sian See, dalam artikel The “Final Kopek” of Tong and The Edge? mendedahkan laporan The Edge yang cuba menarik simpati rakyat telah membuat tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan United Arab Emirates (UAE).

“Salah satu penipu asing yang dinamakan oleh The Edge ialah IPIC (International Petroleum Investment Company). The Edge menuduh transaksi 1MDB dan pilihan pembayaran tidak dinyatakan dalam laporan kewangan tahunan 2014 IPIC. Ini bukan sahaja tidak benar malah ia seolah-olah menuduh kerajaan Abu Dhabi (UAE) menipu dan terbabit dalam kegiatan penipuan”

Laporan kewangan IPIC 2014 boleh dibaca di laman web mereka (klik sini).

edge-final gambit

Gambar di atas menunjukkan semua transaksi berkaitan 1MDB, Aabar dan pilihan yang perlu dinyatakan dengan JELAS dalam laporan kewangan mereka yang diaudit oleh salah sebuah firma audit terbesar dunia, Ernst & Young.

Sangat melucukan, ketika The Edge menyatakan semua transaksi tersebut disembunyikan sebagai cubaan “covering the hole” ia sebenarnya dilaporkan dalam audit dan dipamerkan untuk akses umum.

Menurut Lian Sian See lagi, usaha terakhir The Edge dalam keadaan terdesak ialah membuat “serkap jarang” dengan menuduh semua pihak dari ahli keluarga Diraja Arab, KPMG, Deloitte, Ernst & Young dan kerajaan Abu Dhabi bersubahat dengan Kerajaan Malaysia untuk menipu rakyat Malaysia.

This “covering the hole” part is important as this is the final step which proves money is missing or not in the entire transaction. In this final part, The Edge is essentially saying these transactions are not disclosed by IPIC in their Financial Statements – however, they ARE disclosed.

Apa yang The Edge dakwa sebagai “covering the hole” sebenarnya ternyata palsu apabila ia dengan jelas dinyatakan dalam penyata kewangan IPIC diaudit dan dipamerkan kepada umum.

The Edge mungkin telah sedar bahawa mereka tidak lagi boleh berpegang kepada kenyataan-kenyataan yang mengelirukan rakyat dan membuat penampilan terakhir untuk menarik simpati.






11 Komen to 1MDB Dari Kaca Mata The Edge: Keluarga Di Raja Arab Saudi, Kerajaan Abu Dhabi Bersubahat Menipu Rakyat Malaysia

  1. Memang Terok says:

    Lembut, slow dan passive makanan orang kasar, tangkas lagi active. Dalam hidup kelembutan tidak boleh diaplikasi sepanjang masa, disemua keadaan. Rasul seorang pejuang perang. Rasul bersifat mulia ditahap tinggi melebihi segala umat. Bersifat mulia tentunya diiringi dengan hemah yang tinggi dan penoh kelembutan.

    Namun dimedan perang Rasul seorang pejuang bertaraf tinggi jua. Tentunya yang mampu membunuh dalam peroses pertahan diri. Bagaimana pula membunuh guna pedang , tombak dan panah. Ada dengan lembut dan bersopan.

    Sikap passive memakan diri dan bukan ini yang digalakkan. Allah menyeru kita menegak kebenaran dalam menepis fitnah. Bagaimana pulak caranya… adakah dengan berserah dan berdiam diri mempamerkan kesabaran. Untuk apa ? Mengharapkan pujian ???

    Oh No. Pada sesiapa yang perlu bangun, bangunlah. Lawan hingga menang. Jika sudah menganggar kekalahan… undurlah , kerana anda memang tiada peluang untuk menang.

    ge ol

  2. raplahjingaa says:

    Bila pulak The Edge nak di haramkan ?? tunggu apa lagi ?? ooooo…Malaysia kan in the forefront of free prass…hehehe

  3. WTF says:

    Bagi aku, SKMM patut juga mengambil tindakan yg sama terhadap the Edge sepertimana tindakan yg dilakukan terhadap Sarawak Report.

  4. gambus says:

    marah Tun M bukan kemain , nak ugut saman pun dah sampai habis air liur , camana paper cina tak makin kurang ajar , kalau macam ni paper englih yang korang katakan tipu pun selambee jee buat artikel .. apa najib buat ?? takkan camni jee PMO najib ? mana media najib yang bayar berjuta-juta tu , goyang telor atau sibuk bantai Tun M jee keje dorang !!!

    nampak sangat najib dah takde power sekarang , benda macam ni taktau nak attack balik , kalau korang dan najib kata kena fitnah dengan artikel ni , buatlah tindakan .. ni kat bahagian komen dan artikel asyik kata nak saman jee , tapi apapun tak buat

  5. Salah tetap salah says:

    Rafizi pun xde sape saman ke?saman je semua org najib….
    Ke takut!!!’
    Hehehehe

  6. rockers says:

    serah diri je jib.klu x buktikn ..lgpun rosmah kn dpt duit undi tiap2 mggu 200k.cukuplah tuk ko berdua.

  7. WTF says:

    Saudara rockers minta Najib Razak serah diri pada siapa???

    Cuba ulas dgn lebih lanjut sikit saudara rockers.

  8. WTF says:

    Rafizi Ramli dah pun kena saman la saudara Salah Tetap Salah!!!

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/diamond-ring-remark-a-joke-says-rafizi-in-defence-of-suit-by-najib-rosmah

    Bila kena saman, boleh pulak Rafizi Ramli “I’m joking only” and hope that such remark boleh lepaskan Rafizi Ramli dari keluarga Najib Razak menuntut keadilan terhadap fitnah yg disebarkan oleh Rafizi Ramli

    Hope Rafizi Ramli kalau ditakdirkan kalah dalam kes ni dan diperintahkan oleh mahkamah supaya ganti rugi hingga boleh menyebabkan Rafizi Ramli jatuh bankrupt, anggaplah itu hanya GURAUAN oleh Najib Razak.

  9. anakmalaysia says:

    Saman saja pembangkang seperti Dapigs tu atau tangkap sumbat saje ke lokap…mereka tu la penghianat no 1 negara…Good Job PM Very Well Done IGP

  10. rockers says:

    serah diri je jib utk disiasat.bt sementara blh amik cuti pergi melancung dgn flom.x pe.rakyat tanggung.ckp je nk gi mane.selagi ko ade kt sini task force x blh buat keje..bglh muhyidin can amik alih.anyway i love u both.mmm

  11. WTF says:

    Serah diri untuk disiasat???

    Who do you think you are saudara rockers nak suruh serah diri sedangkan siasatan terhadap tuduhan2 terhadap Najib Razak masih lagi disiasat!!!

    Hang ni Majistret ka saudara rockers???

Leave a Reply

Threesome