Menu Utama

1MDB Akan Dapatkan Penjelasan Jabatan Audit Negara Berhubung Dokumen

1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan segera menghubungi Jabatan Audit Negara untuk mendapatkan penjelasan berhubung dokumen yang dirujuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi menyelesaikan audit yang dilakukan jabatan itu.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda berkata, mereka mengambil maklum komen pengerusi PAC berhubung ketelitian siasatan Ketua Audit Negara, termasuk memeriksa dokumen yang diperoleh dari 1MDB dan pihak-pihak lain.

“1MDB mengesahkan bahawa semua dokumen dalam milikannya telah dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara.

“Oleh kerana laporan interim belum dikongsi dengan 1MDB, kami tidak dapat mengulas mengenai kenyataan pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa dokumen tertentu nampaknya belum dihantar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang membentangkan laporan awal berhubung 1MDB kepada PAC di bangunan Parlimen.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Nur Jazlan berkata PAC meminta 1MDB untuk menyerahkan dokumen yang diminta oleh Ketua Audit Negara bagi menyiapkan audit berkenaan.

Beliau berkata, dokumen itu termasuk penyata bank dan kertas perjanjian yang dianggap penting untuk audit yang sedang berjalan.

Arul mengulangi komitmen 1MDB untuk bekerjasama sepenuhnya dengan Ketua Audit Negara dan semua pihak berkuasa yang sah yang sedang menyiasat 1MDB.

Pada 4 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Ketua Audit Negara menyemak akaun 1MDB dan berkata beliau berharap hasil dapatan daripada Audit Negara akan menghentikan spekulasi yang lain tentang aktivitinya.

PAC memulakan siasatan sendiri berhubung syarikat pelaburan kerajaan itu pada 19 Mei, selepas membuat keputusan untuk berbuat demikian pada satu mesyuarat khas pada 30 April.

Jumaat lalu, The Wall Street Journal (WSJ) menyiarkan satu artikel yang mendakwa dana 1MDB disalurkan kepada akaun bank peribadi Najib.

Pada hari yang sama, Pejabat Perdana Menteri menolak laporan WSJ dan menyifatkannya sebagai satu sabotaj politik untuk menjatuhkan perdana menteri yang dipilih secara demokratik.

1MDB juga berkata ia tidak pernah memindahkan dana kepada Najib.

— BERNAMA






2 Komen to 1MDB Akan Dapatkan Penjelasan Jabatan Audit Negara Berhubung Dokumen

  1. System baru says:

    Buat apa duit pindahkan pada akaun najib guna 1mbd itu apa bodoh media barat ini. Kalau aku jadi najib selaku menteri kowangan duit boleh dipindah ke akaun aku jika nak pindahkan dengan nak dengan satu tandatanggan pm dan pm boleh arahkan satu tandatanggan bank negara ke akaun keluarga atau persendirian ,nampak sangat media barat nak bodoh kita ini. Macam anwar buat pindahkan wang dekat dirisendiri atau keluarga penagih dadah dan beli saham milik apek guna wang bank negara kemudian duit itu gunakan lawan tun gafar itu. Itu kerja anwar lakukan dulu sebelum dia jadi tmp itu.

Leave a Reply

Threesome