Menu Utama

MAHB Perlu Jelaskan 70 Peratus Kafe di KLIA Tiada Sijil Halal

Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) perlu tampil menjelaskan mengapa hanya 27 daripada 128 kafe di lapangan Terbang Antarabangasa Kuala Lumpur yang mempunyai sijil Halal yang diiktiraf oleh Jakim.

Semalam portal Suara.tv melaporkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom mengenai isu ini.

“Sijil pengesahan halal perlu dipamerkan, untuk rekod di KLIA terdapat 62 outlet keseluruhan, namun hanya 15 ada sijil halal dan di KLIA2 terdapat 66 outlet dan hanya 12 yang telah dapat sijil halal,” kata Menteri terbabit Di abatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom ketika menjawab soalan Datuk Abdul Ghapur Salleh (Kalabakan-BN).

Ahli Parlimen Kalabakan bertanya adakah semua restoran dan kafe di KLIA dan KLIA2 sudah memperoleh sijil halal daripada Jakim di Dewan Rakyat hari ini.

“Status restoran beroperasi di KLIA dan KLIA2 kini kebanyakan kafe telah mempunyai sijil halal Malaysia dan kafe restoran berangkai seperti Kenny Rogers, Chicken Rice, Nandos , McD, KFC, Marry Brown, Starbuck, Burger King, sudah mempunyai sijil halal Jakim,” katanya.

Oleh itu, Jamil berkata beliau berharap pengguna Muslim agar bijak memilih kafe dan restoran yang mempunyai sijil pengesahan halal Jakim.

“Pengguna diajak memilih kafe yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf Jakim,” katanya.

Persoalan kita ialah bagaimana MAHB sebagai pengurusan KLIA dan KLIA2 membenarkan jenama yang tidak mempunyai sijil pengesahan halal yang diiktiraf Jakim menyertai tender kafe makanan dan minuman bagi kedua-dua lapangan terbang.

Kita maklum keperluan memenuhi permintaan pengguna bukan Islam terutama membabitkan penjualan arak. Namun membenarkan hampir 70% kafe makanan dan minuman beroperasi tanpa sijil halal sangat memalukan bagi sebuah negara seperti Malaysia.

Pengurusan MAHB perlu tampil menjelaskan dan memperbetulkan keadaan ini, atau kerajaan perlu ambil tindakan serius ke atas pengurusan MAHB.



« (Previous News)



5 Komen to MAHB Perlu Jelaskan 70 Peratus Kafe di KLIA Tiada Sijil Halal

  1. sireh ke gagang says:

    sepatutnya dikecilkan bilangan kafe non halal itu , dan dperbanyakkan kafe halal.ini kerana disebabkan malaysia negara yg meletakkan islam sebagai agama persekutuan .jadi kepentingan umat islam itu haruslah lebih diutamanakn dari kepentingan bukan islam.MAHB agak cuai dalam perkara ini. tolong perbetulan dengan kadar seegera , sebelum puak persepsi terus menjadikan perkara ini sebagai modal politik yg kelak akan dituding kepada pihak kerajaan juga akhirnya.

  2. poyo says:

    kedai makan islam pun susah nk cari kt situ

  3. kulaan says:

    Pemimpin umno kena tegas dalam hal ini. Ketua ketua glc kena akur dasar umno.bukan ikut ala pembangkang.macam ,1mdb,ceo pun kawan dgn ahli parlimen pembangkanh.lepas tu kebal pulak tu PAC panggil meeting pun boleh ikut time dia. Sapa perintah Malaysia sekarang?

  4. raplahjingaa says:

    Malaysia sekarang diperintah oleh kapitalis-kapitalis dari berbagai parti…macam mini illuminati.

Leave a Reply

Threesome