Menu Utama

May, 2015

 

Kerajaan Komited Bantu Wanita Berjaya Dalam Bidang Keusahawanan – Najib

Kerajaan akan terus membantu dan membimbing golongan wanita negara ini untuk berjaya dalam bidang keusahawanan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata komitmen kerajaan itu telah diterjemahkan melalui pelbagai polisi pembangunan negara seperti dalam Bajet 2015 dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan di Parlimen pada 21 Mei lepas. Katanya, antara sasaran dalam memartabatkan wanita dalam ekonomi ialah memastikan penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam bidang korporat mencapai 30 peratus, dan di sektor awam, wanita yang berpangkat Jusa C ke atas telah melepasi 35 peratus. “Kita akanBaca Lagi


Shafie Afdal tidak lagi sokong Najib ?

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga merupakan Naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Afdal enggan mengulas apabila ditanya pemberita mengenai sokongannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau sekadar menjawab “tak baik cakap yang itu, no need to comment on that”. Sehingga sekarang Shafie Afdal masih belum membuat sebarang kenyataan yang beliau menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau juga sudah berkali-kali mengulas tentang 1MDB di mana beliau sendiri katanya mahukan jawapan sebenar tentang 1MDB walaupun Kabinet telah memberi penerangan secukupnya sejak bulan February laluBaca Lagi


Anwar Najis Berdarah: Skrip Sama, ‘Sakitnya’ Saja Berbeza

PENULIS tidak terkejut bila Anwar mengadu mengalami pelbagai masalah kesihatan ketika di tahan di penjara Sungai Buloh.  Dia memang macam itu dari dulu pun.  Dulu sakit belakang, kena racun Arsenik dan sebagainya, hari ini najis berdarah, berat badan turun dan entah apa lagi selepas ini. Jenis ‘penderitaan’ berbeza tapi plot ceritanya itu juga. Ini bukti, dalam banyak benda yang berubah, Anwar tetap tak berubah.  Dia lebih gemar dengan cara lama, cara yang dia tahu dulu berjaya tarik simpati rakyat.  Yang Anwar tak tahu atau pura-pura tak tahu, rakyat sudah cerdik,Baca Lagi


Jangan Putar Belit Keadaan 1MDB – Arul Kanda

Presiden 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Arul Kanda, mengeluarkan kenyataan akhbar lewat malam tadi menjelaskan bayaran AS$1 bilion (RM3.6 bilion) diterima daripada International Petroleum Investment Company (IPIC), Abu Dhabi bukan pinjaman. Arul Kanda, berkata bayaran berkenaan adalah transaksi perniagaan, bukan pinjaman atau tindakan menyelamat. “Ia adalah pembayaran awal sebagai sebahagian daripada perjanjian meluas untuk menyelesaikan secara menyeluruh pelbagai transaksi aset dan liabiliti kewangan antara IPIC, Aabar dan 1MDB. “Maklumat lanjut berhubung transaksi berkenaan akan dimaklumkan tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini awal pagi ini. Beliau merujuk kepada kenyataanBaca Lagi


Hishammuddin: Kod tata laku cara terbaik urus tuntutan di Laut China Selatan

Malaysia yakin penggubalan kod tata laku (COC) adalah cara terbaik untuk menangani persaingan tuntutan terhadap wilayah perairan dan oleh itu menggesa agar rundingan mengenainya dipergiatkan, kata Menteri Pertahananan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata langkah itu perlu diambil bagi mempercepatkan penggubalan satu COC berkesan untuk menjadi alat utama dalam memastikan laluan laut utama dapat diurus dengan sewajarnya. Beliau memberi amaran bahawa isu laut China Selatan boleh mencetuskan konflik paling berbahaya dalam sejarah dan oleh itu menggesa pihak yang membuat tuntutan supaya mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh menimbulkan keteganganBaca Lagi


Hadi hanya pandai pidato tapi tak boleh tawan Terengganu- Mat Sabu

Krisis politik melibatkan dua pemimpin utama Pas sema­kin meruncing, apabila Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu secara terbuka mengkritik dan menyindir Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika menyampaikan ceramah Kukuhkan Pakatan Pembangkang, Tumbangkan BN, di Tumpat semalam. kegagalan Presiden Pas itu menawan Terengganu dan menyindir Ahli Parlimen Marang itu yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang. Tegasnya, Pas tidak mampu mencapai kemenangan dalam pilihan raya sekiranya tidak mendapat bantuan parti lain dalam pakatan pembangkang. Pada masa sama beliau turut dilihat menyindir Abdul Hadi yang diakui seorang tokoh politik dan agama yangBaca Lagi


Kegilaan CAGM, RM 1 Juta dan Mahathir

TAWARAN Pertubuhan Warga Untuk Tata Kelola Pemerintahan Bertanggungjawab (CAGM) habuan sehingga RM1 juta untuk maklumat mengenai wang tunai dan aset tersembunyi Tun Dr Mahathir Mohamad hanya merupakan kerja-kerja mencari populariti dan cuba menangguk di air yang keruh. Fakta pertama apa relevannya mencari berapa banyak pun jumlah harta Tun Mahathir Mohamad? Ia tidak akan boleh memajukan negara mahu pun menyelesaikan isu dalaman UMNO. Kedua, adakah kumpulan ini benar-benar mempunyai RM 1 juta seperti yang mereka tawarkan? Menurut Malaysiakini.com. Pengerusinya, Md Zainal Abidin turut berjanji akan merahsiakan segala butiran identiti pemberi maklumatBaca Lagi


1MDB: RM 42 Billion Sah Tak Hilang, Kenapa PM Masih Perlu Resign?

ADA hikmah juga kenapa isu berkaitan 1MDB ini meletup.  Sedar atau tidak sedar, ia menyerlahkan sisi bodoh segelintir orang yang disangka bijak dan ada yang layak digelar negarawan/manusia agung, hanya beberapa tingkat bawah dari Tuhan. 1MDB dituduh menghilangkan wang negara sebanyak RM 42 billion.  Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dituduh bertanggungjawab dan kerana wang ini telah hilang dan tidak mungkin boleh dikembalikan semula, Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan. Kempen demi kempen dijalankan, gerakan demi gerakan digerakkan.  Nama 1MDB dan Perdana Menteri dibusukkan sehingga Tabung Haji yang sudah membeli tanahBaca Lagi


Najib yakin Perlis kekal kubu kuat BN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Perlis akan terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) selepas menerima sokongan daripada ‘dua kepala’ di negeri utara tanah air itu. Najib yang juga Presiden UMNO berkata, sokongan yang diterimanya daripada ‘kepala politik’ Datuk Seri Shahidan Kassim dan ‘kepala kerajaan’ Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man amat penting kepada kekuatan BN negeri. “Di Perlis ada dua kepala, satu kepala politik dan satu lagi kepala kerajaan. Jika dua-dua kepala ini sehaluan maka Perlis akan jadi kuat. Sebelum ini kepala politik Shahidan telah memberiBaca Lagi


MAHB Perlu Jelaskan 70 Peratus Kafe di KLIA Tiada Sijil Halal

Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) perlu tampil menjelaskan mengapa hanya 27 daripada 128 kafe di lapangan Terbang Antarabangasa Kuala Lumpur yang mempunyai sijil Halal yang diiktiraf oleh Jakim. Semalam portal Suara.tv melaporkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom mengenai isu ini. “Sijil pengesahan halal perlu dipamerkan, untuk rekod di KLIA terdapat 62 outlet keseluruhan, namun hanya 15 ada sijil halal dan di KLIA2 terdapat 66 outlet dan hanya 12 yang telah dapat sijil halal,” kata Menteri terbabit Di abatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom ketikaBaca Lagi