Menu Utama

1MDB: Mahathir Ubah Fikiran, Dari RM 42 Bilion Kini Hanya RM 27 Bilion

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menukar tuduhan bahawa 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) menghilangkan RM 42 Bilion wang rakyat kepada hanya RM 27 Bilion sahaja.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu mendakwa 1MDB melesapkan RM 42 bilion wang rakyat dan mahukan Perdana Menteri Mohd Najib Razak bertanggungjawab.

“I would like to ask the supporters whether their support means the disappearance of RM42 billion is okay, that there is no necessity to at least explain where the money is.

MYKMU pernah mempertikaikan angka RM 42 Bilion wang rakyat yang disebut Tun Mahathir dalam serangan terdahulu beliau ke atas Najib Razak.

Hari ini Tun Mahathir membentangkan kiraanya terhadap pembelian 1MDB melalui pinjaman RM42 bilion dan mendakwa RM27 bilion tidak dapat dikesan.

Jumlah yang hilang sudah berubah dalam masa tidak sampai dua minggu daripada RM 42 Bilion kini tinggal 27 Bilion. Mahathir juga tidak lagi menyebut bahawa wang hutang 1MDB tersebut sebagai wang rakyat.

Berdasarkan semua pembelian diketahui, jumlahnya menjadi RM14.7 bilion.

“Jadi, kira-kira RM27 bilion yang tinggal,” katanya.

Beliau juga berkata lebih daripada AS$1 bilion dibayar kepada Petro Saudi tanpa pengesahan tentang nilai syarikat itu atau asetnya.

“Di mana wang yang lain?” soalnya dalam tulisan terkini di blognya hari ini.

Beliau menyenaraikan pembelian 1MDB seperti berikut:

1) Tanjong Energy (kini Powertek Energy Sdn Bhd) – RM8.5 bilion
2) Genting Sanyan Power (kini stesen janakuasa Kuala Langat) – RM2.3 bilion
3) Jimah Energy – RM1.2 bilion
4) 70 ekar tanah di Jalan Tun Razak (projek Tun Razak Exchange) – RM320 juta
5) 495 ekar tanah bekas lapangan terbang TUDM Sungai Besi TUDM (kini Bandar Malaysia) – RM363.5 juta
6) 234 ekar tanah di Air Itam, Pulau Pinang- RM1.38 bilion






61 Komen to 1MDB: Mahathir Ubah Fikiran, Dari RM 42 Bilion Kini Hanya RM 27 Bilion

  1. bena says:

    dia kan kaki putar2 alam

  2. kamarul bahrin says:

    dia dah nyanyuk dah.

  3. ekonomi handalan says:

    Maknanye dia main tembak je figure yg 1st,so credible ke pulak yg 2nd ni

  4. Spy Bukit Gantang says:

    Kesian. tsk tsk. Kesian. tsk tsk Kesian. (Madu Tiga)P.Ramlee

  5. jackal40 says:

    hahahahahahaha..kalau gitu Najib pun bengong gak lar yea..? dia pun jwb ikut angka 42b tu…tp..still berbillion yang ilang tu..bukannya beberapa ringgit…najib still hv to answer….kamarul bahrin..antara pemikiran ko dgn Tun yang ko kata nyanyuk tu..tajam lagi pemikiran Tun..sehingaa kini Tun masih dipanggil kesana-sini memberi pandangan ttg isu2 semasa samada dalam negara atau global..ko ada?

  6. jackal40 says:

    memang bukan wang rakyat..tapi melibatkan kepentingan negara dan rakyat gak…mcm yang aku tanya seblm..dan tak terjawab oleh jemuan najib..kalau sekiranya 1MDB default in payment..apa akan jd kepada aset2nya? termasuk lar aset2 yang Tun senaraikan…figure tak betul bukan persoalan..tapi masih banyak pertanyaan ttg jumlah wang yang banyak yang tidak dapat diperjelaskan sehingga kini…

  7. Spy Bukit Gantang says:

    KATA ORG NYANYOK. Jenis yg tak ada budi bahasa tak tau nak hormat org lama. Benih dari PR ni.

    Buat baik berpadapadaaa kata Awie Wings. Buat jahat jgn sekali , Buat banyak2 kali. Mulia di balas syorga . dosa kan sengsara . ini hukum Karma. wakakaka

  8. raplahjingga says:

    Tun kata 42 biliion, Najib pun kata 42 billion….siapa yang ikut siapa ni ?? berapa billion pun apasal simpan kat Singapore ?? siapa yang untung atas angin ??

  9. Anak_Nogori says:

    Sbb tu saya pernah kata tun ni dah mcm duduk bawah tapak kaki dah..malu lah..

    Dah tua..mudah lupa plak..duk surau lah lipat sejadah lebih berfaedah lagi..

    Lagi tun buka mulut..lagi bau nanti.

  10. asnol says:

    Tun masih lagi negarawan yang paling aku hormati…
    tapi aku tak setuju dengan tindakan beliau menyerang Najib

    tapi ada hikmahnya.

  11. Gengmamak says:

    Apa la.. Org buat sikit re-calculation setelah amik kira aper dah belanja.. Pun kira salah jugak.. Patut la hang miskin dan terus miskin.

    27 billion mana pegi? Hang tak nak tau tu hang nyer pasal. Tapi bile government intrasuce tax baru nak bayar utang 27billion tu jangan marah sudah.

  12. man on da street says:

    Satu bilyon pun bukan duit kah .? Tak kisah lah sehinggit ke dua bilyon hinggit ke, tu bukan duit kah penjilat maksum.?

  13. man on da street says:

    Ini apa cerita Petro Saudi dapat highway concession kat Malaysia ni -55 tahun lak tu. Dah pun belum audit mengaudit terbit lagi nama kompeni ni kat Malaysia. Apa cita semua ni.?

  14. man on da street says:

    Ada terbaca kat New Straits Times hari ni.( The New Straits Times dated Thursday April 23 2015- page 2) Konon Duta Malaysia di Indonesia nak menyokong Najib tentang tulisan majalah Tempo terbitan Indonesia. Kata dia, PM bolih hidup mewah ngan isteri nya sebab PM golongan bangsawan ,( He said it should be pointed out that Najib descended from a noble family that was known to be wealthy.) memang daripada keluarga kaya peningallan harta. Apa punya mangkuk lah duta ni. Even adik beradik PM pun sanggah kenyataan ni yang di buat olih pejabat Pm dulu. Fail jadi duta. Isu lapuk kat Malaysia , tapi duta ketingallan zaman tak pernah terima update dari wisma putra ke. Tu lah, nak sokong tapi sokong jadi rebah. Tunggu lah nanti majallah Tempo jawab, siap petikkan dan surat yang di tanda tangani adik beradik PM , siapa yang malu. Kepada jemuan jemuan, memang jemu lah dengar sokongan anda semua.

  15. jejai says:

    Apa yang Tun M cakap lebih kurang macam ni lah. Hutang 1MDB RM43 billion. Dari jumlah tu yang di belanjakan untuk beli asset (tanah dan janakuasa) cuma lah RM16 billion. Jadi mana pergi nya baki lagi RM27 billion? Kalau RM27 billion tu masih ada kenapa kerajaan kena bagi lagi pinjaman ‘standby credit’ RM950 juta? Kenapa Ananda pulak yang tolong bayarkan RM2 billion hutang bank 1MDB?

    Itu dah paling mudah dan ringkas punya penjelasan lah yang Tun M bagi pasal misteri ‘kehilangan’ duit 1MDB. Kalau ada yang masih tak faham lagi, tak tau lah cheq nak habaq apa …

    P/s..budak darjah dua yang baru pandai mengira pun boleh audit 1MDB kalau ikut formula matematik Tun M

  16. Anak_Nogori says:

    Dah ckp lebih kurang pulakk…semalam tun ckp rm43b, hari ni ckp rm27b, besok tun ckp berapa b plak?.

    Apa..masa mula2 tun ckp rm43b tu tun dapat fakta dari mana?..dari tong sampah ka?.

    Patut lah najib ckp mengarut…memang mengarut pun.

  17. Razmi Ahmad says:

    Tak ikralah berapa pun 42 ke 27 ke, tetap ribu juta, bukan 25 ringgit, 27 ribu juta tu kalah letak dalam semuah bilik kelas sklh, belum tetntu muat.. sikit ke????

  18. raplahjingga says:

    Tun pulak dapat fakta dari tong sampah ?? ialah kot…sebab ianya cuba nak disampahkan, nak cover line…cuba la jawab soalan Tun dengan benar, ni pusing merata jawapan tak bagi pun.

  19. dani says:

    Mykmu bangang! Bloger pengampu….tak kira la 42bilion ke 27 bilion ke skrg ni ko jwb mana p 27 bilion tu?

  20. dani says:

    Woi blogger bangang sekarang ni cari la cepat mana p 27 bilion jangan jadi pak hangguk ja

  21. dani says:

    27 bilion tak tau p mana tak dipertikaikan…tapi di pertikaikan tun ubah fikiran? Eh bangang la blogger mykmu ni. Tun tunjuk jgak flow duit tu p mana! Tapi blogger bangang hanya mampu kata tun ubah fikiran…eh memang bangang la senang cerita wakakak

  22. bangKano says:

    Untuk makluman puak-puak Mahathirisme yang terlampu taksub…..

    Mahathir memang bijak berfikir…itu kita tidak dapat nafikan faktanya…tetapi dia ini terlampau licik hendak membodohkan minda orang melayu yang tersedia tongong. Dia sentiasa dijemput memberi ceramah secara ilmiah bagi audien yang pintar perengkat global tetapi bila berdepan dengan puak-puak melayu berminda tongong…dia akan memutarkan fakta supaya nampak para pendengarnya sentiasa kelihatan bodoh. Inilah permainan Mahathir sejak dia berkuasa dahulu….membijakkan para minda orang luar dan mempersendakan minda anak-anak melayu yang kononnya malas,mudah lupa,tidak amanah & tidak cekap menguruskan pembiayaan..itulah persepsi Mahathir terhadap anak-anak melayu totok kecuali anak-anak DKK & DKA termasuk DKE ( darah keturunan eropah ).

  23. dani says:

    Tak payah ubah topik…cuba tanya Najib mana flow 27bilion tu p…wakakaka

  24. Anak_Nogori says:

    tun kutip dari mana?..kalau bukan dari tong sampah..dari longkang ka?..

    Buat malu negarawan ja lah.

    Lain kali kasi fakta tu betui2..obama dengaq pun ketawa berdekah2 tauu.

    Aku plak jd malu…ubah lah perangai tu.

  25. dani says:

    Memang la ketawa berdekah2 sebab hampa punya pm tu kn sahabat baik dengan lahanat obama siap selfie lagi tu…wakaakak

  26. artpunya says:

    penulis ni bodoh bahasa inggeris ka x faham apa yg tun tulis.
    total loan rm42b, tu ttp kena bayaq sbb gomen gerenti klu 1mdb lingkup. la ni nak byq interest pon xdak duit…mcm mana nak boleh buat duit.

    yg tun bg senarai tu yg diketahui umum aset yg dibeli oleh 1mdb melalui loan rm42b tu. tu yg diketahui…sebab tu najib kena jelaskan kemana pergi lagi baki 27b tu. tun dh tlg explain pon x tau berterima kasih tp dok putaq belit plak.

    tu pasai kerugian jual tanah trx ngn kem sg besi tu mcm mana nak explain? pasai apa jual murah sgt? beli IPP lebih nilai plak. nak expired dh lesen plak tu. brp komisen boleh beli IPP mahai2?

    explain la ke mana duit tu hilang bukannya dok kata dulu kata 42 b la kata 27b plak. bodoh la penulis ni. kecik2 xmau mampuih besaq2 menyusahkan org

  27. bangKano says:

    Mahathir memang licik untuk menutup-nutupi semua kesilapannya pada masa dia berkuasa dahulu…kes PKFZ yang sudah lesap berbilion ringgit dikerjakan oleh mantan menteri pengangkutan ketika itu semasa Mahathir jadi PM….pantang dia nampak sahaja kelemahan pada 1MDB lantas dia belasah sampai terkedu Najib dibuatnya. Dia licik cuba hendak menutup-nutupi segala kelemahan pertadbirannya semasa dia berkuasa dahulu…contoh kes lesapnya berbilion ringgit yang dikerjakan oleh mantan menteri pengangkutan dalam isu PKFZ. Jumlahnya sama banyak dengan kehilangan kos 1MDB yang dijana oleh Najib. Moral ceritanya tetap sama…tidak amanah,tidak cekap menguruskan dana,salahguna kuasa,rasuah & penyelewengan. Mahathir hendak tunjuk dia itu memang hebat,nampak bersih,telus & tulus,cekap menguruskan pembiayaan,tidak rasuah & salahguna kuasa. Motifnya satu dia hendak alihkan perhatian rakyat dari kelemahan pertadbirnnya ke kebusukan & kelemahan pengurusan Najib kini.

    Malangnya semua ulahan Mahathir tidak mendapat sokongan besar rakyat yang celik maklumat…kecuali puak-puak yang taksub pada Mahathir yang sentiasa menganggap dia sebagai dewa dari epik Ramayana yang tidak pernah buat silap…..!!!!

  28. samad says:

    aiseh, baru cerita pasal jumlah duit 1MDB dah kecoh.

    belum lagi pasal dokumen palsu dari BSI bank singapore tu yang 1MDB cakap duit ada di singapore.

    cover lagi cover lagi…kehkehkeh…

  29. mamukimma says:

    Kami tahu blogger kmu tak leh jwp soalan sbb tu mereka menyerang peribadi tun…..hampa ingat 27billion duit kecil kah…lahabau punya
    Blogger….hampa punya spin budak tadika pun blh gelak

  30. hasnul rahman says:

    Assalammualaikum wmt,
    Membaca entri dan ulasan kekawan dlm isu kali ni, nampak sangat antara kita ada yg tak faham ‘hujung pangkal’ apa yg Tun M maksudkan. Main hentam kromo ajer. Kata Tun tukar fikiran dan macam-macam lagi.
    Kpd saya Tun M saja main isu ini untuk memancing. Belaiu berikan jumlah pinjaman 1MDB ialah 42bilion. Kemudian beliau dedahkan jumlah pembelian yg dicatatkan hanya 16bilion. Selebihnya mana?
    Angka 27bilion yg dibelut Tun bukannya bermakna dia menukar fikiran, tapi menjelaskan sebanyak itu yg tidak diketahui kemana.
    Jangan silap dan salah terjah. Nanti memakan diri.
    Faham betul-betul apa yg dimaksudkan, barulah buat komen. jangan hentam kromo kerana persepsi benci atau membela.

  31. Spy Bukit Gantang says:

    Londeh melondeh la pulak. Hancus UMNO. Patutla puak DAP gelar penyokong UMNO ‘DUMBNO’ . Jom kita pi dengar lagu Awie Wings ‘Hukum Karma’ lagi baguih. wakakaka

  32. dani says:

    Betui tu hasnul…yang jenis sokong membawa rebah ni dia tau kaji kesilapan yang lalu sahaja…tapi kesilapan yg sekrag ni dia tak maw kaji…27 bilion tu….haih…daripada dok kutuk tun…baik hg cari jawapan apa yg tun tanya..ni tak habis2 dok cari salah masa lalu…

  33. newbie says:

    betullah cakap mr. jho low. org UMNO ini kaki spin spin. daripada fokus pasal duit hilang BERBILLION, dia kata TDM nyanyuk dan tukar fikiran…

  34. samad says:

    sorry ye newbie, ahli UMNO jugak yang tentang. ahli UMNO tak macam ahli parti pembangkang yang ikut telunjuk pemimpin macam lembu kena cucuk hidung.

  35. Anak_Nogori says:

    Kalau tun baguih..tentu faktanya tak kelaut..sat rm42b, sat rm27b.

    Kalau fakta salah…tak lebih tak kurang tak buat homework dululah..main taram sapa pun boleh..

  36. Iken says:

    Apa2 pong kita tunggu dulu siasatan black box……misteri kehilangan 27bil…., mungkin jatuh kelautan hindi @ bertaburan di sempadan Ukraine….. Yg aku hairan dengan kecanggihan financial software yg kita ada patutnya kita dpt menjawab misteri tu within hours …..not months…. Lagi lama tangguh makin banyak timbul teori, konspirasi dan segala mcm tuduhan….. Ok….Mata dah x blh celik ni…..sebelum tu mari kita ramai2 luangkan masa 30 minit untuk baca surah 18, al kahfi…..assalamualaikum….

  37. bangKano says:

    Begitulah kalau hati perut sudah busuk semuanya buruk belaka pada pandangannya…..kalau dulu kita tuduh pemimpin pembangkang suka buat fitnah,andain & persepsi. Kini sindrom utopia mereka telah merebak ke minda seorang matan PM yang dikatakan hebat dulu. Dia kini sudah ghairah mencedok semua skrip & dialog bebal lagi pandir puak-puak utopia pembangkang tersebut sebagai candu untuk menghidupkan lagi idealisme yang semakin memudar dek umur.

    Rumusannya……Mahathir sudah semakin pandir…sepandir-pandir Mahfuz,Mat Sabu dll yang seangkatan dengannya. Tahap intelektual mantan PM ini sudah setanding dengan standard kebenakan pemikiran puak-puak pembangkang yang serba bodoh lagi bengong ini…..!!!

  38. benz says:

    ape la bangangnya korang ni. betul la tun ckp rm42 billion. itu jumlah keseluruhan pinjaman dn beliau mintak diterangkn kemana perginya wang tu. najib diam ja jadi tun buat pengiraan 14.1 bilion dia dpt jwb kemana perginya. so baki yg hilang (tidak diketahui kemana) jumlahnya 27 billion.klu tun dh nyanyuk pun najib msh belum nyanyuk. korang tu yg nyanyuk

  39. EVLee says:

    Hutang terkini adalah RM49 bil(akhbar 13hb Mac 2015) Dari jumlah tsb, RM42 bil adalah ‘long-term liability’.
    Hutang sebab apa? Kalau sebab membeli … bla+bla+…..+bla = RM14.7 bil. (accounted for). Baki RM27 bil tu pergi mana/untuk apa?
    Tun tak ubah angka, cuma cara ‘melihat’ hutang tu dari sudut lain. Untuk baki tu … ada lagi perkara2 lain, spt ‘bond sale’ ke … operasi IPP luar negara ke … operasi ‘ghaib’ ke ….
    Tak pe … saya tunggu report, no hal …

  40. azhan says:

    EVLee…betoi…

  41. azhan says:

    duit kat singapore pun penyata palsu…hilang lg duit….

    • KuntaKinte Malaysia says:

      Siapa kata penyata palsu? saudara buat tuduhan beradasarkan laporan blog sarawakreport yang tak tahu siapa punya. apa jenis pertuduhan?

  42. moo says:

    asrtikel paling bodo abad ni. Nampak sgt penulis sendiri tak paham apa isu 1MDB tapi siapa nak buat artikel to be published lg.

  43. moo says:

    Kalau betul2 acquire asset RM14 b dah match as per accounting treatment. Tang balance RM27 billion ni nak match dgn apa????

  44. jackal40 says:

    Bang kano…kalau kau x pandir..boleh bg tau mana pegi 27b tu? Ko kan lg pandai dr tun M..tlg lar jwb..ramai nak tau ni….ke serupa bangang mcm najib..alih isu utm buy some time….

  45. Anak_Nogori says:

    Kan..tunggu report audit dan pac adalah jln terbaik..tapi tun sejak dah terlalu tua ini dah tak sabaq dah.

    Ada ajenda tersirat kot..katalah saya sayang umno..tu gimik tun ja..

  46. hasnul rahman says:

    Assalammualaikum wmt,
    Nak tunggu laporan PAC?
    Seperti apa yg disiarkan melalui blog-blog tertentu, kenyataan Pengerusi PAC ap PM DSNajib nampak lain macam.
    Kalau tak silap baca beliau DSNajib bubarkan Parlimen dan adakan pilihanraya Umum untuk menentukan sokongan?
    Kan ini boleh menimbulkan pelbagai persepsi umum.
    Lagipun beliau ada kata kalau nak tunggu laporan PAC lambat, memakan masa.
    Nampak lain macam jer kenyataan Pengerusi PAC ni….
    Apa halllllll?

  47. sharq says:

    Kuntakinte sengaja membutakan hati dan mata.. *sigh*

  48. jackal40 says:

    Jemuan najib mcm bang kano tu..kununnya tun seblm ni pn lesapkan ber billion..so skrg ni tak salah lar klu najib pun boleh lesapkn billion gak..klu Tun boleh..knp najib x boleh..bijak kau kano

  49. mzma says:

    Benggong nya admin.. TDM dah jelaskan segalanya masih nak spin lagi..

    1MDB, hilang Rm27b + Govt rugi (jual tanah) Rm25b = Jumlah rugi sekarang adalah Rm52b.. Dakwaan rugi TDM telah meningkat sebanyak Rm10b…

    1) Apahal 1MDB bagi dokumen palsu pada Bank kat Singapore?
    2) Apahal semua duit 1MDB dalam akaun milik syarikat Jho Low di Singapore?
    3) Apahal lak DSN & Rosmah pi jumpa Jho Low secara rahsia di Istanbul, Turki semasa dalam perjalanan ke Kazakhstan minggu lepas.. dakwaan ini dibuat oleh org dlm JPM sendiri?

    http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=499502:half-a-billion-usd-was-transferred-from-good-star-to-jho-low%E2%80%99s-bsi-singapore-account-major-exclusive&Itemid=2#axzz3Y96G3Msm

  50. azmi bin yon says:

    Saya sentiasa mengikut… “1MDB”…

    Baik buruknya saya tetap mengikut… “1MDB”…

    42 bilion turun 27 bilion dengan jumlah pembelian 14.7 bilion….”1MDB”…

    sinaran harta:-

    1) Tanjung Energy (kini Powertek energy s/b)…RM 8.5 bilion.
    2) Genting Sanyan Power (kini Stesen janakuasa kuala langat RM 2.3 bilion..
    3) Jimah Energy ….RM 1.2 bilion..
    4) 70 ekar tanah di jalan T.A.Razak(Projek Tun Razak Exchange)RM 203 bilion.
    5) 495 ekar tanah bekas Lapangan terbang TUDM sungai besi (bandar malaysia) RM 363.5 juta
    6) 234 ekar Tanah di Air Itam …pupau pinang RM 1.38 bilion.

  51. unBiased says:

    I bet with this ‘mother of all scandals – 1MDB’ in the Malaysia history, the nation might collapse if continue to run by Najib.

    Hancur Malaysia

  52. raplahjingga says:

    Najib berjiwa besar semuanya main billion-billion, tapi planning dia kecik jer, di tambah pulak dengan pengampu-pengampu 10%, yang jadi balau idris jala, PEMANDU, siregar, mangkuk ayon ex maybank chieftain, bila jadi macam ni, mana depa pi ?? menikus duduk rumah bawah ketiak bini…

    Tinggal la Najib yang jadi bahan…salah siapa ? salah Najib jugak…nasihat orang lama dia tak mau ikut, dok ikut nasihat punahsihat yang hanya Nampak pulangan peribadi untuk depa.

  53. poyo says:

    dh penipu tu penipulah jgk.baki 27b tu mane pegi mykmu bangang ni pun x kisah.agaknye dpt kom lebih.jdlah melayu pemalas yg nk untung atas angin je.tu blum masuk hsrga tanah kerajaan yg dibeli undervalue.dh brp bnyk rugi…

  54. DMEL says:

    Bangang MYKMU.

    total aset yg dikira 14bilion lebih. 42 minus 14 = 28. tu pun Tun dah baik kira bundarkan saja. 27 billion. Macam ikan kelaparan la kau orang ni, pantang nampak kesilapan (sendiri bodoh) orang, terus nak jadikan point. Apapun, tahniah, jelas sudah

  55. DMEL says:

    kunta kinte ni orang sama ke dengan yang dulu. tulisan langsung tak mengambarkan kamu ini adalah orang yang sama dgn KK dulu. langsung tak ada fakta. tapi tak tahulah, kalau dah niat tu untuk menegakkan benang yang basah, memang macam ni lah jadinya. terpaksa/terdesak untuk mencari point.

  56. Anak_Nogori says:

    Jgn risau..akhirnya semua akan terungkai…cuma takut tun nyuruk belakang pintu suruk malunya.

  57. Aku sokong TUN 1000% .. Penyokong Najib boleh blah. Negara nak muflis dah oii.

  58. NameCannotBeBlank says:

    Najib banyak sgt skandal dan kegagalan. Tun kata dia risau kalau next PRU BN kalah dan parti pembangkang yg menang akan korek dan dakwa segala salahlaku Najib. He better stop now or he will punished and disgraced.

  59. bangKano says:

    jakal40…kamu itu yang pandir bukannya aku…Mahathirpun sama pandir macam kau juga. Najib berdiam diri bukan kerana takut…tetapi isu 1MDB sedang dalam siasatan PAC….puak-puak bengong Mahathir lagi semakin meraban seperti orang lalok teguk air ketum berbaldi-baldi. Sudahlah bodoh sikap macam burung kakatua cuma pandai bercakap tetapi tidak mengerti maknanya…..cuma hafal skrip & dialog yang disediakan oleh tokguru sasaunya.

    Apa-apapun kita tunggu hasil siasatan PAC tersebut kemudian barulah boleh beri pendapat. Jangan asyik ghairah hendak memuja-muja kehebatan Mahathir itu secara ekstrem…!!!!

  60. bangKano says:

    Betulkah negara sudah muflis….? Tetapi bila semak akaun simpanan bank dll masih lagi ada bakinya cukup tidak luak sesenpun…tak tau lah akaun kamu sudah menyusut akibat sering buat pengeluaran tidak perlu kot….!!!!

Leave a Reply