Menu Utama

April, 2015

 

#PRKPermatangPauh: Antara Hudud Dan GST, Yang Mana Lebih Utama?

Kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh hari ini masuk hari yang ke-6. Untuk siri PRK Permatang Pauh kali ini menurut pemerhatian saya, ada dua isu utama yang dimainkan oleh pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Haram. BN membawa isu hudud, manakala Pakatan Haram pula membawa isu GST. Kedua isu ini begitu hangat diperkata di kalangan rakyat dan para pengundi di Permatang Pauh. Pada pandangan saya, isu GST sekiranya diputar belit dan diperalat sepenuhnya oleh Pakatan Haram untuk mencipta persepsi negatif di kalangan rakyat, sekaligus mampu menyebabkan rakyat benci pada pihakBaca Lagi


Pendekatan Politik Najib Mengutamakan Yang Susah Dari Yang Kaya

TAN Sri Shahrir Samad yang penulis kenal, memang seorang manusia yang hebat.  Hebat macam mana?  Ketika UMNO celaru akibat kewujudan Team A dan B akhir 80-an dulu, beliau bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Johor Bharu dan menang bergaya. Satu orang lawan semua oranglah kiranya, dan beliau masih keluar sebagai pemenang.  Kemenangan mengejut inilah yang memaksa kepimpinan UMNO pada waktu berkenaan, menukar strategi untuk memenangi hati rakyat termasuk mengadakan program seperti SEMARAK dan sebagainya. Justeru, sebagai orang lama dalam politik Malaysia, Tan Sri Shahrir ini memang faham dengan selok belokBaca Lagi


GTP BUKAN SANDIWARA

TIDAK terlaksananya Program Transformasi Kerajaan (GTP) kira-kira lima tahun lalu melalui ‘mes­yuarat tingkap’. Jauh se­ka­li diputuskan oleh orang kampung sambil menikmati teh tarik di kedai mamak. Sebaliknya GTP yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2009, terhasil secara berjemaah selepas bermusyawarah di Kabinet. Pendek cerita, GTP adalah hasil daripada denyut nadi rakyat setelah kerajaan mendapat mandat. Lebih tepat lagi GTP adalah daripada rakyat untuk rakyat. Sedikit pencerahan bagi yang ingat-ingat lupa, GTP di bawahnya mengan­dungi tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Mengurangkan Jenayah,Baca Lagi


#PRKPermatangPauh : Siapa jilat ludah siapa?

JIKA ada yang mahu menyaksikan episod paling memalukan dalam kalangan orang berpendirian, lihatlah kepada Dewan Pemuda Pas (DPP) Pulau Pinang ketika ini. Hanya dalam satu malam, ke­tegasan dalam mempertahan ma­ruah diri dan parti diletakkan di bawah tapak kaki. Masih terngiang-ngiang kete­gasan Ketua DPP negeri, Mohd. Yusni Mat Piah yang tidak berganjak mendesak AMK memohon maaf dan menarik balik kenyataan mengkritik Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Malah, Mohd. Yusni juga sempat menyindir Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) supaya lebih berhati-hati dalam mengambil tindakan agar tidak dilihat seperti menjilat ludah sendiri.Baca Lagi


#PRKPermatangPauh: 7 Mei Cuti, Bukti Lim Guan Eng Tidak Percaya Kepada PAS!

Apabila Lim Guan Eng mengumumkan cuti khas pada hari pengundian dijalankan iaitu 7 Mei, tidak sukar untuk menjangka strateginya, iaitu mahukan kekuatan jentera DAP dan PKR untuk sama-sama turun bagi memastikan jentera Barisan Nasional tidak dominan dalam usaha untuk meraih undi pada saat akhir. Kerisauan Lim Guan Eng ini dapat dirasakan, apabila tekanan demi tekanan secara “dalaman” dikenakan ke atas Pemuda PAS negeri, yang sebelum ini bertindak untuk memboikot jentera PR pada pilihanraya kecil kali ini sehingga keputusan “U-Turn” dinatijahkan, persis seperti ramalan ramai pemerhati politik. Arahan untuk mengambil tindakanBaca Lagi


GST Kad Pra Bayar: Siapa Berkuasa Kastam atau SKMM?

Tidak sampai beberapa jam selepas Kastam mengarahkan semua syarikat telekomunikasi dikehendaki mengekalkan harga asal kad prabayar berdasarkan kepada konsep ‘tax inclusive’ (termasuk cukai) berkuatkuasa 1 Mei ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menolak arahan tersebut. Pagi tadi media melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, surat arahan berhubung supaya harga kad prabayar dikekalkan telah dihantar kepada semua syarikat telekomunikasi semalam bagi memastikan syarikat-syarikat itu patuh dengan arahan tersebut. Beliau berkata, melalui arahan terbaharu itu setiap harga kad prabayar telah dimasukkan dengan cukai barangBaca Lagi


347 Barangan Turun Harga, 267 Peniaga Dikompaun

PUTRAJAYA 29 April – Sebanyak 99 jenis barangan di Semenanjung, 145 di Sabah dan 102 di Sarawak mengalami penurunan harga selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad. Beliau berkata, ia merupakan hasil analisis Majlis Harga Negara berdasarkan tinjauan minggu ketiga bulan Mac dan April di pasar, pasar raya dan kedai runcit mengikut kawasan parlimen di seluruh negara. Katanya, barangan yang mengalami penurunan harga termasuklah barangan basah, kering, berbungkus/tin/kotak, makanan dan barangan bayi. “Bukan semua harga baranganBaca Lagi


“Flip-Flop”: PAS Hina Diri Sendiri Di Permatang Pauh

Sebagaimana yang dijangka ramai pemerhati politik, PAS Permatang Pauh dan Pemuda PAS Pulau Pinang akhirnya membuat keputusan untuk membuat “pusingan U” setelah sebelum ini mereka kononnya menegaskan berpegang teguh pada prinsip menegakkan hukum Allah SWT. Setelah PAS Permatang Pauh “tewas” berdepan dengan Mat Sabu, pagi tadi Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang pula menggadai maruah dan hukum Allah apabila menyatakan bahawa mereka akan kembali berkempen untuk sebuah parti yang menolak enakmen hudud. Sebelum ini, PAS Permatang Pauh dalam fatwa mereka sempena PRK Permatang Pauh menegaskan bahawa adalah haram hukumnya memberi undiBaca Lagi


PRK Rompin: Menteri Lawat Mangsa Kebakaran Pun Jadi Isu?

PAS dakwa mereka ada kelebihan dalam PRK Rompin berikutan keputusan kerajaan untuk melaksanakan GST awal bulan ini.  Tak hairanlah kenapa dalam mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sibuk menjaja isu berkaitan 1MDB untuk memastikan UMNO/BN kalah di Permatang Pauh dan Rompin, PAS menumpu sepenuhnya kepada GST. IMDB ada sebut juga tapi bila lalat keluar masuk dalam mulut orang yang mendengar, PAS seakan hilang selera, nampak sangat menganga tak tahu dan tak faham isu.  Dari buang masa cakap benda yang orang tak faham, lebih baik utama apa yang boleh beri kelebihan.Baca Lagi


#PRKRompin: Mazlan Aliman, ANAK – Punca Kegagalan Kempen PAS

AGAK menyedihkan juga nasib Mazlan Aliman dan pertubuhan ANAKnya (Anak FELDA Kebangsaan) bilamana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa kehadiran mereka di Parlimen Rompin dilihat sebagai liabiliti kepada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) PAS. Program anjuran ANAK dengan kerjasama PAS, Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 di FELDA Keratong 4 hujung minggu lalu dilihat gagal dalam meraih sokongan dan kepercayaan pengundi di FELDA Gugusan Keratong. Kegagalan yang masih cuba diputar belitkan! Program tersebut yang dijadualkan selama 2 hari berturut-turut sepatutnya diakhiri dengan ceramah Mat Sabu pada malam 26hb April, namun program tersebutBaca Lagi