Menu Utama

Perkara Yang Memalukan Seluruh Negeri Kedah Hari Ini…

mahpusMasyaAllah! Astaghfirullahil ‘azim. Mengucap panjang saya melihat telatah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat hari ini yang seolah “meracau” kerasukan mempamerkan sikap tidak bertamadun yang sangat memalukan.

Rasa nak tampar ada, rasa nak baling kasut pun ada. Rasa nak ketawa ada, rasa nak menyorok kepala bawah bantal pun ada. Paling pasti, saya memang malu melihat perangai orang Kedah yang bernama Mahfuz Omar itu.

Diberi peluang bercakap di dewan yang mulia itu, dia seolah hilang kewarasan mendesak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjawab pertanyaannya berkaitan bil pindaan enakmen hudud.

Setelah Jamil Khir menjawab bahawa bil berkenaan sedang di dalam proses penelitian untuk dibawa ke Majlis Raj-Raja, dia tidak berpuasa hati dan melontarkan satu lagi pertanyaan baru sama ada Menteri Agama itu bersetuju dengan saman pemula yang dikemukakan Gerakan terhadap kelulusan pindaan enakmen hudud oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Terjerit-jerit, terlolong-lolong mahukan jawapan, bagai kera kena belacan. Apa kena dengan Mahfuz? Hampir 20 minit buat perangai tidak bertamadun di dalam Dewan Rakyat. Tak malukah dia pada rakyat yang melihat telatah buruknya itu?

Saya tahu, Mahfuz membawa isu agama ke Dewan Negara. Saya akui isu berkenaan penting dan sedang hangat diperkata di luar dewan, malah di seluruh negara. Tak kira Islam atau tidak, orang ramai sedang bercakap mengenainya.

Namun untuk dibawa masuk dan diperbahas di Dewan Rakyat, sudah tentulah ia mempunyai prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi. Parlimen bukanlah seperti sidang bawah pokok “Kerajaan Bawah Pokok” ciptaan Nizar di Perak dahulu, kan?

Sekiranya Gerakan memfailkan saman pemula terhadap enakmen berkenaan ke mahkamah, apa hak menteri kabinet untuk turut campur dalam urusan mahkamah. Mahfuz perlu tahu bahawa kerajaan kita sememang dari dulu tidak campur tangan dalam kes mahkamah, bukan?

Jadi, biarlah mahkamah yang tentukan. Kalau Mahfuz mahu lawan sekalipun, lawanlah di mahkamah. Lagipun, Kerajaan Negeri Kelantan sendiri sudah menegaskan bahawa mereka tidak takut dan bersedia untuk menjawab saman tersebut. Maka lawan sajalah! Apa kena mengena dengan Jamil Khir setuju atau tidak?

Sebenarnya, saya selaku orang Kedah, sangat malu dengan perlakuan Mahfuz berhubung insiden ini. Memang pada saya, Mahfuz memalukan seluruh anak Kedah khususnya rakyat di Parlimen Pokok Sena yang diwakilinya.

Islam merupakan sebuah agama yang mementingkan akhlak, adab sopan dan menghormati peraturan. Malah kelihatan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Ustaz Khairuddin relaks bersahaja menjaga adab, tapi Mahfuz pula yang lebih-lebih. Macamlah dia seorang saja yang Islam dan mahukan hudud…

Ketika Datuk Seri Ahmad Bashah baru pertama kali berbahas di Parlimen selaku Timbalan Menteri, Mahfuz selamba mempersenda beliau kononnya “orang baru” dan memperlekeh rakan sekampungnya itu. Tapi kini dia pula buat perangai macam budak tadika Pasti tak dapat belon?

Cuba lihat perangai Mahfuz di bawah dan cuba kira berapa kali Timbalan Speaker Dewan sebut “Yang Berhormat Pokok Sena”…

Tapi Mahfuz sendiri biarpun kononnya “senior” dalam Parlimen, mengapa tidak patuh dan tidak tahu hormat pada peraturan dewan? Disuruh duduk oleh Speaker pun Mahfuz enggan. Jadi apa yang Mahfuz mahu? Penampar untuk meredakan sikap “meroyan”nya itu?

Mengapa selaku “senior” Mahfuz menunjukkan perangai buruknya di depan ahli parlimen “junior”? Tidak boleh tunjuk contoh yang baik, kah? Tidak boleh jaga adab dan akhlak mahmudah, kah? Atau sengaja membiarkan diri dikuasai syaitan dalam membawa usul agama? Hairan juga “syaitan” bawa usul agama, kan?

Sudah-sudahlah Mahfuz. Tak payahlah menjadi “hero” jika di dalamnya “kosong”. Ramai lagi pemimpin PAS yang tinggi ilmu agamanya berada di dalam dewan itu namun mereka hanya terpaksa bersabar melihat telatah Mahfuz yang memalukan parti mereka.

Pada ahli-ahli parlimen PAS yang lain, khususnya golongan ulama, tolonglah tarbiyahkan kembali Mahfuz itu. Kalau perlu, bawa dia kembali ke mana-mana cawangan Pasti berdekatan rumahnya. Mungkin dia sudah lupa pada tarbiyah Allahyarham Ustaz Fadzil Noor setelah bersekongkol dengan Presiden PasMa…






14 Komen to Perkara Yang Memalukan Seluruh Negeri Kedah Hari Ini…

  1. tengkudin says:

    sebanarnya dia nak balik awal tu…ada yang dah hello hello dia la tu…
    naik flight kul 8 mlm..itu kisahnya dia jadi monyet si yb hello hello ni..

  2. farizal says:

    apa punya jakun. Kahkahkah.. pokok sena! pokok sena!

  3. EVLee says:

    Hi hi hi …
    Dah macam hysterical aje … Takpe … esok kita tengok kot2 ada sesiapa yg dah tebang pokok kat luar Parlimen tu …

  4. jenny says:

    Hasil keturunan yg dahulu. Tiada perkembangan positif genetik. Kesian keturunan sekarang & masa hadapan.

  5. WTF says:

    Sah memang MABOK KETUM si Ketua Penerangan PAS tu

  6. Badrole Amin says:

    astaghfirullah….

    pembentangan hudud itu di DUN Kelantan tempohari bermaksud kesemua ADUN PAS(termasuk seorang ADUN dari PKR) dan ADUN UMNO setuju untuk membawa ‘private bill tentang hudud yang hendak dilaksana di Kelantan’ itu untuk dibentang, dibahas dan diundi di parlimen jadinya bagaimana menteri nak jawab setuju atau tidak setuju jika private bill tentang hudud yang hendak dilaksana di Kelantan itu belum lagi dibentangkan di parlimen?

    private bill tentang hudud yang hendak dilaksana di Kelantan itu belum lagi dibentang oleh hadi awang(mewakili kerajaan negeri PAS Kelantan) di parlimen dimana isi kandungan private bill tentang hudud yang hendak dilaksana di Kelantan itu akan dibacakan kepada semua ahli parlimen dalam dewan…selepas dibacakan sudah tentu akan ada perbahasan sama ada dalam bentuk persetujuan atau penolakan/penentangan dikalangan ahli parlimen baik dari PR atau BN

    sekali lagi, bagaimana menteri(DS Jamil Khir) nak jawab setuju atau tidak setuju?

    aku tak tahu sama ada mahfuz omar sengaja membuat provokasi atau terkena sejenis histeria masa tu, tak pun ‘gila babi’nya masa tu memang dah datang!

    buruk betul perangai ahli parlimen bongok seperti mahfuz omar bila meracau/histeria/datang ‘gila babi’nya, tak boleh kata macam lagi tapi memang haramjadah!

    hehehehehe

  7. Badrole Amin says:

    inilah akibat suka sangat dan rapat sangat berkawan dengan penjenayah liwat(luar tabie) sehingga membuat mahfuz omar bertanya soalan luar tabie kepada menteri(DS Jamil Khir)

    tidakkah luar tabie bertanya(mahukan) persetujuan dari menteri sedangkan private bill tentang hudud yang hendak dilaksana di Kelantan itu belum lagi dibentang(untuk diketahui isi kandungannya) di parlimen?

  8. omega says:

    Mahfuz mahu dilihat seolah beliau sokong hudud sedangkan disebalik itu beliau merupakan jurucakap DAP dan pasma, beliau hanya ingin memerangkap Menteri malangnya menteri tak sebodoh beliau.

    Apalah orang pas nie. dah tak ada kah pemimpin yg cerdik dan jujur ka nak dilantik sebagai MP. Yang bodoh dan kaki tipu juga yg mereka pilih.

  9. Badrole Amin says:

    semasa aku membuat komen diatas aku cuma tengok klip video itu sehingga minit 11:26, ternyata betul apa aku jangkakan jawapan dari menteri bahawa dia hanya boleh memberi jawapan(setuju atau tidak setuju) selepas isi kandungan private bill tentang hudud yang hendak dilaksana di Kelantan itu dibentang dan dibacakan di parlimen

  10. amier says:

    mahfuz sememangnya wakil rakyat spt seekor monyet meroyan bagai nak gila…bercakap bagai naik sawan…bercakap seolah2 beliau lebih arif soal hudud mempertikaikan benda yg sepatutnya beliau tanya pada dap dan pkr…kebododhan mahfuz makin terserlah kerana sikap nya yg spt syaiton tidak mencermin kan sikap seorg pemimpin yg profisional dan sikap yg tidak mencermin kn islam deq kerana nafsu yg serakah dlm diri beliau…
    sesuai la nama nya mahfuz agak2 nak mampos kot hehehehe….

  11. EVLee says:

    Hj Hadi kata:
    “Dengar dulu …”
    “Apa yang ingin dicadang dan akan dibawa oleh PAS menerusi Private Members Bill (RUU persendirian) nanti pula BUKANlah rang undang-undang HUDUD, tetapi pindaan dalam akta Mahkamah Syariah untuk membuka sedikit ruang bagi membolehkan satu-dua aspek syariah itu dilaksanakan terhadap penganut Islam sahaja….”

    Ok … dah ada sedikit pencerahan dan kita akan tunggu(untuk mendengar) selanjutnya …
    Jadi … Mahfuz ‘mengamuk’ tak bertempat … dia tak faham atau tak terima mesej … agaknya.

  12. Shah says:

    Wakil rakyat paling bodoh dalam PAS

  13. GT86 says:

    Sepatutnya Speaker kata: hallo.. Hallo… Pokok sena
    Atau pun pakai bahasa omputih.. Kan si mahfuz tengah belajo nak pandai.

    Kita patut faham dan menghormati perasaan penulis, jom la kita ucap takziah pada dia dan turut rasa bersimpati.
    Kemaluan betul lah.

Leave a Reply