Menu Utama

March, 2015

 

Kit Siang Bukan UGUT Pas, Tapi Cabar UNDI Melayu!!

oleh Mc T Fuhh.. menyirap rasa hati bila baca kata-kata Kit Siang si Penasihat Dap yang dulu, kini dan selama-lamanya (selagi hayat dikandung badan). Kit Siang bercakap dia umpama Tuhan yang menentukan kalah menang Pas pada PRU yang akan datang. Walaupun ada betulnya undi Pas pada PRU yang lepas, banyak bergantung pada undi kaum lain, tetapi Dap perlu ingat, Pas ketika itu ditolak oleh kaum Melayu kerana Pas dilihat menjadi boneka Dap. Melayu yang masih mengundi Pas (ketika itu) pun, sama ada dia penyokong tegar, ataupun penyokong Anwarinas (kini namaBaca Lagi


GST Barang Naik, Menteri Kata Tak Cukup Penguatkuasa!

oleh Mc T Dalam kekecohan peniaga tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang, kononnya takut kena GST. Rakyat Malaysia menaruh harapan kepada ‘hero’ penguatkuasa KPDNKK bagi mengawal dan menjaga peniaga ‘biadap’ yang mengunakan alasan GST bagi terus mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Namun harapan rakyat Malaysia tinggal harapan. Semuanya berpunca apabila Dato Sri Hasan Malek mengeluarkan kenyataan, bahawa Kementeriannya tidak cukup penguatkuasa untuk memantau peniaga yang menaikkan harga barang di seluruh Malaysia. Kenyataan itu sebenarnya umpama satu ‘bom’ jatuh diatas kepala seluruh rakyat Malaysia. Penulis tahu bahawa beliau jujur dalam kenyataannya tu,Baca Lagi


Mydin, Al Ikhsan tidak kenakan gst kepada pelanggan mereka.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menggesa peniaga mencontohi syarikat runcit besar Mydin yang memutuskan untuk menyerap enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). “GST sistem yang boleh claim cukai input 6 peratus. Kos niaga turun 6 peratus. SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) tidak. “Peniaga baik macam Mydin boleh serap GST 6 peratus itu!” tulisnya di Twitter. Beliau juga memuat naik gambar iklan Mydin yang menyebut bahawa mereka akan membayar kesemua enam peratus GST yang dikenakan kepada pembeli. Ia memuatkan slogan “gerenti semua MyMydin tanggung”, “harga tak naik” dan “6Baca Lagi


Kit Siang: PAS mungkin tewas sehabisnya

Penasihat DAP Lim Kit Siang menjangkakan bahawa PAS mungkin akan tewas sehabisnya dalam pilihan raya umum akan datang jika terus berkeras untuk melaksanakan hudud. Katanya, saki baki PAS hanya akan tinggal di beberapa negeri di utara, dan mungkin akan gagal membentuk kerajaan di kubu kuatnya, Kelantan. Lim berkata, kesemua parti dalam Pakatan Rakyat akan terjejas jika gabungan parti itu berpecah, namun PAS akan menganggung kerugian paling teruk. “Dengan kehilangan 30 peratus undi bukan Islam, PAS akan kehilangan tujuh kerusi parlimen dan 29 kerusi DUN yang dimenanginya dalam pilihan raya umumBaca Lagi


GST: Kuasa sebenarnya 
di tangan pengguna

OOH! Nak beli stok mekap sebelum GST.” Tulis seorang teman dalam status akaun Facebook (FB). Dan seperti yang dikehendakinya, status itu menerima banyak Likes bahkan ramai yang turut memberi komen seperti, “Cepat, cepat… sebelum terlambat!” Yang lagi turut tumpang sekaki memberi ‘idea’ barangan yang patut dibeli oleh teman FB penulis tadi. “Jangan lupa minyak wangi dan tuala wanita pun… saya dah beli stok untuk setahun.” Ada lagi menokok, “Books”. Posting atau status akaun FB sebegini memang menarik dan cepat serta mudah mengundang reaksi ramai. Maklumlah GST atau Cukai Barang danBaca Lagi


PM ingatkan JKDM jawab setiap persoalan rakyat tentang GST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kompleks JKDM di sini bagi meninjau persiapan akhir jabatan itu menjelang pelaksa­naan cukai barangan dan perkhid­matan (GST) Rabu ini. Beliau yang hadir sempena program walkabout turut melancarkan buku bertajuk Soalan Yang Selalu Ditanya Mengenai GST (FAQ GST) dan Pusat Akses Pembayar Cukai GST (TAP GST) yang akan dimuat naik di laman www.gst.custom.my untuk kemudahan orang ramai selepas ini. Yang turut mengiringi beliau adalah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni HanadzlahBaca Lagi


106 FAQ GST: Jawapan Kastam Mengenai Sardin Salah?

Semasa menerbitkan 106 jawapan kepada pelbagai soalan mengenai GST, pihak Kastam Di Raja Malaysia dengan penuh yakin menyatakan mereka boleh meyakinkan rakyat. Namun jawapan mengenai mengapa Sardin tin dikenakan GST menimbulkan polemik baru dan memberi ruang untuk pengkritik GST membelasah kerajaan. Kastam menyatakan mi maggi dan sardin dikenakan GST kerana barangan ini sememangnya telah dikenakan cukai jualan. Bagaimanapun seorang pembaca Facebook Page Mykmu menunjukkan Perintah Cukai Jualan 2012 yang menyatakan tiada cukai jualan ke atas sardin.   Lebih mengejutkan jawapan kastam ini diterbitkan juga biarpun beberapa hari lalu sudah adaBaca Lagi


Dap punca Perang Saudara Dalam Pas Bakal Berulang?

oleh Mc T Jika anda teliti sejarah parti Pas, pernah dahulu dikatakan perang saudara berlaku di dalam Pas, apabila ada gerakan Ulama yang menjatuhkan kumpulan idealis Pas akhir zaman 80-an jika penulis tak silap. Allahyarham Nik Aziz ketika itu menjadi tulang belakang kepada gerakan menyingkirkan Dato Asri Muda yang dikatakan terlalu berlembut dengan UMNO. Gerakan itu tampak gagal pada permulaan namun akhirnya berjaya, sehinggakan pada awal 90-an Kelantan menjadi milik Pas sepenuhnya dengan memenangi kerusi DUN 45-0. Kini, nasib yang sama, umpama bakal berlaku ke atas diri Haji Hadi Awang,Baca Lagi


106 Jawapan GST Termasuk Soalan Bodoh Ahli Parlimen Pakatan

Jawapan kepada 106 soalan (Jawapan ini berkaitan Jabatan Kastam Diraja Malaysia sahaja) 1. Kerajaan telah menyusun dan mengumumkan senarai barangan dimana harga runcit akan berkurang dengan adanya implimentasi GST disebabkan perubahan dari SST kepada GST, bilakah kita boleh menjangkakan ia akan berlaku? KPDNKK telah menerbitkan dan mengedarkan 6 panduan harga pengguna mengikut zon kepada umum yang menunjukkan peratusan perubahan harga barang. Buku ini boleh diperolehi secara percuma dari ibu pejabat KPDNKK,pejabat KPDNKK negeri atau dimuat turun dari laman web KPDNKK melalui pautan http://ebook.kpdnkk.gov.my/.Apabila GST dilaksanakan dan bergantung kepada kesediaan peniagaBaca Lagi


Pakatan Yang Ada Ni Pun Haru, Nak Buat Yang Baru Pulak

ENTAH kenapa Penasihat DAP, Lim Kit Siang sibuk mencatur siapa nak jadi Ketua Menteri Sabah apabila Pakatan Rakyat Baru yang diangankannya tu menjadi kenyataan kelak di negeri itu.  Pakatan Rakyat Baru ini adalah antara lain menggabungkan ADUN-ADUN sedia ada dari BN yang menentang hudud. Sebelum ini, Kit Siang juga memandai-mandai menamakan bakal Perdana Menteri Malaysia bila parti-parti bukan Islam dalam BN, bersama DAP tubuh kerajaan baru diperingkat persekutuan, seolah-olah menampakan yang ditentang ni bukan hudud tapi Islam. Apa pun, itu cerita lain kali, ini tentang Pakatan Rakyat Baru yang nakBaca Lagi