Menu Utama

February, 2015

 

Najib Garis Tujuh Amanat Untuk Bangsa Melayu Melangkah Maju, Berdikari

Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tujuh amanat utama sebagai panduan untuk bangsa itu melangkah maju di abad ke-21 dan menjadi kuat, hebat dan bermaruah. Amanat tersebut termasuk keperluan melatih orang Melayu menjadi bangsa berpengetahuan dan mengukuhkan ekonomi mereka. Amanat lain yang ditekankan Perdana Menteri malam ini menyentuh keperluan memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya; mempertahan institusi raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu; menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana; menjaga nilai-nilai murni; dan menjaga institusi keluarga. Najib menegaskan jika orang Melayu berpegang kepada amanat ini, ia akan menjamin mereka munculBaca Lagi


Polis tubuh pasukan khas siasat ugutan bunuh terhadap KPN

Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes ugutan bunuh oleh kumpulan Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata selain itu, pihaknya juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam ugutan berkenaan. “Kita dalam proses mengenal pasti blok-blok (pihak) yang terlibat membuat ugutan ini dan kita klasifikasikan kes ini sebagai satu kes ugutan jenayah,” katanya. “Kita telah memohon kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (untuk kenal pastiBaca Lagi


KDN Sudah Tidak Berfungsi Dalam Isu Anwar Ibrahim?

Oleh AJAB Isu Anwar Ibrahim ke Parlimen ini tidak patut berpanjangan jika Menteri KDN memaklumkan kepada rakyat bahawa sebagai seorang banduan Anwar Ibrahim tidak boleh menghadiri apa-apa sidang Parlimen mahu pun apa-apa aktiviti di luar penjara kecuali membabitkan kes Mahkamah beliau. Anwar Ibrahim sudah diputuskan bersalah oleh Mahkamah Persekutuan iaitu saluran terakhir dalam sistem perundangan Malaysia. Malah jika di peringkat Mahkamah Tinggi dan Rayuan pun jika seseorang itu didapati bersalah dan Mahkamah tidak membenarkan penangguhan hukuman, maka pesalah itu perlu dipenjarakan tanpa mengambil kira proses rayuan ke Mahkamah lagi tinggi.Baca Lagi


Saya berhak saman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap portal milik Pas, Harakah Daily demi membela maruah diri dan keluar­ganya. Beliau berkata, hal ini kerana akhbar tersebut telah memfitnahnya dengan menyiarkan artikel tanpa mengemukakan bukti. Tegasnya, beliau perlu menyaman dan meminta Harakah Daily menarik balik artikel berkenaan kerana apa yang ditulis adalah fitnah dan tidak benar. ‘‘Kita kena saman dan buat permintaan akhbar ini tarik balik apa yang disebut (tulis) kerana dakwaannya adalah fitnah dan tidak benar sama sekali. “Mereka pun tak ada menunjukkan buktiBaca Lagi


Risalah Jakim tangkis hadis palsu

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta umat Islam merujuk risalah bertajuk ‘Hadis Mawdu’ (Hadis Palsu)’ yang diterbitkan jabatan itu sebagai panduan mengenali hadis-hadis palsu. Othman Mustapha Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, risalah hasil tulisan Prof. Madya Dr. Abdul Hayei Abdul Shukor itu memberi penerangan tentang hadis-hadis palsu dan cara-cara untuk mengenalinya. Katanya, risalah percuma itu adalah inisiatif Jakim bagi mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dalam mempercayai sesuatu hadis yang disebarkan di laman-laman sosial. “Umat Islam mestilah mendapatkan rujukan daripada kitab-kitab dan para ilmuan yang mempunyai kepakaran dalam ilmu hadisBaca Lagi


Sistem pendidikan Islam perlu diubah

Sistem pendidikan Islam perlu diubah dalam usaha memberikan kefahaman sebenar ajaran suci itu kepada para pelajar terutama yang berkaitan dengan topik jihad. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, langkah itu banyak diperkatakan oleh para ulama mutakhirin dalam resolusi-resolusi terkini berhubung usaha mencegah generasi muda daripada terlibat dengan gerakan ekstrem dan melampau. “Sebagai contoh apabila disebut konsep jihad, maka kita akan terfikir bahawa jihad itu hanya mengangkat senjata sedangkan terlalu banyak ruang yang terdapat dalam Islam. “Ulama terkenal, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya `Fiqhul Jihad’ telah menyebutBaca Lagi


UMNO dan PAS bersatu hanya angan-angan semata..

oleh Mc T Semenjak Allahyarham Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia. Muncul kembali ayat-ayat penyatuan diantara dua parti terbesar orang melayu di Malaysia ini. Lebih-lebih lagi, ada orang UMNO yang selalu menyebut tentang penyatuan. Bukan penulis tak sokong dua parti terbesar ni bersatu, ianya amatlah bagus. Sudah tentu bangsa Melayu yang beragama Islam semakin kuat bila saling bekerjasama dan mentadbir negara ini dibawah satu nakhoda. Tetapi semua itu tak mungkin kita capai, ianya hanya angan kita semata-mata. Sedarkah kita, dikalangan kita sekarang ni, perpecahan bukan saja berlaku di antara partiBaca Lagi


UMNO Takut Punca Tak Bertanding di Dun Chempaka?

oleh Mc T Rasanya tak terlambat untuk penulis mengulas sedikit mengenai PRK Dun Chempaka, kerusi dun tinggalan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. Dun ni bak kata orang, kalau Pas letak kopiah putih pun boleh menang di Dun Chempaka ni. Begitulah gambaran orang mengenai Dun kubu kuat Pas tu. Apakah disebabkan gambaran kekuatan Pas yang dikatakan ‘gah’ disana, menyebabkan UMNO tidak mahu bertanding? Penulis tak rasa begitu. Kerana mengikut sejarah PRK, hampir kesemua tempat yang ada PRK, UMNO/BN akan turun bertanding, kecuali ada ‘special kes’ barulah diabaikan PRK tersebut. Bagaimana pulaBaca Lagi


Benarkah Kita Layak Sebagai Seorang Ketua?

oleh Mc T Pemimpin sebuah negara atau organisasi, juga disebut sebagai ‘Ketua’, ‘Leader’, ‘Pengerusi’, ‘Perdana Menteri’ atau ‘Presiden’, ‘Sultan’, ‘Raja’ Sebutannya mungkin berbeza tetapi fungsi kesemua diatas adalah sama. Cuma mungkin ada sedikit berbeza mengikut organisasi masing-masing dan bagaimana seseorang ketua dilantik. Ada yang dilantik oleh orang atasan, ada yang diundi, ada yang dilantik sebab sudah kerja lama berdasarkan pengalaman, ada juga yang jadi ketua sebab undian terbuka. Disebabkan pangkat inilah, ramai yang bergaduh, tikam menikam, cucuk mencucuk, racun meracun, malahan kawan baik pun boleh bergaduh disebabkan pangkat dan nama.Baca Lagi


Boleh Ampun Ke Kalau tak Bersalah?

oleh Mc T Kejadian pelik tapi benar, bagaimana seorang pesalah nak diampunkan jika keluarga yang mohon keampunan dari YDP Agong mengatakan si pesalah yang didapati bersalah itu benar-benar tidak bersalah? Fuhh.. berbelit rasanya. Korang yang baca faham tak? Memohon pengampunan dari Yang Dipertuan Agong untuk lepaskan si bapanya yang disabitkan kesalahan meliwat. Tapi atas alasan, si bapa mereka yang meliwat tu tak bersalah dan patut dilepaskan, kononnya bapa mereka itu tahanan politik. Sejak bila dalam politik dibenarkan meliwat? Sejak bila juga, meliwat merupakan kerja-kerja politik? Makin pening dan tak fahamBaca Lagi