Menu Utama

January, 2015

 

Gambar Rekahan Bahagian Enjin Pesawat Air Asia ke Vietnam Timbul Tanda Tanya

Seorang penumpang pesawat Air Asia ke Ho Chi Minh, Vietnam (AK 520) pagi tadi mempersoalkan mengenai keselamatan pesawat terbabit apabila beliau ternampak rekahan / keretakan di bahagian enjin sayap sebelah kiri pesawat. Penumpang terbabit yang menghubungi Mykmu.net menyatakan ia dirakamkan sebelum turun dari kapal terbang semasa tiba di Ho Chi Minh. Beliau berharap Air Asia memberi penjelasan lanjut sama ada keretakan seperti di bawah sesuatu yang normal atau berbahaya kepada penumpang.


PM Arah Siasat Pihak Sabotaj Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan agensi kerajaan yang berkaitan supaya mengambil tindakan terhadap dakwaan tentang kegiatan individu tertentu mensabotaj ekonomi negara. Perdana Menteri berkata, bukti perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum tindakan sewajarnya diambil terhadap individu terbabit. “Kita kena peroleh bukti terlebih dahulu seperti apa yang didakwa. Kita berharap badan kerajaan yang relevan akan ambil tindakan sewajarnya,” kata­nya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Semalam, Ahli Parlimen Kepala Batas, Reezal MericanBaca Lagi


Tony Pua Mahu Jatuhkan 1MDB Supaya Taukey Cina Untung?

Oleh AJAB 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah syarikat milik kerajaan yang bukan bertujuan menguruskan kekayaan negara. Ini bermkana 1MDB tidak menggunakan kewangan negara seperti mana Khazanah Nasional bergerak. Kerajaan hanya memberi modal permulaan sebanyak RM 1 juta dan jaminan ke atas bon 1MDB sebanyak RM 5.8 bilion. Justeru serangan ke atas 1MDB seolah-olah syarikat terbabit bakal memufliskan negara adalah satu serangan tidak masuk akal. Katakan jika syarikat ini muflis, tanggungan kerajaan hanya RM 5.8 bilion iaitu sekitar 2.5% daripada bajet tahunan negara dan 0.25% daripada Rizab Negara. Ini denganBaca Lagi


RoadTour ‘Lari tetap lari’ Konsert Terakhir Anwar?

oleh Hafiz Azmi Setiap kali Anwar nak ditentukan samaada dia didapati bersalah atau tidak. Pasti akan ada roadshow dari Anwar ke seluruh Malaysia, semua itu kita tahu ia jalan bagi menagih simpati rakyat. Acap kali strategi yang sama digunakan dari dulu hinggalah sekarang. Jika roadshow yang lepas, Anwar sanggup panjat pagar UM (Universiti Malaya), untuk buat gimik murahan, malah beliau juga mengunakan Fahmi Zainol untuk menabur fitnah, kali ini sudah tentu kita menanti apa pulak gimik atau ‘showmanship’ yang Anwar cipta untuk raih simpati. Tarikh untuk keputusan semakin hampir, mahkamahBaca Lagi


Mustafa sedia buktikan Guan Eng tipu.

Dalam satu kenya­taannya hari ini, beliau berkata, pembuktian itu akan dilakukannya jika Guan Eng menyahut cabarannya kelmarin supaya mereka bersemuka, susulan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut bahawa beliau (Mustafa) tidak jujur dalam isu pelaksanaan pilihan raya PBT. “Isu sebenar adalah mudah, bahawa saya cabar Guan Eng kerana dia menuduh saya tidak jujur dan saya katakan dia berbohong. “Isu integriti ini penting untuk menjaga kepenting­an pakatan pembangkang dan ia mesti diselesaikan. Oleh itu, carilah masa yang sesuai dengan ada penyaksian. Saya akan buktikan dia berbohong,” katanya. Mustafa membuat kenyataan ituBaca Lagi


Guan Eng Beri Amaran Pada Azmin Supaya Ikut Telunjuk DAP

MEMANG benar seperti yang dikatakan orang, Guan Eng ini betul-betul sombong.  Kesombongannya tu bukan setakat di Pulau Pinang dimana dia dah dianggap macam Tokong, tapi di luar Pulau Pinang juga. Contohnya di Selangor kelmarin, bila Azmin Ali tak hadir konvensyen DAP di Serdang, Guan Eng ambil kesempatan beri amaran terbuka kepada Azmin Ali agar tidak jadi seperti Khalid Ibrahim atau DAP akan mengkritiknya, Itu bahasa ceramah, bahasa yang sebetulnya, “ikut cakap kami, atau kena”. Sebelum lebih panjang, apa masalah dengan Khalid? Bukankah sepanjang tempoh dia menjadi Menter Besar sehingga nakBaca Lagi


Dap Minta Hapuskan PLKN Kerana Gagal?

oleh Fendi Janggut Minggu lepas, Ketua Pemuda DAP iaitu Teo Kok Seong, dengan penuh semborono, meminta supaya kerajaan hapuskan Program Latihan Khidmat Negara, PLKN. Tanpa sebarang alasan yang konkrit, beliau mentafsirkan bahawa PLKN adalah program yang gagal. Benarkah PLKN gagal? Sebelum wujudnya PLKN, sarat di dada akhbar, laporan yang kurang enak mengenai aktiviti-aktiviti pelajar lepasan SPM ketika itu. Maka, lahirlah PLKN yang diilhamkan sendiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, yang pada ketika itu adalah Menteri Pendidikan. Tujuan PLKN ini, tak lain tak bukan adalah untuk mendidikBaca Lagi


Apa Masalah Timbalan Menteri Bawa Pistol?

Sejak petang tadi menjadi bahan bualan di media sosial megenai gambar yang menampakkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan, mempunyai pistol yang terselit dipinggang beliau. Namun ramai yang mengecam sebenarnya tidak tahu bahawa adalah tidak salah untuk Timbalan Menteri tersebut membawa senjata. Yang salah jika beliau mengacu senjata kepada orang awam tanpa sebab keselamatan. Bercakap kepada Malaysiakini, Saravanan berkata beliau memiliki lesen untuk pistol jenis Glock itu dan tidak pernah mengacukannya kepada sesiapa. “Saya membawa senjata api berlesen sejak 15 tahun lalu atas sebab keselamatan. Tiada apa masalah.Baca Lagi


Kita Bersedia Ancaman Ekonomi – Najib Razak

Unjuran positif agensi penarafan antarabangsa Moody’s Investor Service bagi ekonomi Malaysia membuktikan bahawa ekonomi negara berada di landasan yang baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Moody’s dalam satu kenyataan hari ini telah mengesahkan bon kerajaan dan memberikan penarafan A3 kepada kerajaan Malaysia dengan unjuran yang kekal positif. Najib berkata, pencapaian negara dalam bidang ekonomi boleh dibanggakan meskipun masih ada banyak cabaran. “Saya telah memaklumkan kepada Majlis Tertinggi tentang perutusan khas yang telah saya buat tentang keadaan ekonomi semasa dan Majlis Tertinggi menerima bahawa apa yang kita hadapiBaca Lagi


Bekas Setiausaha Politik Idris Jusoh Dipenjara Hantar SMS Ugutan

Mahkamah Rayuan Putrajaya memerintahkan ahli perniagaan Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir menjalani hukuman penjara tiga bulan kerana menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan kepada tiga bekas wakil rakyat BN dan SMS fitnah kepada bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Besar Terengganu, pada 2009. Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara membuat keputusan tersebut selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Ahmad Ramzi. Ahmad Ramzi, 43, yang merupakan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu sebelum ini dijatuhiBaca Lagi


Threesome