Menu Utama

December, 2014

 

Kalau Tak Nak Terima Teguran PM, MB Kelantan Perlu Halusi Teguran Sultan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya semalam ketika mengulas kejadian banjir besar yang melanda Kelantan tika ini tidak menolak kemungkinan musibah luar biasa itu berlaku disebabkan kegiatan penerokaan tanah dan aktiviti pembalakan di Hulu Kelantan (Gua Musang & Kuala Krai). Kesan dari aktiviti menggondolkan kawasan hutan yang tidak terkawal itu dapat dilihat dengan jelas apabila timbunan sampah sarap kayu balak termasuklah beratus batang kayu balak yang hanyut telah menyekat aliran air sungai kemudiannya melimpah membanjiri kawasan daratan. Impaknya tidak hanya menyebabkan Gua Musang dan Kuala Krai dilandaBaca Lagi


RON95 Turun Kepada RM1.91 Seliter Bermula Tengah Malam Ini

Sekejap tadi Menteri Perdagangan Dalam negeri, Koperasi & Kepenggunaan, datuk Seri Hasan Malek telah mengumumkan harga minyak petrol RON95 turun sebanyak 35 sen menjadikan harga terbaru bermula tengah malam ini ialah RM1.91 seliter berbanding RM2.26 sebelum ini. RON97 yang sebelum ini RM2.46 seliter turut mengalami penurunan 35 sen dengan harga terkini ialah RM2.11 seliter. Manakala harga terbaru bagi bahan api Diesel pula turun sebanyak 30 sen dengan harga barunya kini ialah RM1.93 seliter. Perubahan harga bahan api ini adalah selari dengan penurunan harga minyak mentah dunia dan pengiraannya dibuat bersandarkanBaca Lagi


Helikopter Polis Terhempas di Tanah Merah, Kelantan

Terkini: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sahkan laporan awal sebelum ini: Laporan Sebelum ini: Laporan yang belum disahkan menyatakan sebuah helikopter milik Polis Di Raja Malaysia telah terhempas di Tanah Merah, Kelantan pada sekitar jam 6.45 petang tadi berhampiran kawasan perumahan Kursial. Helikopter yang terbabit dalam dalam kerja-kerja membantu mangsa banjir telah terjatuh menyebabkan 3 orang pegawai Polis dan seorang orang awam cedera. Kesemua mangsa telah dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Tanah Merah.


Ini Bukan Tsunami Banjir Tapi Tsunami Balak

SURUT air di beberapa kawasan dalam negeri Kelantan, timbullah apa sebenarnya yang menyebabkan bencana kali ini masuk buku rekod sebagai yang terburuk dalam sejarah – balak. Longgokan kayu – kayu balak ini boleh dilihat hampir di banyak kawasan yang terjejas teruk seperti Manek Urai contohnya. Dengan kerakusan pemimpin PAS Kelantan melahap hasil balak negeri itu, tak sukar nak mengagak dari mana kayu – kayu balak itu datang. Tak kan datang dari Thailand pulak kan!! Seterusnya menjawab teka teki kenapa Husam Musa cuba menyalahkan empangan Kenyir 2 sebagai punca malapetaka terukBaca Lagi


Kerajaan Sangkal Dakwaan Tidak Utamakan Bantuan Bencana Negara

Dakwaan bahawa kerajaan tidak memberi keutamaan kepada bantuan bencana negara dan hanya menyediakan RM9.3 juta bagi peruntukan pengurusan bencana dalam Bajet 2015 adalah tidak benar, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar. Beliau berkata peruntukan RM9.3 juta yang dirujuk dalam dakwaan itu sebenarnya hanya merupakan peruntukan belanja mengurus yang disediakan untuk membiayai kos pengurusan Bahagian Bencana Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), seperti pembayaran gaji dan elaun kakitangan. Katanya dana untuk menghadapi bencana telah disediakan di bawah Kumpulan Wang Amanah Tabung Bantuan Bencana Negara yang diuruskan MKN. “UntukBaca Lagi


Kerajaan Sediakan Khemah Sebelum Rumah Sementara Siap – Tok Pa

Kerajaan akan menyediakan khemah secepat mungkin untuk menempatkan mangsa yang kehilangan rumah atau rosak teruk akibat banjir di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penyediaan khemah itu adalah tindakan segera sebelum rumah sementara dapat disiapkan untuk mangsa. “Jumlah sebenar mereka yang terbabit sedang dikenal pasti tetapi ramai masih tinggal di sekolah-sekolah yang dijadikan pusat pemindahan walaupun banjir sudah surut dan mereka ini akan keluar dari sekolah berkenaan apabila sesi baru persekolahan bermula pertengahan bulan depan,” katanya pada sidang akhbar di Kota Bharu hariBaca Lagi


Mangsa Banjir Hilang Dokumen Penting Diberi Gantian Percuma – Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Mangsa banjir yang kehilangan sijil kelahiran, kad pengenalan atau dokumen-dokumen pengenalan diri lain akibat bencana itu akan diberikan gantian secara percuma. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mereka boleh membuat gantian itu di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negera (JPN), apabila keadaan banjir pulih kelak. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, orang awam boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam, JPN di talian 03-88807077, 03-88807067, 03-88807069 dan 03-88808206 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my,” katanya dalam kenyataan Rabu. Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kementerian menerusi jabatanBaca Lagi


Air Mata Kesedihan Perdana Menteri di Kuala Krai

Tidak banyak dapat diucapkan oleh Perdana Menteri melihat kemusnahan di Gua Musang dan Kuala Krai apabila beliau melihat sendiri kerosakan yang menyayatkan hati dan bencana banjir yang melanda kedua-dua kawasan sejak minggu lalu. Kelihatan air mata yang bergenang apabila mendengar taklimat daripada pegawai perubatan yang dedikasi mengenai kerosakan hospital Kuala Krai dan bagaimana usaha membantu dan menyelamatkan pesakit dilakukan serta doa dan harapan mereka ketika itu. Beliau duduk dengan tekun mendengar penerangan Pengarah Hospital Kuala Krai mengenai kesungguhan kakitangan hospital terbabit yang bekerja berterusan selama lebih 5 hari bagi meneruskanBaca Lagi


Banjir Di Kota Bharu Tahun 2004 Dulu Menurut Husam Musa Adalah Bala Dari Allah?

Bila bercerita kisah banjir besar yang berlaku di Kelantan kala ini mahu tak mahu membawa ingatan penulis kepada kejadian bah besar yang pernah melanda Ibu Negeri Kelantan yakni Kota Bharu pada penghujung tahun 2004 dulu dan terselit satu perkara yang menarik perihal kisah bala dari Allah SWT. Kawasan Parlimen Kota Bharu waktu itu kebetulannya baru beberapa bulan dimenangi BN dalam PRU-11 yang berlangsung pada 21 Mac 2004. Calon BN yang menang itu ialah Datuk Zaid Ibrahim yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan. KemenanganBaca Lagi


PAS Wayang Lebih!!