Menu Utama

Umno Selangor perlu Muhasabah Diri, Perbaiki Kelemahan Dan Mantapkan Perjuangan Parti

Anggota Umno Selangor perlu muhasabah diri bagi memperbaiki kelemahan dalam parti bagi memantapkan perjuangan parti, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Melalui amalan itu, katanya, ruang dan peluang untuk mengatur perancangan rapi bagi meyakinkan rakyat untuk terus menyokong Umno dapat dicapai.

“Saya boleh bantu tetapi anggota Umno Selangor sendiri perlu bekerja keras bagi merealisasikan segala apa yang telah dirancang selama ini,” katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Konvensyen Umno Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Tambah Hishammuddin yang juga bapa angkat kepada Badan Perhubungan UMNO Selangor, agenda dan isi konvensyen kali ini juga diharap dapat dibahaskan dengan lebih meluas semasa‎ Perhimpunan Agung UMNO akhir bulan ini.

“Kita perkukuhkan tiang-tiang seri parti. Setiap agenda dan misi parti harus diperjelaskan k‎epada perwakilan dan inilah mesej kita.

“Kita lihat ruang-ruang yang ada untuk membetulkan apa yang silap sebelum ini, perancangan dan transformasi setiap bahagian perlu untuk memastikan ia direalisasikan,” jelasnya.

Mereka perlu menyakinkan rakyat untuk terus memberi kepercayaan kepada pemimpin serta sokongan padu kepada parti itu, katanya ketika ditanya mengenai perancangan Umno bagi menawan semula negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Konvensyen sehari itu dirasmikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia dihadiri kira-kira 2,000 anggota parti peringkat bahagian, sayap Pemuda, Wanita dan Puteri negeri, kelab veteran Umno dan Majlis Bekas Wakil Rakyat Selangor.

Bernama






9 Komen to Umno Selangor perlu Muhasabah Diri, Perbaiki Kelemahan Dan Mantapkan Perjuangan Parti

  1. itsme says:

    UMNO sgor dilihat tdk mempunyai kepimpinan yg boleh dihormati oleh majoriti ahli2 mrk.. mrk perlu mengakui tiada kesefahaman didlm pemilihan pucuk pimpinan parti itu disgor.. ds noh omar sebenarnya tlh gagal hampir 100% dlm memimpin umno sgor, dr itu adalah wajar najib perlu membuat tindakan taktikal kepada kepimpinan sgor jika benar ds najib ikhlas mahukan sgor kembali.. umno pusat perlu tegas dahulu kpd umno negeri barulah ahli mrk rasa lebih terjamin dgn mempunyai pemimpin atasan yg berani dan tegas demi kejayaan yg lbh cemerlang.

  2. hadi says:

    hahaha…lawak2..bila ah jib gor bangkitkan isu UMNO Selangor dlm media..berduyun2 blogger bantai UMNO Selangor..ni nk bgtau sikit isu UMNO Selangor ni dah berkurun lama masalahnya..baru Ah Jib Gor nk bising..lps tu pula bkn sj UMNO Selangor..malah beberapa lagi UMNO negeri yg mcm hampeh!!kemudian pula..UMNO Pusat pun sama LEMBAB,LEMBIK DAN BACUL Serta telah hilang semangat PERJUANGAN DEMI AGAMA,BANGSA DAN NEGARA..hidup ketua pemuda liberal Umno Malaysia!!

  3. Al Linggi says:

    Bukan zaman kata-kata retorik lagi yang boleh memulihkan UMNO S’ngor. Selama memerintah dulu mereka nampak kuat dari luar tapi berulat di dalam. Malangnya tiada yang berjiwa besar untuk keluar dari main’s stream. Sekarang bila tiada apa yang boleh memayung mereka rebah. Kerosakan yang memakan tempulur ini payah untuk pulih. Labih baik disenaraikan semua kelemahan dan beranikan diri, dapatkan kebijaksanaan, kemunasabahan, dan ketundukan kepada Allah bagi membina kembali kekuatan. UMNO jangan seronok menganalisis kelemahan MCA sedangan sendiri pun buntu. Jangan nak bersandar dengan tranformasi kerajaan sahaja. UMNO sudah amat ranum untuk gugur jika tiada usaha mentranformasikannya. Sejak PRU 13, rakyat menunggu UMNO mengubati dirinya sendiri dengan mengambil tindakan yang nampak drastik, keras, berani dan bijak. Tidak guna strategi menakut-nakutkan kerana sebahagian yang ada kini tidak peduli pun kalau mereka menyebabkan UMNO terlingkup. Yang masih ada sedikit keinsafan saja yang tambah takut. Sebelum memerangi musuh di luar, tunjukkan UMNO berkesanggupan dan ada kekuatan untuk berhadapan dulu dengan bukan saja individu dan kelompok tapi juga corak pemikiran, amalan dan budaya yang memusnahkan dirinya.

  4. BenSelamat says:

    Ketua2 yg penting kan kantung sendiri mesti diganti. DS Noh failed tak perlu tunggu. Bbrp bulan lepas TDM, tak ada usaha untuk bangun waktu pihak sebelah sana menhadapi masalah. Ttp aku tengok2 UMNO selangor tandus ketua. Yg ada skg cuba sekat muka2 baru takut mereka akan jd tak relevant.

  5. Tubir says:

    Bukan Umno selangor saja….tapi UMNO itu sendiri dah menyimpang dan jadi kartun dibawah Najib Razak dan kuncu kuncunya sperti H20….Umno perlu tunjukan jalan keluar seperti paklah dulu….kita pilihlah pemimpin yang tak syook sendiri I lovve Pm ni.jangan diulang perangai tak senonoh ni dalam UMNO.

  6. wong jo woo says:

    pemimpin tertingi UMNO yang sepatutnya muhasabah diri jangan syok sendiri ..yakin kepada orang melayu islam semuanya bahawa parti ini membela nasib orang melayu islam…kalau suruh org peringkat bawahan rasanya dh lama mereka muhasabah diri sampai dah penat melayan karenah orang2 peringkat tertinggi yang syok sendiri..

  7. wong jo woo says:

    pemimpin tertingi UMNO yang sepatutnya muhasabah diri jangan syok sendiri ..yakin kepada orang melayu islam semuanya bahawa parti ini membela nasib orang melayu islam…

  8. semangat dato' haron says:

    Bersatulah Melayu.

Leave a Reply