Menu Utama

UMNO, BN boleh kalah jika persepsi tidak diubah

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) bahawa kedudukan parti itu dalam bahaya jika persepsi dan pandangan orang muda terhadap parti tidak segera diubah.

Muhyiddin berkata jika situasi itu tidak segera diubah, dengan hanya penurunan dua peratus sahaja, tidak mustahil BN boleh hilang kuasa.

“Graf kedudukan kita sekarang menunjukkan penurunan, kalau situasi tidak bertambah baik, hanya dengan dua peratus penurunan undi kita dalam keadaan bahaya.

“BN pasti akan kalah; kita dalam keadaan amat bahaya,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata dalam tempoh kurang dari 39 bulan menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), persepsi dan pandangan orang muda terhadap UMNO dan BN perlu diubah.

“Kalau tidak ada pembaharuan, kedudukan kita berbahaya. Presiden komited untuk meluangkan lebih banyak masa untuk UMNO.

“PM akan korbankan masa lihat kepentingan parti, turun pada setiap kawasan,” katanya lagi.

Untuk memastikan usaha mengubah persepsi dan pandangan orang muda itu berjaya, Muhyiddin berkata Badan Naziran Politik akan ditubuhkan.

Beliau menjelaskan, ahli-ahli yang tidak mempunyai jawatan dalam parti akan dilantik dalam badan yang dipantaunya itu.

“Ini langkah drastik. Saya akan pantau. Kalau ada kawasan kelabu jadi hitam, maka ada perkara yang perlu dilakukan. Inisiatif ini akan dilaksanakan awal tahun depan,” katanya.

Dalam ucapannya juga, Muhyiddin mengumumkan penubuhan Yayasan PIBG Nasional yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, dana sebanyak tidak kurang RM200 juta atas sumbangan kerajaan, Badan Berkaitan Kerajaan (GLC) dan pihak swasta akan diagih-agihkan kepada sekolah-sekolah luar bandar.

Mengulas mengenai pengumuman mengekalkan Akta Hasutan 1948 oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin menjelaskan ia bukan satu desakan.

“Ada nyatakan kenyataan awal saya sebelum ini sebagai desakan. Ini bukan desakan, tetapi sebagai timbalan yang baik.

“Saya bersyukur dengan keputusan kekalkan Akta Hasutan dengan pengukuhan dan ditambah baik. Terima kasih,” katanya.

Sumber Awani






13 Komen to UMNO, BN boleh kalah jika persepsi tidak diubah

  1. bujuk says:

    Perwakilan mahu cina diketepikan dari perancangan k’jaan kerana umpama MENCURAH AIR DI PADANG PASIR, tapi PM kata TunM pernah kalah kerana sebut tidak perlukan undi cina. TPM kata BN pasti kalah jika tiada pembaharuan.. tapi semua tahu. Najib dah buat TRANFORMASI lepas ambil alih dari PakLah. Apakah TRANSFOMASI itu bukan PEMBAHARUAN? atau ubah Najib dan jawatan Presiden baru disebut Pembaharuan. Pembaharuan atau perubahan jika dibuat tampa keihlasan, semua dibuat untuk kaut untung masing2. UMNO/BN bukan lebih REMAJA tapi lebih buruk dan busuk dimata rakyat.

  2. syaa says:

    diadakan persepsi persepsi negatif oleh pakatan setan pakatan pembangkang adalah untuk memburukkan pemerintah pada mata rakyat jelata.supaya rakyat benci pada pemerintah.bila dah benci kena tolak masa PRU nanti.pada mata pakatan setan pakatan pembangkang tidak ada satu pun yg baik dilakukan oleh pemerintah.bagi apa pun tak guna.oleh itu umno dan bn kenalah lancarkan kempen perangi persepsi negatif terutama sekali di dalam media sosial.klu nak kata pemerintah tu buruk,pembangkang lagilah buruk dan kotor.laki bini berebut jadi presiden tak nampak ker?

  3. razid sakirin says:

    Pemimpin-pemimpin UMNO samada yang berada dalam kabinet mahu pun dalam parti yang sudah berusia (contoh : 65 tahun sudah tua sebenarnya)dan sudah terlalu lama berkhidmat seharusnya mengundurkan diri, beri peluang dan laluan kepada pemimpin muda untuk menyumbang. Pemimpin UMNO yang sudah mengundurkan diri masih boleh menyumbang sekali pun tidak berada dalam kabinet atau parti, contohi Tun Dr. Mahathir – yang penting sayangkan parti dan ikhlas demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Seseorang pemimpin perlu bersih dan dilihat bersih dari sebarang skandal, penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya. In Shaa Allah jika para pemimpin itu benar-benar jujur dan ikhlas dalam perjuangannya, UMNO boleh dan mampu bangkit cemerlang dan releven dipandang seluruh rakyat.

  4. hajimat says:

    Segala-galanya berpunca dari seorang MUNAFIK yang gila kuasa. Tak hairanlah kalau manusia jenis ini dilaknati Allah. Di sepanjang perjalanannya di dunia ini, beliau meninggalkan najis dan api kemusnahan.
    Tidak ada satu pun sumbangan yang berfaedah yang ditinggalkannya melainkan najis dan kerosakan.
    Ya Allah kau selamatkan dan lindungilah Melayu dari durjana MUNAFIK bergelar Al-Juburi ini.

  5. raplahjingaa says:

    Tu la hang bujuk…buat komen ikut dendam kesumat orang yang kalah, cuba rasional sikit, hang tengok kami kat sini, Presiden parti pun kami hentam, yang lain tok sah kira la. Pokoknya kami tak mau UMNO menyimpang dari parti yang mempertahankan agama dan bangsa, nak ikut tidak kecekapan dan rasuah kat mana-mana pun ada hatta dalam DAP, PKR hatta PAS sekali pun.

    Kami sokong bukan semborono, kalau ada parti yang lebih baik dari UMNO yang mempertahankan agama dan bangsa, dah lama UMNO berkubur, tapi masaalahnya TAK ADA !!tu la aku selalu kata kat hang, nak kuburkan UMNO bukan susah manapun, buktikan PAS lebih baik dalam menjaga agama dan bangsa…maka akan lingkuplah UMNO, tapi itu pun hangpa tak boleh buat.

    hati hangpa dah terlalu hitam, menyalahkan yang betul dan membetulkan yang salah…hangpa berjuang diatas dasar dendam dan bukan untuk memperbaiki keadaan. tengok apa dah jadi dekat PAS ?? tepuk dada tanya selera….

  6. sirdi says:

    Masalahnya dlm umno ni takde unit propaganda. Unit penerangan pun jenis skema je & tak pandai nak gunakan psychologi. Asyik-asyik nak kena bertahan dari serangan pembangkang je. Lama2 rakyat lebih percayakan cakap pembangkang. Mcm mana nak menang kalau tak menyerang. Cuba tubuhkan satu unit PSYOP supaya pembangkang pula yg terpaksa bertahan.

  7. bujuk says:

    raplajingga hang tak terasa ka, Presiden hang kata bogger bangag. Cari makan dengan umno tapi tembak sama sendiri. Tu dia kata ka hampa yg kritik tindakan dia la tu… walaupun dia ikut jugak kata hampa, tapi dapat la bangang dari dia.

  8. kuman says:

    “PM akan korbankan masa lihat kepentingan parti, turun pada setiap kawasan,” katanya lagi.????? Cam mana sedangkan banyak masa kat Luar Negeri sekali dg Talent Cop

  9. raplahjingaa says:

    Bujuk, PM hanya seorang melayu daripada berpuluh juta orang melayu di Malaysia ni, dah berapa kali aku katakana, aku sokong UMNO kerana UMNO itu adalah UMNO,satu-satunya parti politik yang masih pertahankan agama dan bangsa di Negara ni, Najib ?? level dia dah hampir sama dengan mahpus sekarang ni, sebab Mahpus tak berapa cerdik, adakah hang berhenti dari menyokong PAS ??

    Tidak kan ??

  10. Adam Abdullah says:

    Apa itu persepsi? Nak tahu jawapannya baca ini – http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=persepsi.

    Persepsi itu datang atau timbul hasil perbuatan, tindakan dan tingkah laku yang dibuat atau diambil oleh seseorang pemimpin UMNO/BN atau seseorang pemimpin UMNO/BN yang menjadi pemimpin Kerajaan dan juga pemimpin atau Ketua di Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan dan GLC serta GLIC kerana mereka semua ada hubung kait dengan Kerajaan.

    Kalau mereka baik, bersih, cekap dan amanah maka persepsi rakyat, ahli dan penyokong parti dan pengundi terhadap mereka akan baik.

    Sekiranya mereka menyeleweng, menyalahgunakan kuasa, mengamalkan tabiat rasuah, berbelanja lebih daripada pendapatan mereka maka persepsi tidak baiklah akan timbul terhadap mereka.

    Yang baik dan betul kita puji dan contohi. Yang salah dan silap kita perbetulkan. Degil sangat kita buang.

  11. Adam Abdullah says:

    Dahulu ia adalah Pejabat Kerajaan di atas tanah Kerajaan. Tetapi sekarang ia ditukarganti dan(pejabat)dirobohkan dan tanah dijadikan tapak untuk bangunan perniagaan atau comercial centres dan pejabat perdagangan 10 – 20 tingkat.

    Apa persepsi orang ramai terhadap tindakan sebagitu? Siapa boleh jawab dan beri penerangan yang boleh diterima oleh orang ramai dan pengundi.

  12. WTF says:

    Bujuk, dalam PAS majority pemimpin PAS yg pegang kuasa baik dalam parti mahupun jumlah dalam ADUN dan Ahli Parlimen merupakan ahli2 PASMA, adakah Bujuk tidak lagi menyokong PAS???

    Malah dahulu secara TAK LANGSUNG Hadi Awang kata Bujuk (yg merupakan antara org yg sokong Wan Azizah masa PRK N25 Kajang demi mencapai matlamat Langkah Kajang nakkan jawatan MB Selangor) adalah mereka yg sudah DISERET MASUK DALAM NERAKA JAHANAM, adakah Bujuk tidak lagi menyokong PAS???

    Takder kan Bujuk!!! PASRAH jerlah terima arahan dari PASMA, ya Bujuk!!!

    Comel2 Montel ahli2 PAS ni, CUBIT PIPI SIKIT boleh Bujuk!!!!

    Hehehehehehe

Leave a Reply