Menu Utama

Transgender: Terima & Iktiraf, Dua Perkara Berbeza

RASA ‘lembik-lembik’ badan penulis bila baca luahan golongan pondan ini yang mendakwa dianiaya agama mereka sendiri (dia nak kata Islamlah tu). Kononnya masyarakat sudah boleh menerima golongan tersebut tapi agama masih menindas golongan keliru jantina macam mereka.

Untuk menjelaskan ini (penerimaan masyarakat), penulis nak bercakap dari sudut orang kebanyakan; kategori yang ke tengah pun tidak, ke atas pun tidak tapi pada usia sekarang, rasanya layak nak bercakap bagi pihak ‘masyarakat’ yang dikatakan sudah menerima pondan ini semua

Ya, penulis akui, hari ini memang ada di kalangan masyarakat; Melayu kita terutamanya, yang menerima kehadiran pondan-pondan ni lebih-lebih lagi dalam bab-bab andam mengandam, solek menyolek dan sebagainya.

Menurut pengalaman penulis bergaul dengan tuan rumah atau pengantin yang menggunakan khidmat mak andam jantan ini, kata mereka elok guna khidmat pondan sebab mereka tak macam jurusolek perempuan – dalam cari makan mencantikkan orang lain pun, ada tersimpan cemburu bila tengok perempuan lain cantik dari dia. Jadi servis tu tak 100%.

Pondan pulak kata mereka, tak begitu. Dia bagi all out punya servis, takde tahan-tahan, takde cemburu-cemburu macam mak andam perempuan.

Begitu juga dari beratus kursus yang pernah penulis hadiri, ada satu kursus dimana salah seorang urusetianya ialah pondan. Dalam kes macam ini takde pilihanlah, urusetia saja pun, bukan pengajar. Tak bolehlah kata ‘masyarakat’ yang hadir kursus itu menerima pondan ini, kalau boleh kita pun taknak.

Lagipun seperti yang dijelaskan, beratus-ratus kursus, satu saja dimana pondan terlibat, fikirlah sendiri apa maksudnya tu.

Tapi lain halnya dengan mengikiraf kewujudan pondan-pondan ini semua.

Iktiraf maksudnya menerima mereka sama macam orang lain. Itu susahlah. Bukan isunya diskriminasi, tapi macam pelik duduk celah-celah sotong ni sebab kita tahu kepura-puraan tu dari atas ke bawah, 24 jam sehari semalam. Pura-puralah tu, suara garau, dilembutkan, tangan kasar, dihaluskan, dada bidang, ‘dibukitkan’ – faham sajalah maksud tu.

Tak payah banyak cakaplah, tanya diri masing-masing, kalau boleh nak ke anak jantan kita jadi pondan atau bercinta dengan pondan? Penulis yakin majoriti besar jawapannya tak, termasuklah mereka-mereka yang buat keputusan kata lelaki berwatakan wanita ini tak patut ditangkap.

Semua ini saja membuktikan, penerimaan masyarakat sana sikit, sini sikit itu bukan bermaksud golongan pondan ini sudah layak diiktiraf sebagai sebahagian daripada struktur orang kita.






4 Komen to Transgender: Terima & Iktiraf, Dua Perkara Berbeza

  1. raplahjingaa says:

    Betul la jugak kat pondan-pondan tu, masyarakat pun terima depa, ASTRO pun terima depa, RTM pun terima depa….yang tak terima depa adalah Islam, sebab Islam tu suci, dan kebanyakan depa ni…amatlah jauh dari suci…

  2. bujuk says:

    Islam melarang lelaki berpakaian dan berpewatakan wanita dan begitu juga sebaliknya. Apakah Allah, tuhan yg menjadikan seseorang itu lelaki/wanita tersilap letak perasaan atau manusialah yg silap memilih perasaan kesan didikan atau persekitaran? Sesungguhnya MAHASUCI Allah dari sifat kekurangan dan kesilapan. Tak perlulah pertahankan benda yg SAH dibenci dan ditegah oleh Allah. Apakah kita nak mengundang BALA Allah? Cepatlah bertaubat dan kembali kepada Allah.

  3. samad says:

    lepas ni boleh la bapok-bapok meniaga di siang hari pulak.

  4. sireh ke gagang says:

    Terajang je pondan2 ini.

Leave a Reply