Menu Utama

Transgender (Sebut Pakatan) Belum Boleh Suka Lagi…

proGAY
BILA Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 sebagai menyalahi perlembagaan persekutuan, ia tidak bermaksud kumpulan transgender yang mendapat sokongan Pakatan Rakyat ini, boleh suka-suka hati nak menukar jantina.

Untuk makluman, Pakatan Rakyat adalah pihak yang menyokong agenda COMANGO supaya kumpulan LGBT (‘T’untuk transgender) ini diberikan hak setaraf dengan manusia lain di negara kita. Sebab itu penulis kaitkan dengan mereka. Silap-silap, lawyer yang mewakili kumpulan ini pun, adalah dibiayai oleh Pakatan Rakyat juga.

Baiklah, balik pada isu tadi. Alasan penulis mudah, sebab keputusan itu belum muktamad, masih ada Mahkamah Persekutuan yang lebih atas.

Kena sebutlah ini sebab bimbang masing-masing berebut-rebut masuk sempadan Thailand sana menukar kelakian masing-masing dan kemudian mendaftarkan penukaran itu di Jabatan Pendaftaran kerana sangka sudah dapat hak.

Seksyen itu mungkin bersalahan dengan perlembagaan persekutuan tapi tidak boleh diambil tindakan kerana menjadi transgender dengan kebenaran untuk menjadi transgender adalah 2 perkara yang berbeza.

Begitu juga jangan sangka selepas ini kumpulan-kumpulan transgender ini boleh berpusu-pusu beroperasi di Negeri Sembilan kerana sangka Jabatan Agama negeri itu tidak akan ambil sebarang tindakan.

Selain rang undang-undang Syariah yang disebutkan di atas, masih ada lagi beberapa undang-undang sivil yang boleh dikenakan ke atas kumpulan transgender yang hak mereka disokong Pakatan ini. Antaranya mengganggu ketenteraman awam, berpakaian tidak senonoh dan sebagainya.

Yang sakit sekarang PAS lah. Tersepit antara menjadi parti Islam dan bersekongkol dengan parti liberal sosialis macam PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat yang menyokong kuat hak LGBT – termasuk transgender. Mana nak korek hukum untuk pertahankan keputusan tersebut?

Apatah lagi dalam PAS itu pun sendiri sudah ada kumpulan ‘anak tuhan’, dikepalai 3 ahli parlimen parti itu yang menyokong NGO liberal seperti Sister In Islam (SIS). Tak mustahil kumpulan ‘anak tuhan’ ini juga akan menyokong LGBT selepas ini kerana SIS pun sokong LGBT juga.

Nampak kaitannya tu?






7 Komen to Transgender (Sebut Pakatan) Belum Boleh Suka Lagi…

  1. Adam Abdullah says:

    Di Malaysia kita ada Perlembagaan Persekutuan, undang-undang civil Persekutuan seperti Penal Code, CPC, Akta Dadah Berbahaya dll. Bagi sistem kehakiman civil kita ada Mahkamah Majisteret, Mahkamah Session, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

    Bagi Muslimin di Malaysia kita ada pula Undang-Undang Syariah Negeri, Mahkamah Syariah Islam Negeri, Mufti Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri bagi setiap Negeri dan Willayah.

    Mungkin sudah sampai masanya agar Perlembagaan Persekutuan dan Negeri dipinda supaya kita ada Mahkamah Syariah Tinggi, Mahkamah Syariah Rayuan dan Mahkamah Syariah Persekutuan untuk mendengar apa jua kes berkaitan dengan undang-undang Syariah Islam, FATWA, orang Islam, keluarga Islam dan masaalah orang yang beragama Islam.

    Apa jua kes berkaitan dengan orang Islam, keluarga Islam, undang-undang syariah Islam dan FATWA hanya difailkan, dirujuk, didengar dan dibicarakan di Mahkamah Syariah Islam dari bawah hingga ke Mahkamah Syariah Persekutuan setelah mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja dan Agong.

  2. Adam Abdullah says:

    Mari kita baca dan tambah pengtahuan tentang Bidang kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia.

    http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7185-bidang-kuasa-mahkamah-syariah-di-malaysia-satu-pengenalan-ringkas

  3. wong jowo says:

    anuar sykalah nti senang dia nak tukar jantina..tapi rasanya kalau macam anuar tu dia bukan tukar jentina..dia tambah jentina..

  4. bujuk says:

    Inilah bahananya bila hukum Islam(baca hudud) dipermainkan dan diperkecilkan. Tak tau lepas ni apa pulak akan menimpa umat Islam m’sia. Jelasnya selagi kita nak guna akal fikiran kita semata2 tampa rujuk Quran dan Sunah.. alamatnya akan punah-ranah la.

  5. dkds says:

    islam bakal mengatasi segala kebatilan yang kejahatan!

  6. gambus says:

    betul tu bujuk , PAS sentiasa mempermainkan hukum hudud dan melacurkan hukum hudud demi keuntungan politik dan duit … tak terkejut aku pun , sebab bila kita fikirkan yang sibuk nak hak asasi manusia untuk perjuangan sama rata seperti liberal , seks , murtad adalah puak lahanat Pakatan , hinggakan pejuang seks dan pejuang murtad seperti Ambiga sendiri PAS menyanjung di paria lahanat ni dan menganggap pejuang seks dan pejuang murtad ni sebagai srikandi .. itulah PAS lahanat

  7. terangsang says says:

    banyak perkara bermula dari rumah.emak bapak yang mula mula membiarkan mereka jadi begini. ibarat kain putih emak bapaklah yang mula2 mencorakanya. kecuali yang gagal, takdir. perlu patuh kepada ibu bapa,guru, peraturan dalam rumah dan luar rumah. patuh kepada undang undang, kepada ketua, pemimpin negara, kepada peraturan Allah dan banyak lagi telah dipelopori oleh kerajaan umno.sangat bagus dan tersusun sehinggalah tiba kes anuar bibit tidak patuh ini pula yang berkembang. berfikir mengunakan akal tapi tidak berpandukan peraturan lagi. naluri.. menjadi raja dalam tindakan. terlalu tinggi darjat manusianya hingga lupa insan itu cuma hamba Allah. renungilah nasib insan jangan jadi seperti iblis yang bersiul siul ketika diusir dari syurga kononya tidak kesah tapi tentunya dia sangat takut. kerana sombongnya iblis mencari pengikut menyesatkan manusia.

Leave a Reply