Menu Utama

Kembalikan Perhimpunan Agung UMNO ke bulan Jun

Oleh Ab Jalil Backer

Pada asalnya Perhimpunan Agung UMNO sering diadakan pada bulan Mei atau Jun setiap tahun kecuali tahun tertentu apabila membabitkan pilihan raya.

Malangnya kini, ia sudah menjadi satu tradisi mengadakan PAU pada hujung tahun sama ada Oktober atau November.

Perubahan masa PAU ini ke hujung tahun sebenarnya sangat tidak strategik dan menimbulkan beberapa masalah kepada ahli.

Dari segi kepentingan strategik, PAU diadakan selepas pembentangan Bajet menyebabkan banyak usul yang dicadangkan tidak dapat disegerakan.

Usul-usul PAU 2014 misalnya hanya dapat dilaksanakan dalam Bajet tahun 2016 yang akan dibentangkan pada hujung tahun hadapan.

Ini bukan sahaja menyebabkan usul PAU hilang aura, malah orang tidak lagi perasan atau peka bahawa apa yang disebutkan dalam Bajet sebahagiannya adalah hasil usul yang dibawa oleh UMNO.

Selain itu, PAU pada bulan Oktober atau November ini merupakan musim banjir, peperiksaan dan cuti sekolah.

Semua ini banyak memerlukan peranan UMNO sebagai parti sahsiah dan ahli UMNO sebagai ibu bapa.

Sudah beberapa tahun ada UMNO negeri tertentu mengambil keputusan menumpukan gerakan membantu mangsa banjir berbanding menghadiri PAU.

Memang wajar keputusan mereka kerana khidmat mereka lebih diperlukan rakyat.

Cuma alangkah baiknya jika mulai tahun hadapan PAU diadakan kembali pada bulan Mei atau Jun.

Selain mengelakkan isu banjir yang selalu melanda pantai timur pada hujung tahun, ia juga memberi peluang ibu bapa yang ada anak mengambil peperiksaan fokus kepada keluarga bukannya parti.






7 Komen to Kembalikan Perhimpunan Agung UMNO ke bulan Jun

  1. semangat dato' haron says:

    Ini adalah sebahagian transformasi politik di bawah kepimpinan baru. Tahniah.
    Kalo nk ubah tarikh, ubah juga jawatankuasa usul yg terang2 menyekat kebebasan bersuara. Cuma setahun sekali sahaja ahli bebas utk melontarkan idea. X kisahlah idea itu bodoh atau tidak, ianya lahir dari Lubuk hati dan fikiran akar umbi. Jika x mahu lebih baik biarkan konsultan2 yg dilantik utk berbahas di Perhimpunan. Nk kenal juga muka2 penasihat yg bijak pandai tersebut.

  2. system baru says:

    Aku berharap ada transfomasi peniaga melayu ini aku harap melayu melakukan perubahan penigaan di bidang teknologi hijau dan dapat orang melayu kuasai bio teknologi dan teknologi baru, orang melayu tak boleh duduk dalam kokok lama aje

  3. kulaan says:

    Bukan semua ahli UMNO pergi ke PAU woi…Bukan semua yang pegi PAU tu mengundi juga. Yang tak pegi PAU tiu laa duk pangkah UMNO. Tak ada isu buat bulan Desember. Boleh bawak anak bini mai sekali kat KL makan angin…..Ahli UMNO kat negeri banjir boleh bantiu buat keja…Yang kat KL kirim pulus aje untuk beli bekalan makanan dan barang keperluan..tak ada hal….

  4. raplahjingaa says:

    Yup…buat bulan January ke Bulan December ke, tak dak beza apa-apa pun, hang ni Jalil generasi yang terlalu dimanjakan UMNO, sikit-sikit nak ngadu, sikit-sikit nak protes, kalau yang bertekad nak kerja untuk rakyaat depa tak kesah pun, habis PAU hari mana yang patut depa hadiri, depa akan bergegas pi bantu mangsa banjir..pi buat kerja.

    Cuma jenis yang manja ni buat masaallah…berkesidai di coffee house hotel makan minum semua orang tanggung, dok kira sapa nak bagi lebih !! bulan 12 dok kira nak bawa anak bini pi cuti oversea…

    aku dah masak sangat !!

  5. system baru says:

    Yg penting pkr cemburu dan gagal kumpulkan ahlinya shah alam ia. Malah kroni2 pkr tak sangup keluar kan wang untuk membantu parti pkr ia walau pun di sokong syarikat judi dan arak ia syarikat apek dap ia .Yg penting kroni umno menbantu parti dengan jayanya ia . Kalau cakap system demokrasi Tak perlu kroni baik campak aje demokrasi itu dilaut ia . Pergi mana2 negara semua amal demokrasi semua ada kroni ia

  6. […] “Ini bukan sahaja menyebabkan usul PAU hilang aura, malah orang tidak lagi perasan atau peka bahawa apa yang disebutkan dalam Bajet sebahagiannya adalah hasil usul yang dibawa oleh UMNO” ujar penulisnya melalui artikel ‘Kembalikan Perhimpunan Agung UMNO ke bulan Jun’. […]

Leave a Reply